Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

Pasca PRU14: Ketua Wanita Umno Sabah masuk Warisan

Imej
Armani Mahiruddin (tengah) meletakkan jawatan dalam Umno dan membawa bersamanya 200 orang masuk Warisan.  SEORANG exco Wanita Umno Armani Mahiruddin umum keluar parti dan masuk Warisan hari ini. Armani yang juga ketua Wanita Umno Sabah berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Libaran dan menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal, yang juga presiden Warisan. Beliau juga meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno Bahagian Libaran dan ketua Wanita Umno Cawangan Merpati Permai. Hampir 200 ahli parti juga mengikut jejaknya. “Kami buat keputusan ini kerana Umno sudah tidak ada hala tuju jelas. Kami akan sertai Warisan sebagai ahli biasa,” kata Armani yang juga adik kepada Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Beliau juga percaya lebih ramai ahli Umno akan keluar parti itu.

Khazanah sahkan Najib letak jawatan hari ini

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah meletak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional yang berkuatkuasa hari ini, kata syarikat pelaburan negara itu dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyarankan Najib supaya meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Khazanah. Sebelum ini, The Malaysian Reserve melaporkan setakat hari Isnin lalu, Najib serta bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah masih memegang jawatan di lembaga pengarah Khazanah. Bagaimanapun, Khazanah menjelaskan Irwan telah meletak jawatan pada 23 Mei lalu, sementara Johari meletakkan jawatan semalam.

Pas PRU14: Langkah songsang Pas Selangor yang malang

Imej
Pas muncul dan dijulang sebagai hero dan juara pada PRU13, setelah menang bergaya dan membolot 15 kerusi dari 20 yang di tandingi di Selangor. Bukan sahaja pencapaian tertinggi dalam sejarah Pas Selangor, tetapi juga penyumbang terbesar kerusi di DUN Selangor. Dibandingkan dengan komponen parti Melayu lain, PKR (melayu) seramai 10 orang (dari 14 yang menang) dan Umno 12 orang, nyata bahawa Pas sebenarnya hero yang unggul jauh kedepan meninggalkan PKR dan Umno, khasnya sebagai mendominasi lanskap perwakilan blok melayu Muslim di Selangor yang berjumlah 37 orang kesemuanya. Malah Pas juga sama taraf dominannya dengan DAP yang juga menyumbang 15 kerusi (dari 15 yang ditandingi). Pencapaian yang gemilang ini sebenarnya momentum dan rentetan dari kemenangan bergaya mereka secara besar besaran untuk pertama kali pada PRU12 (2008). 15 kerusi yang dimenangi pada PRU13 adalah lonjakan hampir dua kali ganda dari 8 kerusi yang dimenangi pada PRU12 (2008), juga dari 20 kerusi

Polis mahu Jamal disenarai hitam imigresen

Imej
Polis mahu meletakkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam senarai hitam imigresen di tengah-tengah desas-desus beliau meninggalkan negara ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat dipetik New Straits Times sebagai berkata pihak polis sedang berusaha untuk menyenarai-hitamkan Jamal daripada perjalanan ke luar negara. Hal ini diumumkan ketika Sin Chew Daily melaporkan Jamal telah pergi ke Indonesia. Bagaimanapun, laporan itu menyebut Fadzil enggan mengesahkan desas-desus tersebut tetapi menegaskan pihak polis melakukan yang terbaik untuk mengesan Jamal. Pada ketika berita ini ditulis, pemeriksaan di pengkalan data Jabatan Imigresen mendapati Jamal belum disenarai-hitamkan. Pada Jumaat minggu lalu, Jamal dituduh mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas beliau memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan sekretariat kerajaan nege

Jamal sudah lari ke Tanjong Balai.....

Imej
JAMAL Yunos dipercayai sudah melarikan diri ke Indonesia dua hari selepas bolos dari tahanan reman di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor minggu lalu, lapor Sin Chew Daily. Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu kini bersembunyi di Tanjung Balai, Karimun Besar, di barat daya pesisir Johor, lapor portal akhbar berbahasa Mandarin itu, memetik sumber. Polis Selangor semalam mengumumkan akan memohon waran tangkap ke atas pemimpin akar umbi Umno yang kontroversi itu selepas berdegil enggan memberi kerjasama untuk membantu siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad berkata polis sudah memberikan peluang dan masa kepada Jamal menyerah diri untuk membantu siasatan berkaitan dirinya tetapi ketua Geng Baju Merah itu enggan bekerjasama. Jamal semalam gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Ampang walaupun sehari sebelum itu berjanji akan datang untuk diambil keterangannya. Dia sebaliknya muncul dalam sebuah rakaman video meminta Muhyiddin Yassin sela

100 Hari Malaysia Baharu: Dari GST ke SST

Imej

100 Hari Malaysia Baharu: FELDA pasca PRU14

Imej

Tahniah rakyat Malaysia

Imej

GST 0%, harga barangan turun...?

Imej

Perbandingan GST dan SST?

Imej

Kerajaan PH jamin hutang negara dapat dibendung

Imej
PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada inisiatif janji 100 hari bagi memastikan hutang negara RM1 trilion dapat dibendung, jikapun tidak dikurangkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, janji-janji itu termasuklah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta di bawah 1,300 cc dan motorsikal di bawah 125cc, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga pendapatan RM4,000 sebulan. Ini termasuk “Skim Peduli Sihat” yang hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik, katanya. “Walaupun kami ingin melaksanakan semua janji 100 hari, namun Kerajaan Persekutuan ini mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu dengan menyebabkan masalah kerajaan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak diben

Sebab Rafidah bantu Mahathir

Imej
Dalam pandangannya tentang kembalinya bekas pemimpin dalam politik untuk 'menyelamatkan negara', Tan Sri Rafidah Aziz berpandukan formula nisbah 80:20. "80 bagus dan 20 tidak bagus. Dengan 20 yang tidak bagus, kita sentiasa boleh cuba melihat sebab di sebaliknya. "Jika 20 sahaja bagus dan 80 lagi tidak bagus, maaflah, itu tidak boleh diselamatkan lagi," katanya ketika ditanya tentang kekuatan dan kelemahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Rafidah lama bekerja dengan Mahathir ketika pertama kali sebagai perdana menteri, sebagai Menteri Perusahaan Awam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. "Saya tahu dia hanya manusia biasa, tetapi aspek yang baik lebih banyak (berbanding aspek buruk). "...Sebab itu saya kembali untuk membantunya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini . Selain Rafidah, seorang lagi veteran Umno yang kembali membantu Mahathir adalah Tun Daim Zainuddin. Kedua-duanya b

Institut Integriti seru kerajaan lulus Akta Derma dan Perbelanjaan Politik segera

Imej
Ketua jawatankuasa perundingan kebangsaan mengenai pembiayaan politik berkata sekretariat yang ditubuhkan pada 2016 sudah menggubal 32 syor tetapi belum dapat kemukakan di Parlimen. IIM berharap kerajaan baru akan mempercepatkan urusan ini kerana isu politik sangat penting bawah sistem baru. KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) berharap draf Akta Derma dan Perbelanjaan Politik dapat dibentang di Parlimen secepat mungkin berikutan pembentukan kerajaan persekutuan baru oleh Pakatan Harapan. Ketua Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan mengenai Pembiayaan Politik Amerul Muner Mohammad berkata sebuah sekretariat yang ditubuhkan pada 2016 sudah menggubal 32 syor, tetapi belum dapat mengemukakan kepada Parlimen. “Bagaimanapun, kami berharap kerajaan baru akan mempercepatkan urusan ini kerana isu politik sangat penting bawah sistem baru politik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) hari ini.

Institusi kewangan mampu hadapi kejutan makroekonomi, kata Bank Negara

Imej
Nisbah kecukupan modal menurun sedikit antara Mac dan April 2018, sebahagian besarnya disebabkan pembayaran dividen oleh bank-bank dan instrumen modal yang matang. BNM berkata pertumbuhan indeks pengeluaran industri keseluruhan mampan pada 3.1% pada Mac. KUALA LUMPUR: Institusi kewangan berada pada kedudukan baik untuk menghadapi apa-apa kejutan makroekonomi dan kewangan dengan lebihan penampan modal sebanyak RM138.2 bilion pada April 2018, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Nisbah kecukupan modal menurun sedikit antara Mac dan April 2018, sebahagian besarnya disebabkan pembayaran dividen oleh bank-bank dan instrumen modal yang matang, kata BNM dalam kenyataan sorotan bulanan April 2018 yang dikeluarkan hari ini. Bank pusat berkata inflasi keseluruhan berada pada 1.4% pada April berbanding 1.3% pada bulan sebelumnya. “Kategori pengangkutan mencatatkan inflasi lebih tinggi iaitu sebanyak 0.4% (Mac: -1.5%). Meskipun harga bahan api dalam negeri pada amnya stabil b

Bantuan Sara Hidup dibayar 6 Jun ini

Imej
Seramai 4.1 juta rakyat bakal menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat kedua yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 6 Jun ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata,l pembayaran itu melibatkan anggaran peruntukan RM1.6 bilion. "Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran," katanya pada sidang media di sini hari ini. Guan Eng berkata, pemberian BSH itu diharap dapat membantu rakyat membeli keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti. "Hanya yang berkelayakan sahaja yang boleh menerima bantuan ini,"katanya.

'Sekolah jangan bebankan guru dengan SKPMg2'

Imej
Kementerian Pendidikan meminta pihak sekolah supaya tidak lagi membebankan guru dengan penyediaan dokumen berkaitan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) bagi tahun 2017. Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata guru sebaliknya perlu melihat ke hadapan dengan menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti tinggi kepada murid. Menurutnya, audit SKPMg2 yang dilaksanakan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati kekeliruan dalam kalangan pihak sekolah berlaku kerana mereka tidak jelas berkaitan dokumen yang perlu dibawa untuk diaudit. Kementerian itu berkata bukti yang sepatutnya dibawa pihak sekolah hanyalah dokumen pengurusan sekolah sedia ada yang terpilih sahaja. "Tidak jelas tentang bukti yang menyebabkan guru diminta menyediakan bukti baharu yang membebankan mereka, sedangkan bukti yang diaudit hanyalah dokumen pengurusan sedia ada yang disediakan oleh pihak sekolah dari se

Pindah milik tanah DBKL dibekukan

Imej
Semalam, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa campur tangan KSN dalam isu membabitkan penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur yang didapati mempunyai unsur meragukan memandangkan hanya KSN mempunyai kuasa dalam mengeluarkan arahan kepada Pejabat Tanah untuk tidak meluluskan sebarang perjanjian jual beli tanah.  PEJABAT Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) telah diarahkan untuk membekukan semua urusan pindah milik yang melibatkan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Mei lepas, kata Pengarahnya Sharez Izuan Md Zaidi. Beliau berkata ia berikutan perbincangan yang diadakan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung isu penjualan tanah milik DBKL. Semalam, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa campur tangan KSN dalam isu membabitkan penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur yang

Nilai HSR RM100 bilion termasuk faedah

Imej
PENILAIAN RM100 bilion oleh kerajaan bagi projek stesen Kereta Api Laju (HSR) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura adalah jumlah keseluruhan kos projek dan faedah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. "Ia hanya RM72 bilion jika kamu hanya lihat kepada kos projek. Tetapi jika termasuk komponen faedah, ia lebih tinggi daripada RM100 bilion," kata Lim. Lim menjawab dakwaan oleh bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak bahawa penilaian kerajaan baharu terhadap projek HSR adalah tidak tepat. Menerusi posting di Facebook semalam, Najib berkata nilai anggaran sebenar kos untuk HSR adalah RM40 bilion bagi landasan dan stok pusingan, RM20 bilion untuk sistem dan RM12 bilion untuk pemilikan tanah, yang jumlah keseluruhannya adalah RM72 bilion. Bekas presiden BN dan Umno itu juga berkata, angka RM100 bilion tidak pernah disebut dan "angka sebenar hanya akan diketahui selepas tender". Pada April dilaporkan bahawa projek HSR sejauh 350

SST, penstabilan harga petrol jimatkan RM20 bilion setahun

Imej
PENGENALAN semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September dan penstabilan harga petrol dijangka akan menjimatkan kira-kira RM20 bilion untuk sepanjang tahun, kata menteri kewangan. Lim Guan Eng berkata STT akan "kembalikan" kira-kira RM17 bilion manakala penstabilan harga RON95 pada harga RM2.20 seliter dan diesel RM2.18 seliter akan memberi penjimatan kepada Malaysia sebanyak RM3 bilion. "Langkah ini akan menyediakan peningkatan signifikan perbelanjaan pengguna di Malaysia untuk meningkatkan optimisme pengguna dan keuntungan perniagaan," kata Lim pada sidang media yang diadakan di Kementerian Kewangan hari ini. Langkah ketiga untuk meningkatkan perbelanjaan domestik adalah RM700 juta bantuan khas Hari Raya kepada penjawat awam dan pesara. Beliau berkata kerajaan juga akan memberi keutamaan semula perbelanjaan kerajaan dan rundingan projek yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion. "Ini termasuk projek yang dianugera

Tawar diri bertanding, cadang Umno Pas bergabung - Tajuddin Abdul Rahman

Imej

'Pengaruh Tun Mahathir Dalam Membina Kerajaan'.

Imej

Sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (31/5/2018)

Imej

UMNO MASIH “KEMAMAIAN”, NAJIB BERHENTILAH BERCAKAP

Imej
SELEPAS mengalami kekalahan sehingga hilangnya kerajaan berusia 61 tahun, Umno masih buntu mencari jalan untuk bangkit kembali. Rasa terkejut menjadikan para pemimpin Umno seperti hilang akal bagaimana hendak menggerakkan semula parti itu. Masih “kemamaian”. Keadaan yang berlaku dalam Umno kini sudah dijangka, tetapi kesannya tidaklah seperti hari ini. Hilang hampir semua negeri diperintahnya sejak berdekad tewas kecuali Pahang dan Perlis. Setelah tiga minggu, Umno masih berkabung, belum ada apa-apa majlis bersifat rakyat diadakan oleh untuk menyuntik semangat kalangan ahli parti itu. Pemimpin masing-masing seakan masih mengosok-gosok kesakitan dialaminya. Ada juga yang tersipu-sipu malu dengan kekalahan masih belum keluar rumah. Haya kalau pun ada ialah mesyuarat MT yang menjadi rutin bulan parti itu. Sepatutnya Umno segera melupakan kesakitan dan kekalahan dan segera bingkas bergerak mempersiapkan diri menjadi pembangkang di parlimen. Peranan mereka bukan kecil

Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM7 juta dalam tempoh 24 jam

Imej
Tabung Harapan Malaysia yang dibuka oleh kerajaan semalam sudah mengumpulkan lebih RM7 juta dalam masa 24 jam, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.  LEBIH RM7 juta sudah dikumpulkan dalam Tabung Harapan Malaysia dalam masa 24 jam sejak ia dibuka oleh kerajaan semalam, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Setakat pukul 3 Khamis, jumlah terkumpul ialah RM7,075,508.79, kata Lim. Beliau juga memaklumkan sumbangan kepada tabung berkenaan dikecualikan cukai. "Jadi simpanlah resit," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Lim juga memberitahu, jumlah dana yang dikumpulkan melalui tabung itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan setiap hari pada pukul 3 petang. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan sebuah tabung khas yang dibuka membantu menyelaraskan hasrat rakyat menyumbang kepada kerajaan untuk mengu

BELUM SEBULAN HILANG KUASA, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA?

Imej
Adakah UMNO sudah papa kedana ketika ini? Baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa dalam kerajaan yang dipegang sejak lebih 60 tahun lalu, UMNO kini seolah-olah sudah hilang daya untuk menggerakkan parti itu dengan menamatkan serta-merta penyaluran kewangan bulanannya yang lazim diterima sebelum ini. Dalam surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ia menyebut setelah meneliti kedudukan kewangan, parti ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan  bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018. Dalam surat itu juga meminta agar pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian dapat meneruskan pengoperasian parti seperti kebiasaan meskipun tanpa peruntukan tersebut. Kenapa hanya baru tidak sampai sebulan kehilangan kuasa, UMNO tiba-tiba sudah jadi miskin dan papa kedana sehingga tidak mampu lagi menyalurkan peruntukan bulanan kepada bahagian dan sayap

Anwar: Sultan minta kerajaan baru martabat BM, Islam

Imej
Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali hari ini mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan berkaitan negeri Selangor. Pertemuan lebih sejam itu berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Terdahulu Anwar kira-kira 10pagi dan keluar dari istana itu 11.45 pagi. Menurut Anwar pertemuan itu juga bagi berbincang berkaitan calon menteri besar Selangor yang baru dan juga perubahan kerajaan di peringkat persekutuan. "Saya mengadap Sultan Selangor dan saya telah menyatakan terima kasih kesudian beri masa yang panjang berbincang soal Selangor, masa depan Selangor. "Dan perubahan negeri Selangor untuk mengganti menteri besar dan perkembangan transisi yang begitu baik dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu, hari ini. Anwar juga berkata dalam pertemuan itu Sultan Sharafuddin turut meminta kerajaan baru memartabatkan Bahasa Melay

G25 syor SPRM jadi badan bebas

Imej
Kumpulan bekas penjawat awam (G25) mengesyorkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadikan sebagai institusi yang bebas tanpa kawalan menteri. Penasihat G25, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata reformasi badan itu wajar dilaksanakan supaya SPRM mampu membanteras jenayah rasuah dengan lebih berkesan. "Kami mengesyorkan agar SPRM dijadikan satu badan bebas yang tanpa perlu membuat laporan kepada Jabatan Perdana Menteri ataupun tidak dikawal oleh mana-mana menteri dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen. "Oleh itu, kami mencadangkan Parlimen mewujudkan satu jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga soal integriti dan ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di Menara Ilham di ibunegara hari ini. Dalam pertemuan tersebut, katanya G25 antara lain turut menerangkan beberapa syor hasil laporan yang telah disediakan sebelum ini berkenaan

Generasi yang sungguh-sungguh sayangkan Malaysia

Imej
KELMARIN, selepas musyawarah kabinet, Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah Tabung Harapan Malaysia untuk membolehkan rakyat Malaysia memberikan sumbangan ke arah menangani hutang negara. Ramai yang menyokong usaha ini. Di internet saya nampak ada yang telahpun muat naik keratan slip bank bukti sumbangan mereka sejurus selepas pengumuman; ada yang menyatakan hasrat untuk menderma lalu menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut berbuat demikian; ada seorang warga Malaysia yang bekerja di Singapura berkata bahawa beliau akan mengeluarkan 10% wang CPF (macam KWSP, di negara Singapura) untuk disalurkan ke Tabung Harapan. Semangat rakyat Malaysia sayangkan tanah air begitu terserlah. Hakikatnya, sebelum Tabung Harapan ini dilancar sudahpun wujud usaha persendirian dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menyumbang ke arah membayar hutang negara yang kini mencecah RM1 trillion tersebut. Namun, ada juga yang mempersoalkan kesesuaian tindakan tersebut. Ada

Imigresen keluarkan 433,000 peminjam PTPTN daripada senarai hitam

Imej
Pakatan Harapan pada PRU14 berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN.  KIRA-KIRA 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat-peringkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun ini. Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata lebih sejuta peminjam disenaraihitamkan sejak 2000 namun 655,000 orang yang membuat bayaran dikeluarkan daripada senarai tersebut melalui kaedah biasa sebelum ini. "Saya jangka semua urusan yang berkaitan akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun. Maka dengan itu saya percaya janji yang pertama berkaitan kementerian saya akan dapat kita kotakan," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada calon lepasan Sijil Pelaj

Bisnes monopoli tapi gaji setara dunia

Imej
SEBULAN RM85,000. Itu gaji sebulan pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Abdullah Ahmad atau empat kali gaji pokok Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Bukan Abdullah seorang yang ada gaji sebanyak itu. Ketua-ketua suruhanjaya yang lain pun ada bahagian masing-masing. Mereka yang di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apatah lagi, dapat lebih banyak lagi. Semua ini terdedah hanya selepas kerajaan berubah pada 9 Mei. Tetapi ini sudah terlalu lama berlaku, terutamanya dalam agensi dan syarikat kerajaan yang bukan dalam bidang berdaya saing. Dalam kes Mavcom, gaji itu kini dibiayai penuh oleh orang ramai yang menggunakan lapangan terbang kerana mereka dikenakan bayaran RM1 bagi setiap penerbangan keluar dari mana-mana lapangan terbang komersial di Malaysia. Untuk itu, peranan Mavcom ialah mengurus dan mengendalikan sektor penerbangan komersial di Malaysia. Setakat ini, peranan mereka tidak dirasai selain daripada mengambil RM1 daripada setiap penumpan

Penyiasat Malaysia, Singapura bertemu bincang kes 1MDB

Imej
PEGAWAI Malaysia yang menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertemu pegawai Singapura di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bloomberg. Memetik sumber yang dekat dengan siasatan itu, laporan itu berkata kedua-dua pihak mengadakan pertemuan secara tertutup di beberapa lokasi di sekitar ibu kota. Singapura merampas aset bernilai ratusan dolar dan memenjarakan pegawai bank berhubung pemindahan berkaitan skandal dana 1MDB. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk mendedahkan dakwaan pengubahan wang haram 1MDB, sebuah firma yang ditubuhkan bekas perdana menteri Najib Razak pada 2009. Sewaktu pentadbiran Najib, penyiasat di AS dan Eropah mendakwa pihak berkuasa Malaysia kurang memberikan kerjasama dalam siasatan. Pasukan khas 1MDB yang baharu ditubuhkan bertemu pegawai dari Biro Penyiasatan Persekutuan dan Jabatan Keadilan AS minggu lepas untuk membincangkan mengenai hala tuju dan tumpua

‘Tak pelik ada yang cuba tolong Kerajaan bayar hutang’ - Maza

Imej
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan tindakan rakyat yang mahu menyumbang dana kepada Tabung Harapan Malaysia (THM). Menurutnya, ini kerana kutipan dana itu tidak berbentuk paksaan, dan memberi ruang secara sukarela kepada rakyat untuk berbakti kepada negara dalam membantu meningkatkan ekonomi. “Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang. “Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya. Katanya, namun yang pelik lagi melampau pihak yang membuat hutang yang ditanggung sekalian rakyat secara paksa tanpa rela. “Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan. “Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuas hati dengan isu penyalahguna

Umno tamatkan peruntukan kewangan kepada semua bahagian, sayap

Imej
Berikutan kekalahan besar pada pilihan raya umum ke-14, Umno mengambil keputusan untuk menamatkan penyaluran peruntukan bulanan ke semua bahagiannya di seluruh negara. Mengikut surat bertarikh 22 Mei, daripada setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap, peruntukan bulanan akan ditamatkan. "Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018. "Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasan sebelum ini. “Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai," petik surat itu. Semakan Malaysiakini dengan seorang pemimpin Pemuda Umno Johor mengesahkan bahawa mereka turut menerima surat

Umno dan PAS perlu bergabung, beri saingan pada kerajaan Pakatan, kata Tajuddin

Imej
Umno dan Pas perlu bergabung bagi mewujudkan blok pembangkang yang kuat dan seterusnya memberikan saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Majlis Tetinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.  UMNO dan Pas perlu bergabung bagi mewujudkan blok pembangkang yang kuat dan seterusnya memberikan saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Tajuddin Abdul Rahman. Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata walaupun berbeza fahaman politik, Umno dan PAS mempunyai persamaan iaitu memperjuangkan Melayu dan Islam, lapor Sinar Harian. “Cara Umno kini kena berubah, harus lebih pintar dalam menggunakan kaedah baru, satu daripadanya mencari rakan seperjuangan. “Sebagai pembangkang pun, jika Umno dan Pas bergabung satu semangat, satu hati pasti akan dapat beri saingan kepada kerajaan Pakatan Harapan,” katanya seperti dipetik Sinar Harian. Tambahnya, pengabungan perlu untuk membina kekuatan bersama. “Saya fikir

Dr Maszlee pikul harapan besar ibu bapa

Imej
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu menggunakan pendekatan kebahagian, kasih sayang dan hormat menghormati dalam setiap dasar baru yang dilaksanakannya.  TIDAK sedikit harapan yang diletakkan ibu bapa di bahu Dr Maszlee Malik. Beliau tidak boleh membuka aplikasi WhatsApp ekoran mesej bertalu-talu yang diterimanya menyebabkan sistem telefon pintarnya ranap. “Saya buka borang Google di laman Facebook saya untuk menerima sebarang idea dan dalam tempoh tiga hari saya terima 11,000 cadangan,” kata bekas sains politik dan pengajian Islam itu. Itu adalah usul, cadangan, dan idea yang diterima pemimpin berusia 44 tahun itu sejak beliau dinamakan sebagai menteri pendidikan, hampir dua minggu lalu. Sebagai seorang ayah kepada empat orang anak, seorang profesional dalam sektor pendidikan, beliau memahami harapan tinggi orang ramai kepadanya.

Menteri pendidikan baharu fokus budaya, bukan dasar ubah sekolah

Imej
Menteri Pendidikan baharu Dr Maszlee Malik berkata beliau mahu menukar cara kerja kementerian, sekolah dan universiti supaya dasar yang berkesan pada masa ini benar-benar dilaksanakan.  KBSM, PPSMI, PBS. Ini antara sistem dan dasar yang terbengkalai dalam sistem pendidikan Malaysia, tinggalan deretan menteri pendidikan terdahulu dan Dr Maszlee Malik tidak mahu jadi begitu. KBSM ialah akronim bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang digunakan pada 1990-an tetapi kemudian dihentikan, sementara PPSMI ialah dasar untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. PPSMI diperkenalkan oleh Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri pada 2002 tetapi dihentikan pada 2009. Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disusun pada 2012 sebagai sistem penggredan baharu yang sepatutnya mengakhiri pembelajaran semula dan memperkenalkan lebih autonomi di sekolah. Tetapi walaupun niatnya ba

Bahaya negara tanpa musuh bersama

Imej
    Apabila Haji Mohammad Najibullah dilantik menjadi presiden Afghanistan akhir Sept 1987 tidak ada sebarang tanda menampakkan negara itu akan menikmati keamanan. Pada ketika tertentu dia ada membuat dasar khusus bagi meredakan keadaan yang tegang, namun pada kebanyakan keadaan, Afghanistan tetap menjadi negara gagal. Selepas Soviet Union diundurkan pada pertengahan 1989, Najibullah mengisytiharkan darurat empat hari kemudian. Banyaklah langkah yang diambil sesuai dengan status darurat berkenaan. Namun dalam semua keadaan, presiden itu menyediakan formula yang sangat perlu buat kumpulan mujahidin yang berpuak-puak di negara berkenaan. Haji Najibullah itu - tanpa disedarinya - menjadi faktor yang menyatukan kumpulan bawaan Abdul Rabb Rasul Sayyaf, Gulbuddin Hekmatyar, Burhanuddin Rabbani, Ahmed Shah Massoud dan yang lain-lain. Apabila Najibullah berjaya ditekan sehingga terpaksa meletak jawatan pada Mac 1992, nampak semacam ada harapan di Afghanistan.