Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

MARA diletak bawah Kementerian Luar Bandar - PM

Imej
Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah Kementerian Luar Bandar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya keputusan itu berikutan bantahan terhadap cadangan kerajaan sebelum ini yang berhasrat mengagihkan peranan agensi itu kepada beberapa kementerian kerana saiznya yang besar. Beliau berkata peranan MARA kini telah berkembang dan terlibat dalam pelbagai bidang dan perniagaan dan bukan lagi semata-mata untuk pembangunan luar bandar. "Saya harap kementerian itu kuat dan sanggup memikul beban yg cukup besar oleh kerana MARA bukan agensi kecil tetapi terlibat dalam pelbagai bidang termasuklah pembangunan luar bandar, perniagaan, pelaburan, perusahaan, pelajaran dan latihan," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 bagi menjawab soalan peserta kongres tersebut yang mahukan kepastian kementerian yang akan mengambil alih MARA. MARA ditubuhka

Dr M musykil orang K'tan tak menyumbang kepada pembangunan negeri sendiri

Imej
Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain, namun tidak dapat melakukannya atau menyumbang kepada pembangunan negeri asal mereka. Perdana Menteri berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku dan menimbulkan persoalan sama ada ‘persekitaran’ di Kelantan yang menyebabkan rakyatnya tidak dapat membangunkan negeri mereka. “Sebenarnya orang Kelantan ini bijak-bijak belaka, kalau kita perhatikan di mana negeri pun yang ada perusahaan dan perniagaan adalah orang Kelantan, kenapa mereka tidak boleh buat perkara itu di Kelantan adalah soalnya. “Pekerja-pekerja kita di Singapura juga ramai orang Kelantan yang tinggal di Johor, mereka cekap, mereka boleh, tetapi persekitaran barangkali tidak kena di Kelantan. Sama-samalah kita kaji persekitaran itu untuk tentukan kenapa ia jadi demikian,” kata perdana menteri dal

DEB gagal capai matlamat kerana sikap Bumiputera

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan kaum Bumiputera supaya mengubah sikap mereka dan merebut peluang yang disediakan kerajaan jika mahu berjaya. Menurut Mahathir, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini gagal mencapai matlamat akibat sikap kaum Bumiputera sendiri yang gemar mengejar keuntungan dengan cara mudah. "DEB tidak mencapai matlamat seperti yang kita jangka. Kita (kerajaan) cuba sedaya-upaya tapi kita dapati tabiat nak mendapatkan keuntungan cepat buat mereka tidak berjaya. "Yang berjaya adalah bukan Bumiputera. Kalau faham apa yang saya kata," kata Mahathir ketika berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) pagi ini. Perdana menteri memberikan contoh bagaimana kerajaan memberikan kontrak kepada Bumiputera, tetapi akhirnya mereka menjualnya kepada pihak lain. "Tabiat ini mesti dihapuskan, kita mesti sanggup gunakan peluang habis-habisan. Dapat biasiswa belaj

Kelantan miskin walaupun rakyatnya pandai, kata Dr M

Imej
    Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata ini disebabkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan. "Sebenarnya saya minta maaf kata benda benar. Bantuan pusat mesti diberi untuk bantu kerajaan Kelantan sebab kekurangan kutipan cukai. Negeri itu miskin sebaliknya orangnya pandai. "Banyak pegawai tinggi kerajaan orang Kelantan. Termasuk bekas setiausaha saya. Mereka cekap belaka. Kalau kerajaan pusat tak tolong, kerajaan negeri tak boleh diadakan sebab wang tak cukup. Ini kebenaran," katanya. Beliau berkata demikian mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.

Tiada guna laung ‘ketuanan Melayu’ tapi jadi kuli orang

Imej
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa tiada gunanya melaung  ‘ketuanan Melayu’ jika masih menjadi kuli di negara sendiri. Katanya, orang Melayu tidak harus terbuai dengan istilah itu, dan harus sedar akan hakikat sebenar. "Tidak guna laung ‘ketuanan Melayu’berulang kali  tapi jadi kuli orang, itu bukan tuan," katanya dalam kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, di KLCC hari ini. MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, walaupun peranan dan fungsinya sepatutnya ditadbir oleh beberapa kementerian. Kata Dr Mahathir, Mara yang kini ada maktab dan universiti serta mengendalikan kemahiran usahawan sudah jadi terlalu besar untuk hanya diletakkan di bawah sebuah kementerian.

DEB sudah bantu Bumiputera tetapi gagal, kata Dr M

Imej
KUALA LUMPUR: Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diasaskan demi membantu Melayu dan Bumiputera disalahgunakan hingga merugikan bangsa itu sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri itu berkata, ia dapat dilihat apabila beberapa usaha dilakukan kerajaan bagi membantu Bumiputera seperti pemberian permit import (AP), tetapi ia dijual kepada pihak lain. “Dahulunya bukan Bumiputera yang menguasai dan dapat memasuki peluang yang baik ini, maka kita wujudkan cara dan beri AP kepada Bumiputera, contohnya beri AP untuk import kereta terpakai. “Ramai dapat AP dari kerajaan berniaga AP. Inilah yang berlaku, hakikatnya mereka dapat AP secara percuma dari kerajaan,” katanya dalam Kongress Bumiputera Nasional di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menambah, disebabkan itu matlamat membantu Bumiputera dalam dasar DEB tidak mencapai matlamat seperti yang dicipta, kerana ada tabiat dari segelintir Bumiputera cuba kaut keuntungan dengan cepat. “Tetapi yang berjay

Kerajaan PH takkan aniaya Bumiputera

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menganiaya bumiputera dalam berdepan cabaran ekonomi di masa hadapan. "Bukan kita berada di sini untuk menganiaya kaum dan bangsa kita sendiri," kata Mahathir dalam ucapan pembukaannya di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) pagi ini. "Saya harap kongres ini serius dalam usaha memperbaiki nasib Bumiputera dan orang Melayu. Kongres ini perlu serius untuk melakukan keputusan yang baik jika ada. “Kalau ia terhad kepada meminta-minta, saya percaya walaupun kerajaan ini akan dikalahkan kerana tidak menunaikan permintaan, itu tidak mengapa bagi kita," katanya kepada lebih 2,000 peserta yang berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, perdana menteri menegaskan kerajaan akan mengambil langkah untuk menamatkan amalan yang beliau percaya telah menghalang kejayaan dasar yang diperkenalkan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

'Dia ahli perniagaan berjaya dan kaya' - Najib pertahan legasi JJ

Imej
Datuk Seri Najib Abdul Razak mempertahankan legasi Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berikutan pendedahan kekayaannya baru-baru ini, dengan mengatakan bahawa Jamaluddin sudah menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya.. Dalam catatan Facebook malam tadi, Najib mendakwa terdapat tuduhan bahawa hubungan Allahyarham dengan beliau ialah punca kekayaan Allahyarham Jamaluddin, yang terkorban dalam nahas helikopter pada tahun 2015, dipercayai telah menjadi orang kepercayaan Najib dan telah memegang banyak jawatan kabinet. Isu kekayaan Jamaluddin timbul selepas ibunya yang berusia 83 tahun baru-baru ini memfailkan permohonan untuk sijil faraid untuk bahagian harta anaknya, dianggarkan bernilai RM2.1 bilion, di Mahkamah Syariah. Ia menarik perhatian beberapa pihak yang mempersoalkan bagaimana seorang menteri dapat mengumpulkan kekayaan seumpama itu. "Agak sedih pelbagai tuduhan dilempar kepada Allahyarham yang tidak dapat menjawab segala tohmahan serka

Timbalan KP, 6 PTD seleweng dana PRU14 bebas reman

Imej
PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bergelar “Datuk” yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan salah guna dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dibebaskan hari ini. Turut dibebaskan ialah 6 lagi pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang ditahan bersama suspek yang dikaitkan dengan penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit itu. Semua mereka direman 5 hari bermula 28 Ogos lepas. Majistret Azizah Ahmad membenarkan suspek lelaki berumur 49 tahun itu serta 6 yang lain dibebaskan dengan jaminan SPRM serta seorang penjamin. Semua suspek ditahan pada 28 Ogos lepas di Kompleks B, JPM dan Ibu Pejabat SPRM selepas hadir memberi ketenangan. Semua suspek masing-masing menjawat Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) B ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

Jangan lupa isu kewangan Islam, pesan pakar kepada kerajaan PH

Imej
Selain kesibukan kerajaan Pakatan Harapan membersihkan pentadbiran kerajaan daripada pelbagai penyelewengan dan salah nadbir kerajaan terdahulu, kini kerajaan digesa untuk turut menjuarai isu kewangan Islam, demikian tegas Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Ini kerana katanya, sehingga kini belum kedengaran lagi pendirian pihak kerajaan sama ada oleh Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan, mahupun Gabenor baru Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan panduan arah bagi sektor kewangan Islam di Malaysia. Malah, katanya pihak pembangkang juga tidak pernah bertanya atau mengungkit hal ini sama ada di dewan rakyat atau dewan negara, mahupun dalam kenyataan-kenyataan politik mereka. Beliau yang merupakan penasihat kewangan Islam tempatan dan antarabangsa mencadangkan agar pihak kementerian kewangan dengan sokongan dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi mengeluarkan kenyataan bahawa kelestarian industri Kewangan Islam akan diteruskan malah didokong p

Saya akan kembali ke parlimen, mungkin Oktober ini, kata Anwar

Imej
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya akan kembali ke parlimen pada bulan Oktober ini sekiranya menang di dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan nanti. Malahan perkara itu sudah diketahui bahawa beliau bakal menjadi anggota parlimen dan bersiap sedia untuk dilantik menjadi perdana menteri kelapan, tetapi belum ada masa yang sesuai untuk beliau ke arah itu. Wawancara bersama Berita Harian, Anwar dengan jelas menyatakan pengosongan kerusi tertentu akan dibuat dan beliau akan bertanding di kawasan berkenaan bagaimanapun ianya belum diputuskan. “Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke parlimen, insya-Allah jika menang (PRK) sebelum hujung tahun… mungkin Oktober,” katanya dipetik portal itu. Setakat ini sudah ada beberapa anggota parlimen menyatakan kesediaan mereka berundur bagi memberi laluan buat Anwar, antaranya ialah Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) dan William Leong (Selayang). An

ANWAR MASUK KABINET JUN 2019?

Imej
Setelah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini. "Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum hujung tahun ini...mungkin Oktober," kata Anwar dalam temubual dengan sebuah portal berita. Meskipun beberapa Ahli Parlimen PKR dilaporkan sedia menawarkan kerusi mereka untuk Anwar, tetapi beliau sehingga ini belum lagi membuat keputusan kawasan mana yang akan dipilihnya. Cuma yang pasti, beliau tidak akan bertanding di Pandan atau Permatang Pauh kerana kedua-dua penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah telah membuat kenyataan mereka tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing demi untuk memberi laluan kepada Anwar. Di mana pun Anwar ba

Jho Low cuba sekat buku Rewcastle-Brown mengenai skandal 1MDB

Imej
Penerbit buku mengenai 1MDB yang ditulis oleh editor Sarawak Report , Clare Rewcastle-Brown diancam dengan tindakan oleh firma guaman, London Schillings, yang mewakili ahli perniagaan kontroversi, Jho Low. "Surat berkenaan mengancam penerbit dengan 'ganti rugi besar' dengan asas firma undang-undang itu mengandaikan buku itu akan mengulangi apa yang disebut sebagai tuduhan memfitnah terhadap Low yang dibuat oleh (laman web) Sarawak Report ," tulis Sarawak Report hari ini. Menurut laman web Schillings, firma itu mengkhususkan untuk menyelesaikan kes-kes membabitkan "masalah reputasi" atau ancaman privasi. "Kami adalah satu-satunya perniagaan di dunia yang mengatur - di bawah satu bumbung- pakar risikan, penyiasat, pakar siber, perunding risiko, peguam dan pegawai tinggi dari tentera, perbankan dan kerajaan," kata firma tersebut. Sarawak Report mengatakan surat Schillings mendakwa tidak ada sebarang komen yang harus diter

Skandal 1MDB: Sulaiman Abdullah, Gopal Sri Ram ganti Tommy Thomas dalam kes Najib Razak

Imej
KUALA LUMPUR : Pendakwa Raya Tommy Thomas bukan lagi terlibat dalam kes dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1MDB. Melalui sebuah kenyataan media, Tommy Thomas berkata beliau akan mengundur diri sebagai ketua pendakwa raya dalam kes tersebut, dan telah melantik Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak. Sehubungan itu, beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan yang dijangka membantu Datuk Sulaiman dalam kes pendakwaan itu. Tommy menyatakan bahawa beliau tidak boleh menggabungkan kesemua komitmen tugas yang beliau sandang sekarang, dan dalam masa yang sama membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak. Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara, yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah, temasuklah jenayah kolar putih. Sri Ram, yang merupakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan

'PAC patut selongkar dokumen DOJ dalam siasatan semula 1MDB'

Imej
    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Wong Kah Woh mencadangkan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkaitan 1MDB digunakan dalam siasatan semula PAC terhadap syarikat itu. Anggota Parlimen Ipoh Timur itu berkata, dokumen mahkamah Amerika Syarikat pada 2016 dan 2017 berkaitan sakndal itu mengandungi banyak bukti yang dapat membantu PAC dalam siasatan mereka. "Saya merasakan dua dokumen DOJ itu mengandungi paling banyak bukti. Jika PAC terdahulu tidak menggunakannya, saya percaya kita ada tanggungjawab untuk berbuat demikian. "Saya akan cadangkan kepada PAC untuk menjadikan dokumen yang difailkan dalam saman sivil DOJ sebagai salah satu hala tuju siasatan kita," katanya kepada Malaysiakini . Pada 16 Ogos lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul agar PAC membuka semula siasatannya terhadap skandal 1MDB. Dalam mesyuarat semalam, PA telah mula menerima taklimat daripada ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Moham

Peguam bekas bos MEIO beri amaran

Imej
Peguam kepada pengarah dan pegawai Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) memberitahu, mereka sedang mengkaji pilihan yang ada ekoran banyak kenyataan dibuat mengenai penahanan pihak terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini firma guaman Azam Aziz Shaharudinali & Co berkata setakat ini mereka belum menerima sebarang arahan daripada suspek terbabit. "Bagaimanapun kami ingin menyatakan kepada pihak yang berkenaan, semua pilihan undang-undang ke atas mereka sedang dipertimbangkan," katanya. Menurut peguam terbabit sejak beberapa hari lalu ada banyak "laporan dan komen buruk" dibuat mengenai Datuk Hasanah Abdul Hamid serta tujuh pegawainya di MEIO. Kata peguam terbabit ia adalah kesan langsung daripada kenyataan media dibuat pegawai kanan SPRM. "Menurut undang-undang, penyataan awam yang dibuat semasa siasatan sedang dilakukan benar-benar tidak diperlukan dan tidak

Lokman syak Hasanah disabotaj, tapi...

Imej
    Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno mengesyaki bekas pegawai tertinggi badan perisikan kerajaan disabotaj orang bawahannya apabila ada surat ditulis kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi meminta bantuan AS untuk kerajaan BN. Kata Datuk Lokman Noor Adam beliau "mendapat maklumat" kononnya Datuk Hasanah Abdul Hamid itu tidak bersalah, sebaliknya ada pihak lain sudah memperdayakannya. "Saya (dapat) maklumat daripada belah dia (Hasanah) yang mengatakan bahawa orang bawah dia yang mainkan dia," katanya tanpa memberi penjelasan lanjut kepada media di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun calon BN yang kalah pada pilihan raya kecil Sungai Kandis di Selangor 4 Ogos lalu itu menegaskan, jika Hasanah memang menulis surat bagi meminta bantuan CIA, ia satu kesalahan yang berat. Kata Lokman, pihak berkuasa wajar menyiasat bekas pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) itu n mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti bersalah.

Kes bos agensi perisikan: Biar SPRM siasat, sembang Najib

Imej
Datuk Seri Najib Razak hari ini menjarakkan dirinya daripada kes melibatkan bos agensi perisikan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kata bekas perdana menteri dan presiden Umno itu, terserah kepada Datuk Hasanah Abdul Hamid dan peguam pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) itu untuk menyelesaikan kes yang dihadapinya sekarang. Pada masa sama Najib berkata beliau berharap SPRM dibiarkan menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan seperti yang sepatutnya. "Biar SPRM siasat, biar dia deal (berurusan) dengan peguam dia," katanya ringkas kepada media hari ini. Terdahulu Najib bersama isteri Rosmah Mansor menghadiri majlis 'berkelah' di Taman Botani Kuala Lumpur sempena cuti Hari Kebangsaan. Untuk rekod sambutan rasmi Hari Kebangsaan kali ini tidak diadakan di Kuala Lumpur sebaliknya di pusat pentadbiran negara di Putrajaya. Najib ditanya media mengenai penangkapan Hasanah yang sebelum ini mengetuai MEIO

Sayangi Malaysiaku

Imej

Sambutan Hari Kebangsaan meriah di Putrajaya

Imej

Rakyat Malaysia rasa dua bentuk kemerdekaan tahun ini

Imej

Erti Merdeka: Lagu patriotik perlu berjiwa

Imej

Cucu Tunku bercakap mengenai Umno dulu dan sekarang

Imej

Merdeka Baharu, Sayangi Malaysiaku

Imej
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan diadakan di Dataran Putrajaya  hari ini, mencatatkan sejarah baharu setelah 61 tahun negara mengecapi kemerdekaan, buat pertama kali akan diraikan di bawah tampuk pemerintahan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH). Sambutan kemerdekaan ini telah pun bermula dari Padang Kota Lama, Pulau Pinang yang telah dilancarkan pada 4 Ogos lalu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bermulalah kempen Jelajah Kibar Jalur Gemilang ke seluruh negara hingga ke acara kemuncak hari ini di Dataran Putrajaya. Manakala kempen ini akan diteruskan di Sabah untuk menyambut Hari Malaysia pada 16 September depan. Pemilihan logo dan lagu tema Hari Kebangsaan 2018 ini telah dipilih sendiri oleh Dr Mahathir yang dihantar untuk pemilihan dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan. Pastinya ramai yang sudah tahu tema sambutan Hari Kebangsaan 2018 kali ini “Sayangi Malaysiaku” dan mengingati rangkap lagu tema merdeka bertajuk “Kita P

Dr M: PH jamin keadilan untuk semua selepas kemerdekaan kedua

Imej
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan akan menjamin keadilan bagi semua rakyat setelah mereka mencapai kemerdekaan kedua dengan menolak pemerintahan kerajaan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana menteri mengajak rakyat berganding bahu bersama kerajaan untuk memulihkan negara susulan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2018, perdana menteri berkata rakyat merayakan sambutan kali ini dengan perasaan lega setelah berasa tertekan di bawah pentadbiran lama. “Sesungguhnya ini adalah kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa. “Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama,” katanya dalam perutusan yang disiarkan oleh televisyen tempatan. Mengimbau kejayaan negara, Dr Mahathir berkata Malaysia pernah membangun dengan pesat sehingga dikenali sebagai Harimau Asia dan kemampuan menjadi

Sempena hari merdeka, HARAPAN jamin keadilan untuk semua

Imej
Kerajaan Pakatan Harapan akan menjamin keadilan bagi semua rakyat setelah mereka mencapai kemerdekaan kedua dengan menolak pemerintahan kejam kerajaan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Sekali gus, perdana menteri mengajak rakyat berganding bahu bersama kerajaan untuk memulihkan negara susulan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan 2018, perdana menteri berkata rakyat merayakan sambutan kali ini dengan perasaan lega setelah berasa tertekan di bawah pentadbiran lama. "Sesungguhnya ini adalah kemerdekaan kedua bagi kita. Kita sudah bebas daripada belenggu pemerintahan kejam. Hidup kita lebih selesa. "Kerajaan PH ini akan jamin keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau agama," katanya dalam perutusan yang disiarkan oleh televisyen tempatan. Mengimbas kejayaan negara, Dr Mahathir berkata Malaysia pernah membangun dengan pesat sehingga dikenali sebagai Harimau

NAJIB PATUT BERTERIMA KASIH BN KALAH PILIHANRAYA.....

Imej
Bagaimanakah ketua sebuah agensi perisikan kerajaan boleh terlibat dalam skandal wang pilihanraya berjumlah AS$12 juta atau kira-kira RM50 juta? Lebih buruk, bagaimanakah wang tersebut yang sepatutnya digunakan untuk pilihanraya, tetapi lebih separuh daripadanya ditemui masih tidak digunakan, malah seolah-olah disembunyikan di sebuah kondo? Bayangkan apa terjadi dan betapa meriahnya kehidupan mereka yang terbabit sekarang ini jika dalam PRU14 lalu BN masih lagi mampu mengekalkan kuasanya? Hidup-hidup Najib Razak dan kerajaan diperbodohkan begitu saja!! Jika tidak kerana Pakatan Harapan yang memenangi pilihanraya, pastinya Najib sendiri tidak tahu atau tidak sedar dana pilihanraya yang sepatutnya dibelanjakan rupa-rupanya telah disorokkan. Adakah mereka tidak membelanjakannya kerana sudah menjangka BN akan kalah dan hilang kuasa? Apa pun, dengan terdedahnya skandal melibatkan ketua agensi perisikan negara ini, Najib sekurang-kurangny

Henti kutipan Tabung Harapan bulan depan, kata Mahathir

Imej
Kerajaan akan menghentikan kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) bulan depan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan masih belum membuat keputusan tarikh akhir Tabung Harapan tersebut tetapi besar kemungkinan ia bakal ditamatkan dalam masa terdekat. “Kami belum membuat keputusan tarikh akhir Tabung Harapan tetapi mungkin pada bulan hadapan ia akan dihentikan,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat dengan Pemimpin Perniagaan Asean di Kuala Lumpur, hari ini lapor Mymetro. Penubuhan Tabung Harapan diumumkan Dr Mahathir pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion. Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik lagi telus. Dr Mahathir juga menafikan hasrat kerajaan menghentikan pengumpulan dana itu disebabkan beberap

Petronas bayar deviden RM24 bilion kepada kerajaan

Imej
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyemak semula jumlah pembayaran dividen untuk kerajaan kepada RM24 bilion tahun ini daripada RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lalu. Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata kenaikan itu didorong oleh peningkatan harga minyak serta pendapatan kumpulan berkenaan. “Pada separuh pertama 2018, Petronas merekodkan perolehan sebanyak RM117.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.0 peratus berbanding RM108.1 bilion bagi tempoh sama pada 2017. “Ini didorong oleh tumpuan berterusan kumpulan ini terhadap usaha memacu kecemerlangan operasi dan pelaksanaan inisiatif penambahbaikan perniagaan, disokong oleh harga komoditi dan margin yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2018 kumpulan ituhari ini. Pada 2017, pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan berjumlah RM16 bilion. Keuntungan bersih kumpulan itu meningkat 54

SAYA SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK, KATA TPM

Imej
TIMBALAN Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau tidak memahami dengan tindakan sesetengah pihak pihak yang mengkritik beliau berhubung cara kerajaan mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun. “Saya tidak pasti. Saya sudah melakukan yang terbaik. Jika ada pihak yang menyerang saya, sekurang-kurangnya dalam hati nurani, saya telah melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual bersama radio BFM awal pagi ini. Kumpulan hak asasi manusia mengkritik Dr Wan Azizah, yang juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, dan kementeriannya ekoran tidak mengambil tindakan terhadap lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang mengahwini kanak-kanak itu di Thailand pada Jun lalu. Aktivis hak manusia menyuarakan kemarahan terhadap lelaki itu yang mengugut untuk menceraikan isteri pertama dan keduanya jika tidak dibenarkan mengahwini kanak-kanak itu yang sudah dikenali sejak usia tujuh tahun. Ditanya sama

Dua acara rasmi sempena ulangtahun Agong dibatalkan

Imej
Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini. Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia. "Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ra

Mantera merdeka untuk anak semua bangsa

Imej
"Dengan nama Allah Yang Maha Murah Lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Negeri-negeri Melayu dengan ini memasyhur dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai tiga puluh satu haribulan Ogos tahun satu ribu sembilan ratus lima puluh tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya negeri-negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahuwataala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala bangsa." Itu kata-kata Bapa Kemerdekaan negara pada 1957 di Kua

Bekas perisik mungkin terima AS$12 juta dari Timur Tengah

Imej
Bekas pegawai-pegawai kanan risikan yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin menerima AS$12 juta daripada sumber Timur Tengah. Seorang penyiasat kanan yang enggan namanya didedahkan berkata, wang itu dibawa ke Malaysia menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjur berkaitan sumber dana-dana itu. “Apa yang kita temui setakat ini, suspek-suspek menggunakan kuasa mereka mendapatkan akses istimewa di lapangan terbang (Malaysia),” katanya. Beliau berkata SPRM sedang menyiasat sama ada wang tunai itu digunakan untuk tujuan pilihan raya. “Persoalannya sekarang berkaitan pelanggaran keselamatan negara. “Pertama, terdapat isu bagaimana wang itu dibawa masuk ke negara kita tanpa dikesan, Kita percaya mereka isytihar wang tunai itu sebagai benda lain untuk melepasi sistem keselamatan lapangan terbang. “Ini melanggar keselamatan pintu masuk ke negara kita. “Kedua, apa urusan jabatan kera

SPRM mungkin panggil perisik MEIO di luar negara

Imej
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil pulang pegawai perisikan negara yang berpangkalan di luar untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata langkah itu boleh diambil jika penyiasat mendapati keterangan mereka diperlukan bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan sekarang. Katanya, sesiapa saja yang disyaki ada kaitan dengan kes melibatkan bekas pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid boleh dipanggil untuk memberi keterangan. Ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini Azam memberitahu pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada ahli perniagaan lain turut terlibat dalam kes itu. Untuk rekod Hasanah bersama tujuh anggota MEIO sudah ditahan untuk disiasat oleh SPRM berhubung dana berjumlah jutaan dolar AS yang disyaki milik kerajaan. Semalam SPRM mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menahan remah Hasanah selama lim