Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

'Rakyat Malaysia tidak bodoh' - Syed Saddiq kecam kenyataan Abdul Rashid

Imej
KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan rakyat Malaysia tidak bodoh dan yakin pemimpin tertinggi parti itu juga akan menentang usaha mengembalikan amalan politik naungan. Beliau menegaskan pemimpin pemuda parti komponen Pakatan Harapan (PH) juga menentang usaha mengembalikan amalan tersebut. Beliau juga yakin golongan muda akan memainkan peranan penting dalam menghalang kembalinya amalan tidak betul yang pernah diamalkan sebelum ini. "Saya merasakan orang muda adalah masa depan dan saya yakin perubahan minda akan terjadi jika kita melakukannya dengan betul," katanya kepada pemberita selepas program Street Dakwah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) malam tadi. Syed Saddiq mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggesa pemimpin yang dilantik sebagai menteri memberi kontrak kepada ketua bahagian

JANGAN ABAIKAN KEAKTIFAN NAJIB DI MEDIA SOSIAL, KENAPA SERANGANNYA DIBIARKAN BEGITU SAJA?

Imej
Barangkali tidak sukar untuk kita semua mengakui bahawa tulisan-tulisan bekas Perdana Menteri, Najib Razak di media sosial sejak kehilangan kuasa ini bukan saja semakin menarik, malah dibaca oleh lebih ramai rakyat negara ini. Beliau juga dilihat sangat aktif sehingga kadangkala dua atau tiga tulisan dimuatkannya dalam sehari. Dalam satu perbualan dengan sekumpulan anak-anak muda daripada sebuah universiti tempatan di ibukota baru-baru ini, mereka secara terbuka mengakui suka dan tertarik dengan tulisan-tulisan Najib sejak kebelakangan ini. Berbeza dengan sebelum PRU14 di mana mereka tidak suka dan jarang sekali membacanya, kini mereka mengakui kerapkali menunggu-nunggu munculnya tulisan Najib yang dianggap menghiburkan, menarik, selain berfakta dan ada kebenarannya. Tulisan Najib di media sosialnya bukan saja dalam bentuk serangan terbuka atau membidas berkaitan pengurusan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan, janji manifesto, perangai menteri-m

2019 penentu Malaysia Baharu berjaya digerakkan atau sekadar khayalan

Imej
2018, rakyat Malaysia berasa bangga buat kali pertama sejak bertahun lamanya dan melakukan perkara yang mereka sendiri tidak sangka, malah dunia sendiri terkejut, apabila berjaya mengubah tampuk pemerintahan di Putrajaya secara aman dan demokratik, sekali gus memberi harapan kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya tidak terus berputus asa memilih demokrasi sebagai suatu sistem pemerintahan. 2018 mungkin akan menjadi tahun paling penting dalam sejarah negara, yang mana akan menentukan sama ada agenda Malaysia Baharu yang dibawa Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, Bersatu, PKR dan Amanah berjaya digerakkan atau hanya sekadar khayalan. 9 Mei 2018, memberikan rakyat Malaysia peluang untuk membetulkan semula dasar pembinaan negara. Namun, sebuah Malaysia Baharu tidak boleh dibina atau disiapkan dalam tempoh 100 hari, dua tahun atau satu pusingan pilihan raya, tetapi memerlukan sedekad dua untuk dicapai. Malaysia Baharu sedang bergelut untuk dilahirkan dan semua

Larangan merokok: Pendekatan 'mendidik' untuk 6 bulan pertama

Imej
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata pihaknya akan mengambil pendekatan mendidik bagi enam bulan pertama tahun ini berhubung larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa hari ini. Bercakap kepada pemberita selepas program tinjauan beberapa kepada makan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Dzulkefly berkata tindakan hukuman hanya akan dikuatkuasakan selepas enam bulan. "Saya tahu ada orang yang kata 'mari kita buat (denda) sekarang' tapi kita di kementerian mempunyai piawai prosedur operasi (SOP). "Bagi kempen ini kita membenarkan enam bulan pertama untuk mendidik orang awam. Selepas itu, tiada lagi alasan," kata Dzulkefly yang diiringi pegawai Kementerian Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan. Oktober lalu, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua premis makanan di seluruh negara. Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara

MPP: 'Azmin patut bincang dulu dengan Anwar sebelum pertikai'

Imej
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Syed Ibrahim Syed Noh berkata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak wajar mengkritik pelantikan kepimpinan parti seperti diumumkan presiden parti mereka, Anwar Ibrahim. Sebaliknya, jelas Syed Ibrahim yang merupakan salah seorang ahli MPP lantikan, Mohamed Azmin seharusnya menggunakan kedudukannya untuk berbincang dengan Anwar. “Siapa-siapa saja boleh keluar kenyataan, namun sebagai timbalan presiden beliau ada ruang untuk berbincang dengan presiden. Tetapi beliau keluar kenyataan dalam masa singkat selepas pengumuman lantikan. “Jadi saya rasa itu tidak berapa wajar, sepatutnya beliau bincang dulu dan kemudian rujuk kepada MPP. Jika selepas itu ada persetujuan bersama, barulah boleh buat perubahan,” Katanya dipetika Sinar Harian. 29 Dec lalu, Mohamed Azmin secara terbuka menggesa  Anwar menilai semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti. Mohamed Azmin turut menyifatkan pelantikan itu tidak mencermin

Perkembangan larangan merokok di tempat awam

Imej

Larangan merokok di tempat makan: Arahan dipatuhi

Imej

Anwar Ibrahim: Amanat Tahun Baharu 2019

Imej

ELAK BERPECAH, BERI ANWAR PELUANG TERAJU PKR, KATA AZIZAH

Imej
KUALA LUMPUR – “Keep cool, keep cool (bertenang, bertenang),” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat secara terbuka di antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pelantikan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR. Beliau yang juga pengerusi majlis penasihat PKR berkata buat masa ini beliau mahu semua anggota PKR memberikan ruang kepada Anwar untuk mencorak kepimpinan parti itu setelah beliau dipilih sebagai presiden yang baharu pada pemilihan PKR lepas. Katanya pelantikan beberapa jawatan utama dalam parti oleh Anwar itu adalah kerana beliau mahu mengukuhkan kesatuan antara anggota-anggota parti. “Saya rasa beri peluang kepada presiden menerajui parti … kita telah pilih dia, seperti saya kata ini adalah presiden yang menjadi faktor perpaduan di kalangan anggota parti kita,” katanya. Ditanya mengenai potensi Mohamed Azmin mencabar jawatan presiden PKR pada masa

Kabinet akan bincang kenyataan Rashid - Menteri

Imej
Kenyataan Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Abdul Rahman untuk menggunakan sumber kerajaan bagi mengekalkan kuasa akan dibincang kabinet.Dua menteri kabinet yang juga anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan mengesahkan hal ini kepada Malaysiakini. Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menyifatkan pihak yang membantah penggunaan sumber kerajaan oleh parti untuk mengekalkan kuasa sebagai "bodoh" . Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan agung Bersatu di Putrajaya Ahad lalu. “Beliau (Rashid) sangat teruk!” Kata pesanan teks salah seorang menteri kepada Malaysiakini. Amalan politik naungan Menteri yang enggan dinamakan itu berkata pernah berbincang dengan Rashid mengenai persempadanan semula pilihan raya. “Sebelum PRU14, saya ada dua perbincangan dengan beliau mengenai persempadanan semula dan reformasi pilihan raya. “Tidak banyak yang beliau tahu. Saya langsung tidak tertarik,” kata menteri

Wan Azizah: Setiap orang boleh cabar jawatan presiden PKR

Imej
Mana-mana individu dalam PKR bebas untuk mencabar Anwar Ibrahim untuk jawatan presiden parti itu pada masa akan datang, kata pengerusi Majlis Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail."Setiap orang boleh cabar (presiden). Ia berlaku dalam mana-mana parti politik. "Saya ingat dalam Umno pun dulu...(Ada pemimpin parti) yang cabar Onn (Jaafar)," katanya kepada pemberita selepas program Street Dakwah di Kuala Lumpur malam ini. Hari ini, kolumnis The Star memetik sumber yang mendakwa Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali memberitahu Anwar "saya akan mencabar anda pada tahun-tahun mendatang" ( I will go against you in many years to come ). Sumber itu juga mendakwa Anwar menjawabnya dengan "saya akan melawannya" ( I will take you on ). Dakwaan itu susulan langkah Azmin untuk menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap pelantikan jawatan PKR yang diumum Anwar minggu lalu.

Wan Azizah minta Azmin bertenang

Imej
    Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menasihati timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali untuk "bertenang". Ia susulan bantahan terbuka Azmin terhadap pelantikan jawatan parti yang diumumkan Anwar pada 28 Disember lalu. Pelantikan itu menurut Anwar diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipengerusikannya. "Bertenang ( keep cool )...Mungkin ada cara (lain) untuk beritahu presiden baru tentang perkara tertentu. Saya fikir (kita patut) beri ruang presiden baru memimpin parti, kita telah memilihnya," katanya yang kini menjadi pengerusi Majlis Penasihat PKR. "Dan seperti dia (Azmin) kata itu adalah hak presiden, dan juga (untuk) kesatuan dalam parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas program "Street Dakwah" di Kuala Lumpur malam ini.

Di ambang tahun baru, ahli PAS turun ke jalan bantah PH

Imej
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai, kira-kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Protes pembangkang di ambang tahun baru adalah perkara biasa sejak beberapa tahun lalu. Antara protes terbesar sebelum ini adalah Himpunan Turun pada 31 Disember 2013 - juga berkenaan kos sara hidup - yang menarik ribuan hadirin. Pada ambang tahun baru yang lalu pula, kira-kira 500 berarak dari Pusat Membeli-belah Sogo ke Dataran Merdeka bagi meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan BN. Malam ini, di tengah-tengah hujan lebat, Pemuda PAS diketuai Muhammad Khalil Abdul Hadi meneruskan tradisi itu dan kali ini ia ditujukan kepada rakan lama mereka yang kini menjadi kerajaan persekutuan. "Malam ini kita bersolidariti untuk rakyat yang terdiri daripada petani, peneroka, penjawat awam dan pekerja swasta. "Setelah mengambil alih (kerajaan), kita

TAHUN 2019, TAHUN RAKYAT MENUNTUT JANJI PAKATAN HARAPAN

Imej
Hari ini merupakan hari terakhir di tahun 2018 dan mulai esok kita akan melangkah ke hari baru tahun 2019. Selamat tinggal 2018 dan selamat datang 2019. Tahun 2018 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka, pahit dan manis buat kita semua. Tetapi, detik yang paling tidak mungkin dilupakan dan meninggalkan kenangan pada tahun 2018 ialah bagaimana rakyat telah bersatu hari menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN daripada puncak kuasa negara. Tarikh 9 Mei 2018 adalah satu lagi detik sejarah buat buat rakyat dan negara. Ia adalah suatu sejarah besar dalam negara dan detik-detik perjuangan ke arah kejayaan itu akan kekal dalam ingatan sebahagian besar daripada kita. Tetapi, setelah tumbangnya BN dan Pakatan Harapan mengambil alih teraju pentadbiran negara, tidak bererti perjuangan telah berakhir dan kita boleh bersenang-lenang begitu saja. Ada perjuangan lain sedang menanti di depan kita semua. Janji-janji manifesto, pemulihan eko

Nik Omar, kubur Nik Aziz dan 7 isu utama Kelantan 2018

Imej
Hal-hal berlalu menjadi tempat untuk meletakkan kenangan. Sama ada ia sebagai sejarah, pengalaman atau peristiwa yang mahu dilupakan sekali pun. Sepanjang 2018, negeri Kelantan tidak ketinggalan dan terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia dalam mewarnai kerencaman arus kehidupan dengan pelbagai sisi. Tanah Serendah Sekebun Bunga itu sering mencuri tumpuan sama ada kerana faktor politik, ekonomi mahu pun aspek sosial masyarakatnya. Lebih-lebih lagi pada 2018 yang begitu bersejarah buat Malaysia apabila menyaksikan pertukaran kerajaan pusat buat kali pertama. Kelantan tidak ketinggalan menyumbang isu-isu yang mengejutkan, mencetus debaran, mengalirkan emosi, dan mencipta inspirasi tersendiri. 1) Nik Omar jadi calon PRU14 Pada pilihan raya umum (PRU) ke-114 lalu, negeri yang ditadbir PAS sejak tahun 1990 itu menyaksikan anak lelaki sulung bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar melangkah ke pentas politik secara la

Tahun 2019: Apa rakyat dapat dari k'jaan baru?

Imej
Beberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu, manakala sebahagian yang lain akan diteruskan. Walaupun beberapa inisiatif kerajaan terdahulu dimansuhkan, sebahagian program yang memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah (B40) akan diteruskan selepas ia dijenamakan semula. Ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diubah namanya kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membolehkan isi rumah berpendapatan di bawah RM2,000 menerima bayaran RM1,000 mulai 1 Jan. Selain itu kerajaan juga membekukan kenaikan tol untuk semua lebuh raya dan penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang dan Tambak Johor pada tahun 2019. Kumpulan B40 akan mempunyai peluang untuk memiliki rumah buat kali pertama melalui dana RM1 bilion di bawah Bank Negara Malaysia. Pembeli rumah kali pertama pula akan dikecualikan duti setem untuk ha

Memalukan! Maria Chin desak naib presiden PPBM henti jadi pengerusi ERC

Imej
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman diminta meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC). Maria Chin Abdullah membuat desakan itu susulan kenyataan Rashid berkaitan "dalam PRU (pilihan raya umum) kita kena menang by hook or by crook (dengan apa cara sekalipun)".

NETIZEN KECAM NAIB PRESIDEN BERSATU MAHU AMAL KRONISME

Imej
PENGGUNA media sosial hari ini mengingatkan Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan rejim Barisan Nasional, bukannya mahu melihat parti itu menjadi Umno 2.0. Mereka menyelar bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu yang menyokong amalan rasuah politik pada ucapan penutupnya di Persidangan Agung Tahunan Bersatu semalam. Pengguna media sosial juga menyokong tinjauan kumpulan pemerhati Bersih yang tidak bersetuju terhadap kenyataan Abdul Rashid itu. Semalam Abdul Rashid berkata parti itu perlu menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk menyalurkan sumber dan projek kepada ketua bahagian supaya mereka boleh memenangi pilihan raya akan datang. Walaupun kenyataan itu dilihat bertentangan dengan prinsip kerajaan dan parti, ucapannya itu disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. Pemilik akaun Twitter bernama  @drcolinfu dalam kicauan balas (retweet) mengenai laporan berita tentang u

Mustafar akan ketuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan

Imej
Ketua Pengarah Imigresen, Mustafar Ali akan dilantik mengetuai badan antirasuah yang baru, Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC). Mustafar mengumumkan perkara itu pada majlis perpisahannya sebagai ketua pengarah Imigresen hari ini. "PM telah memberi amanah untuk saya lanjutkan tugasan dalam perkhidmatan awam, surat telah saya perolehi petang tadi. "2 jan 2019 bermula detik sejarah iaitu memikul amanah sebagai ketua eksekutif  National Financial Crime Centre (NFCC)," katanya dalam ucapan di ibu pejabat jabatan di Putrajaya hari ini . Mustafar berkhidmat selama tiga dekad dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dipindahkan ke Jabatan Imigresen pada Ogos 2016. Pertukarannya ke Jabatan Imigresen didakwa berlaku selepas siasatan ke atas 1MDB menarik perhatian ramai.

Bani Israel dan Malaysia 2019

Imej
Wajar kiranya kita memulakan langkah menuju 2019 dengan berhenti seketika dan mengambil masa untuk beralih pandang ke belakang. Seperti memandu kereta; ada baiknya jika kerap menjengah cermin pandang belakang, mana tahu ada kereta lain yang ‘bagi lampu’ atau ada puntianak sedang menyeringai di tempat duduk belakang. Demikianlah pentingnya sekali sekala untuk memeriksa keadaan, sambil bergerak maju ke depan, dan mendapatkan teladan daripada masa silam yang sedang kita tinggalkan. Antara kisah yang diulang sebut berkali-kali dalam Al-Quran, adalah kisah Bani Israel. Kisah mereka diceritakan secara ad nauseam . “Sampai naik loya” kalau kita terjemahkan kata ad nauseam itu. Bani Israel dikisahkan hidup dalam pengabdian kepada firaun. Diperhamba untuk membangun binaan-binaan yang sehingga kini masih tegak berdiri di padang pasir Kaherah. Maka datanglah Musa untuk menyelamatkan mereka ini, dan membawa amaran kepada si firaun yang mengaku dirinya Tuhan. Setidakny

Anak Azmin padam gambar cuti dengan keluarga Hisham

Imej
Anak menteri ekonomi Azmin Ali, Ameer, memadamkan gambar percutian keluarganya dengan bekas naib presiden Umno Hishammudin Hussein yang bercuti di Maghribi. Ia dipadamkan di Twitter selepas media membuat spekulasi ia berkaitan dengan dakwaan perpecahan dalaman PKR. Ameer pada mulanya memuat naik gambar percutian keluarga itu yang antaranya menunjukkan Azmin dan Hishammudin sedang berjabat tangan dengan kapsyen: “Keluarga kami bersatu semula.’’ Ameer juga dilapor memuat naik video di media sosial memaparkan kedua-dua keluarga menikmati hidangan makanan seperti udang kara di sebuah resort dengan Azmin dan Hishammudin sedang berbual. Seramai 17 orang dilaporkan menyertai rombongan percutian itu merangkumi tiga generasi daripada kedua-dua keluarga.

Umno dibersihkan, PPBM warisi 'daki' bekas pemimpin, kata Asyraf

Imej
  KUALA LUMPUR, 31 Dis — Perhimpunan agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan "daki" pemimpin Umno beralih kepada parti tersebut, kata Dr Asyraf Wadji Dusuki. Ketua Pemuda Umno khususnya merujuk desakan naib presiden PPBM Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkaitan pengagihan kontrak dan projek kerajaan kepada ketua bahagian parti itu. Nampaknya PPBM telah mewarisi segala sifat buruk segelinti