Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

MAHATHIR, MANUSIA YANG TAK BOLEH DIBUAT KAWAN….

Imej
  Rasanya tidak perlu ditulis lebih lanjut lagi tentang pelbagai pendedahan mengejutkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkenaan Tun Mahathir Mohamad, dalam bukunya yang baru diterbitkan, Justice In The Wilderness. Daripada tindakan meletak jawatan, menolak permintaan Agong agar tidak berbuat demikian, mencadangkan namanya sendiri semula sebagai Perdana Menteri interim, tidak setuju dengan cadangan Agong agar Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri sementara, berkomplot dengan UMNO dan Pas mahu membentuk kerajaan perpaduan, menyingkirkan Lim Guan Eng dan Tommy Thomas sendiri sebagai Peguam Negara dalam kerajaan perpaduan yang bakal dibentuknya kerana ingin memenuhi permintaan UMNO dan Pas serta sehinggalah kepada tujuan paling jahat dalam agendanya itu iaitu mengenepi dan memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, gambaran paling tepat ialah Tun Mahathir merupakan seorang manusia yang paling tid

“NEGARA BOLEH BINASA JIKA PEMIMPINNYA KHIANAT”

Imej
  Perkara penting mendirikan sesebuah bangunan .. “foundation” nya mesti kukuh. Nescaya bangunan itu terdiri teguh. Demikian mendirikan sesebuah kerajaan. Jika didirikan di atas asas khianat dan mengambil yg bukan hak kita maka tiadalah rahmah dan barokah. Hasilnya kerajaan itu sentiasa dihimbau bimbang dan takut. Juga tidak ujud kestabilan politik. Kerajaan jadi lemah. Pentadbiran kucar kacir bila dilanda ujian. Berilah apa jua justifikasi dan dalil terpilih bersandar agama kerajaan itu tidak akan dapat mengembalikan kekuatannya, apalagi kepercayaan rakyat. Maka sambungan hayatnya .. gantung parlimen dan mohon darurat dgn alasan melawan covid19. Hari ini kita bersaksi kes covid terus meningkat ! Benarlah pesanan saidina umar alkhatab” negara yg makmur sekalipun boleh binasa jika pemimpinnya khianat” SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agung PKR/Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

'Wahyu' dalam urusan tender kerajaan "Tebuk Atap"

Imej
Persoalan tender, tender terpilih dan tender terbuka dalam kontrak kerajaan sering mendapat perhatian terutama pada musim pilihan raya. Ia adalah detik bagi setiap pemimpin semua parti cuba meraih sokongan atau mahu menampilkan diri mereka sebagai juara yang benar-benar bersih dan telus. Rakyat didendangkan dengan lagu sama selepas sesuatu puak berjaya meraih kuasa, tender atau projek tertentu dan terpaksa disemak semula atas pelbagai alasan. Perkara utama yang ingin diketengahkan ialah kononnya supaya proses berkenaan lebih telus. Apa yang rakyat tidak sedar ialah betapa - apabila mendapat kuasa - ada pelbagai kaedah licik boleh dilakukan atas nama pemberian kontrak secara tender atau tender terbuka bagi agenda diri dan parti. Proses tender bukan sesuatu yang kompleks untuk difahami. Ringkasnya ia adalah urusan membabitkan pihak yang ingin merebut projek yang mengemukakan dalil masing-masing untuk membuktikan mereka paling layak melaksanakan sesuatu kerja yang ditawarka

JIKA SAYANGKAN NEGARA INI, RAKYAT WAJIB MENOLAK MUHYIDDIN DAN SEKUTUNYA..

Imej
Semua kita memang sayang dan cintakan negara ini kerana di Malaysia inilah kita dilahirkan, membesar, mencari rezeki, berkeluarga membina kehidupan, melalui hari tua dan akhirnya sehinggalah menemui kematian. Malah, melalui sedikit sebanyak harta atau warisan yang ditinggalkan, kita juga mahu anak cucu dan generasi kita yang seterusnya kekal berada dan menyayangi negara ini. Tetapi, selari dengan rasa sayang dan cinta kita kepada negara itu, kita tentulah mahukan keadaannya bertambah baik untuk didiami bagi pewaris kita yang seterusnya. Kita tentu akan berasa sengsara, kecewa dan tertekan melalui kehidupan ini jika kita merasakan negara ini akan bertambah buruk dan tiada jaminan untuk dilalui oleh anak cucu setelah ketiadaan kita nanti. Lainlah bagi mereka yang bergantang duit simpanan, rumah, harta dan saham bersepah di seluruh negara sebagai peninggalan atau ada bapa mertua yang pemurah memberi projek ketika berkuasa, rasa cemas terhadap nasib anak cucu barangkali tid

MUHYIDDIN TERBUKTI GAGAL, PERLU SEGERA LETAK JAWATAN

Imej
1.Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatannya sejak 1 Mac 2020 ternyata telah gagal menjalankan tugasnya mentadbir Malaysia. Bukti-bukti berikut menjelaskan kegagalannya itu:- 2. Bukti Kegagalan Pertama: PM Muhyiddin Yassin telah gagal menangani wabak Covid-19. Angka-angka berikut menceritakannya.Pada hari Jumaat 29 Januari 2021, sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000. Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733. Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, PM Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19. 3. Bukti Kegagalan Kedua: Dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin Yassin mentadbir Malaysia, kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019. Kedudukan yang merosot ini antaranya disumbangkan oleh pembebasa

AHLI PARLIMEN TEGUR HADI AWANG CERMIN DULU DIRI SENDIRI

Imej
  Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis bagaimana Mencetuskan Keraguan Kerja Syaitan. Hakikatnya melumpuhkan Parlimen dengan alasan ingin menghadapi Covid-19 merupakan alasan dangkal, kerana pada saat-saat getir seperti ini Parlimen amat diperlukan. Apabila kurangnya perbincangan dalam kalangan ahli Parlimen, maka syaitan-syaitan akan gemar menghasut ahli politik untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk terus berkuasa – termasuklah menggunakan hujah-hujah yang kelihatan beragama untuk menghalalkan hal-hal yang batil. Sebelum menuduh syaitan menghasut rakyat Malaysia untuk ragu, adalah lebih baik kita melihat bagaimana keraguan-keraguan ini boleh timbul. Kerajaan Perikatan Nasional hari telah mengambil keputusan-keputusan yang dilihat aneh dan mampu membawa Malaysia ke belakang. Contohnya ketika kerajaan secara tiba-tiba mengumumkan darurat yang sudah tentu akan merisaukan pelabur dan menghilangkan fungsi Parlimen. Kegusaran ini bukan sahaja dikongsi oleh Pak

Peniaga, pembeli mengeluh ikan, sayur harga ‘kayangan’ sepanjang PKP

Imej
Kebanyakan peniaga dan pengguna merungut berikutan peningkatan harga barangan keperluan yang begitu ketara selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan. Beberapa peniaga dan pelanggan yang ditemui melahirkan kebimbangan kerana harga sayur-sayuran dan ikan semakin mahal sehingga mereka terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk perbelanjaan dapur. Peniaga sayur, Shamsuar Paimin, 48, menyenaraikan beberapa jenis sayuran antaranya bendi, timun jepun, terung panjang, kacang buncis, petola serta tomato yang terpaksa dijual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan. Jelas Shamsuar, timun jepun dijual dengan harga mencecah RM14 bagi sekilogram kerana kos pembelian sekitar RM10. “Tomato sekarang kami jual RM10 di sini, kita beli RM6.50 ke RM7 tapi kebiasaannya sebelum ini harga RM3 sahaja dari pasar borong. “Memang rasa terbeban kerana jika sebelum PKP untuk meja yang penuh ini kita bermodalkan RM2,000 tapi sekarang sudah cecah RM2,500 hingga

FDI MEROSOT 68%, KERAJAAN PN@TEBUK ATAP PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Imej
  1. Kelemahan Perikatan Nasional (PN) dalam mentadbir negara yang sepatutnya sudah memasuki fasa pemulihan ekonomi dilihat semakin memuncak dengan satu demi satu kegagalan yang akhirnya akan menambah derita rakyat. Kerajaan PN seperti kehilangan punca apabila segala perancangan yang dibentangkan tidak menemui hasil bahkan mengundang kemerosotan prestasi ekonomi negara. 2. Tambah membimbangkan apabila kerajaan dilihat lebih gemar bermain politik dengan melakukan pelbagai helah sehinggakan hari ini mereka mula bercakaran sesama sendiri. 3. Proklamasi darurat oleh YAB Perdana Menteri semakin menampakkan langkah politik tempang dan jauh sekali kepada usaha untuk memulihkan ekonomi. Lebih janggal apabila orang kanan YAB Perdana Menteri iaitu YB Dato’ Seri Azmin Ali yang menyatakan bahawa pelaksanaan darurat tidak menjejaskan keyakinan pelabur, hanyalah satu kenyataan yang syok sendiri, tersasar dari realiti dan tidak menjawab persoalan terhadap kegagalan usaha PN

Skandal 1MDB: Tidak ada penyelesaian dengan Najib kes saman berkaitan 1MDB...

Imej
 Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bertekad meneruskan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1MDB yang difailkan empat tahun lalu kerana bekas perdana menteri itu telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat. Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata saman itu bukan bersifat peribadi dan oleh itu beliau mahu meneruskannya. “Bukan untuk saya untuk menyelesaikan secara baik dengan Najib. Ini saman berkait kepentingan orang ramai untuk menyatakan Najib bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami kerajaan akibat tindakannya –sama ada rasuah, khianat amanah atau cuai,” kata Pua menerusi pesanan text yang dihantar kepada FMT. Di samping itu katanya, Najib masih bertegas tidak bersalah dan tidak mahu mengaku bertanggungjawab menyebabkan penderitaan rakyat Malaysia. “Oleh itu tidak ada sebab untuk penyelesaian dijalin. Kami akan maklumkan begitu kepada mahkamah,” katanya. Itu respons Pua terhadap cadang

Skandal 1MDB: CEO Goldman Sachs tanggung akibat

Imej
NEW YORK: Gaji tahunan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Goldman Sachs David Solomon menjunam sebanyak USD10 juta, atau 36%, tahun lalu, yang mencerminkan peranan bank tersebut dalam skandal 1MDB. Menurut pendedahan regulatori yang difailkan semalam, Solomon akan menerima USD17.5 juta untuk kerjanya sepanjang tahun ini, berbanding USD27.5 juta tahun sebelumnya. Terdahulu, Goldman mengumumkan akan mengurangkan gaji Solomon, Ketua Pegawai Kewangan Stephen Scherr dan Ketua Pegawai Operasi John Waldron, berdasarkan penemuan siasatan mengenai peranan bank tersebut dalam skandal 1MDB. Skandal itu berlaku semasa pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak, yang menubuhkan 1MDB pada 2009. Antara 2009 dan 2014, pegawai-pegawai bank Goldman membayar suapan lebih dari USD1.6 bilion kepada pegawai asing di Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan perniagaan 1MDB, termasuk menaja jamin penjualan bon berjumlah AS$6.5 bilion, bank tersebut telah kata. Waldron akan me

COVID-19: Pilihan raya dan pilihan rakyat

Imej
  PADA 18 September lalu, perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi isyarat bahawa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, yang berlangsung pada 26 September, boleh menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengerusi Perikatan Nasional (PN), gabungan terbaharu didaftarkan, itu dipetik berkata sekiranya rakyat Sabah memberi mandat yang meyakinkan kepada Gabungan Rakyat Sabah, maka ia akan membolehkan mereka mengadakan PRU15 secepat mungkin. Ketika itu ramai telah mengandaikan kehadiran PRU15 dalam tempoh terdekat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 8 September 2020, ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Keempat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin telah memberi gambaran PRU15 akan berlangsung dalam masa terdekat. Sementara itu, ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 pada 28 November, Presiden Bersatu itu memberitahu, PRU15 akan diadakan sebaik pandemik COVID-19 berakhir, sekali gus memberi gambaran kemungkinan

RAKYAT TIDAK GEMBIRA DENGAN KERAJAAN TEBUK ATAP, IHSAN AGONG BENAR2 DIHARAPKAN

Imej
  Dalam program Bicara Negarawan bersama Majlis Profesor Negara semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, seramai 114 atau 115 Ahli Parlimen telah mengutus surat kepada Yang Dipertuan Agong menyatakan bantahan terhadap darurat yang dilaksanakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin. Berdasarkan jumlah tersebut yang disifatkan sudah lebih daripada cukup itu, Anwar memohon Agong untuk mempertimbangkan perkara tersebut dan memanggil sidang Parlimen dengan segera. “Kalau kita tengok yang mutakhir, seperti juga kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN), kita memohon ihsan dan kebijaksanaan Agong untuk menimbang semula, melihat semula, pertama, darurat dan kedua, memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera. “Kita sudah mencecah dalam 114 atau 115 Ahli Parlimen yang menolak usul kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. Ini tidak boleh disangkal. “Adakah jumlah itu cukup? Itu lebih daripada mencukupi,” kata Anwar lagi. Dalam waktu yang sama, Anwar juga mengulangi kenyataannya sebe

'Kerajaan PN tak berani sentuh golongan kaya, pemilik bank'

Imej
  Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang tidak melaksanakan dasar moratorium pinjaman secara automatik seperti sebelum ini kerana mereka tidak berani 'menyentuh' golongan kaya. Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata sepatutnya dilaksanakan seperti ketika negara berada dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama pada Mac tahun lalu. Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata golongan yang takut disentuh oleh kerajaan itu merujuk kepada pemilik bank yang ada di negara ini. Katanya PN ketika ini dilihat langsung tidak mencuba untuk mengadakan perbincangan dengan pemilik bank bagi membantu meringankan beban rakyat yang berhutang selepas moratorium terdahulu tamat pada 30 Sept lalu. "(Berdasarkan) pengalaman saya yang sedikit ini, saya ingin nyatakan bahawa cara menangani masalah ekonomi dalam krisis tidak sama (dengan) dalam keadaan biasa. "Sebab itu soal defisit, soal hutang termasuk soal moratorium harus difikir dari sudut mendesak (de

PKP 2.0 : Kerajaan PN@TEBUK ATAP seperti tidak tahu apa yang dibuat....

Imej
 PKP sambung lagi sampai 4 Febuari 2021. Kes tetap tinggi. PKP sambung setiap minggu? Masalahnya kuatkuasa PKP tidak ketat. Kereta berkeliaran di lebuh raya. Dengar info radio, jalan di KL sesak macam biasa setiap pagi kerana rakyat nak pergi kerja. Sedangkan Kluster tempat kerja penyumbang besar. Sekarang ada 11 kluster tempat kerja daripada 16 kluster. Kilang dan tapak pembinaan diberi kelonggaran beroperasi. Memang double standard. Kerajaan bukan sahaja tidak konsisten tetapi nampak macam tidak tahu apa nak buat. Tegas atau tidak. Rakyat tidak boleh makan di restoren. Tetapi orang ramai selamba makan di gerai gerai di pekan kecil dan kampung. Maka tujuan DARURAT gantung Parlimen hanya untuk pekakkan telinga daripada dikritik kerana gagal menangani pandemik COVID-19. Sudah tidak ada check and balance. Lebih baik laksanakan PKP seketatnya agar PKP tidak perlu disambung setiap minggu kerana menyusahkan rakyat mendapat sesuap nasi. Betul, lagi lama PKP 2.0 yang longga

SEGILA-GILA TRUMP PUN TAK ISYTIHAR DARURAT UNTUK KEKAL BERKUASA….

Imej
Banyak yang dapat kita pelajari dalam isu peralihan kuasa dari Presiden Donald Trump (Republikan) kepada Presiden Joe Biden (Demokrat) di Amerika Syarikat. 2. Pertama, apabila Trump rasa dia telah kalah, dia tidak isytihat Darurat seluruh Amerika. Dia tidak buat apa yang pemimpin sesetengah republik pisang di Afrika lakukan. 3. Trump yang kelihatan gila-gila itu masih bertindak ikut rule of law. Istilah Rukunegara kita ialah kedaulatan undang-undang. Donald Trump masih menghormati Badan Kehakiman negaranya.Dia cabar keputusan pilihanraya di sesetengah negeri dalam Amerika Syarikat itu di mahkamah undang-undang. 4. Apabila Mahkamah di Amerika Syarikat tolak petisyen Trump yang mencabar keputusan pilihanraya itu, Trump yang berperangai kadang-kadang seperti gedebeh tidak mengisytihar Darurat di seluruh Amerika. Dia tidak menggantung Parlimen Amerika yang terdiri dari dua buah Dewan iaitu Dewan Senate (Dewan Negara) dan Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat). Trump tidak lakukan

KERAJAAN TEBUK ATAP@PENGKHIANAT SEMAKIN HILANG WIBAWA DI KETIKA RAKYAT SEDANG DERITA

Imej
Rakyat sedang menderita. Perkara yang paling menyayat hati adalah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa-apa mengenainya. Inilah yang cuba disampaikan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini melalui langkah dan rencana yang cukup terdesak. Sekatan baharu yang diumumkan adalah sangat mengelirukan, dan masing-masing kita akan menderita dengan cara yang tersendiri. Ada sebahagian kita dirundung dengan ketidaktentuan akibat dampak pandemik, namun tidak diberi perhatian secukupnya oleh kerajaan. Situasi pengangguran, masalah kemiskinan dan kelangsungan hidup cukup memprihatinkan, dan ini adalah antara beban yang akan terus menghantui setiap rakyat. Ada pula yang terpaksa bertarung dengan persoalan jiwa dan mental. Kegelisahan, kesunyian dan ketakutan membuatkan kita terdedah pada kesan sikap xenofobik dan kemarahan yang menggila. Kita merindukan untuk berada di samping teman-teman dan ahli keluarga masing-masing. Namun

KALAU DEWAN RAKYAT BOLEH DIGANTUNG, KENAPA BINA TIGA DEWAN DI PAGOH TAK BOLEH DIGANTUNG?

Imej
  Kos membina tiga Dewan baru di Parlimen Pagoh ialah RM35.4 Juta? Bukankah lebih darurat, kalau dewan dewan sedia ada dinaik taraf sebagai Pusat Kuarantin sementara pesakit COVID 19. Itu lebih darurat berbanding tiga dewan baru untuk Parlimen Pagoh. Perdana Menteri darurat kena tunjuk teladan. Katanya pesakit Covid yang bergejala teruk tidak lagi boleh diterima masuk ke hospital kerajaan. Wad sudah penuh. Apakah benar KKM juga tidak lagi mampu membuat saringan ke atas semua kontak rapat pesakit positif Covid? Hanya kontak rapat yang ada gejala akan diuji. Justeru, bagaimana Muhyiddin boleh tergamak bina dewan di Parlimen Pagoh dengan kos yang besar. PM ni serius ke melawan pandemik Covid 19? Ironinya, surat kelulusan JKR untuk dewan dewan tersebut bertarikh 11.1.2021 iaitu hari PM umum Darurat diperkenankan. Tetapi wajarkah kita bising Muhyiddin mahu bina tiga dewan baru? Dia PM. Bagilah muka pada dia. Biasanya diktator akan buat apa sahaja.. Masakan dia mohon darurat, kalau d

APA NAK DIKATA, INILAH PM YANG BANYAK MENYUSAHKAN RAKYAT JELATA….

Imej
  Perlaksanaan PKP 2.0 yang kemudian disusuli dengan perintah darurat sehingga 1 Ogos depan, selain menampakkan kegagalan Muhyiddin Yassin semakin di depan mata, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat pula boleh dikata hampir merata. Bagi darurat, walaupun dihujahkan ia untuk menangani Covid19, realitinya ia lebih menampakkan untuk mengelakkan Muhyiddin daripada dijatuhkan. Bukan lagi satu rahsia, cadangan darurat itu dikemukakan Muhyiddin kepada Yang Dipertuan Agong selepas seorang demi seorang Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya serta menjelang UMNO mahu memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam Perhimpunan Agungnya 31 Januari depan. Sebelum darurat dilaksanakan, Najib Razak ada mengingatkan Muhyiddin kiranya perintah itu dipohon sekali lagi oleh Muhyiddin, ia tidak lain adalah bertujuan agar kerajaan PN terus kekal berkuasa. Di samping terbukti permohonan darurat buat kali kedua dipohon oleh Muhyiddin, setelah kali pertama dulu ia ditolak, Najib

“PAS IKUT SUNNAH TRUMP”

Imej
  Presiden Pas menyamakan lawan mereka seperti Donald Trump tanpa beliau perasan kesamaan Pas dengan Donald Trump sangat rapat. Donald Trump yang tewas pilihanraya Presiden tetapi tetap mahu menjadi kerajaan. Pengikut-pengikutnya yang bimbang hilang kuasa dengan semangat ‘White Supremacy’ memecah masuk Capitol Building di Washington DC sehingga menyebabkan huru hara di bangunan Parlimen US tersebut. Selepas kekecohan oleh penyokongnya, Donald Trump meluluskan perintah darurat di Washington DC yang dilihat untuk menggangu peralihan kuasa. Hal yang sama dilakukan oleh Pas dan sekutu sekutunya menggunakan ‘Malay Supremacy’ untuk dapatkan kuasa. Laungan nasib Melayu dan Islam terancam bergema di pentas pentas dan media media Pas selama 22 bulan. Ahli ahli akedemik pro mereka digunakan untuk meniupkan isu yang sama. Islam terancam, Melayu terancam. Isu arwah Adib, LGBT, RUU 355, ICERT dan Buy Muslim First menjadi zikir harian mereka. Tetapi hari ini sudah hampir setahun Pas menjadi