Catatan
Tunjukkan catatan dari Mac, 2021
Cubaan bunuh PM, menteri PH: Kenapa Muhyiddin tak maklumkan pada kerajaan..!!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam ini membangkitkan persoalan mengapa Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan mengenai wujudnya rancangan menyerang pemimpin negara pada 2020. Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lewat malam ini Majlis Presiden PH berkata pendedahan pegawai kanan Bukit Aman mengenai rancangan serangan ganas itu berlaku ketika Muhyiddin berkhidmat sebagai menteri dalam negeri. Untuk rekod ketika itu kabinet Malaysia - termasuk Muhyiddin - diketuai Dr Mahathir Mohamad. "Kami kesal atas sikap Muhyiddin yang merupakan menteri dalam negeri pada waktu itu yang gagal memaklumkan perkara berkenaan kepada pimpinan PH serta rakyat Malaysia amnya. "Kegagalan tersebut menimbulkan persoalan motif sebenar perkara ini disembunyikan daripada pengetahuan pemimpin berkenaan dan kerajaan PH," kata kenyataan tersebut. Ia ditandatangani Pengerusi PH merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Sian
Skandal 1MDB: Muhyiddin digesa perjelas dakwaan Bersatu terima komisen RM500 juta
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengakhiri sikapnya yang terus membisu berhubung dakwaan yang mengaitkan kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM500 juta kepada partinya kerana membantu mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs. Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, pentadbiran Muhyiddin terus menerus memperlihatkan sikap seperti pemerintahan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang suka berselindung disebalik alasan ‘kerahsiaan’ untuk menyembunyikan kebenaran. Beliau berkata, Muhyiddin perlu berterus terang tentang dakwaan membabitkan partinya itu kerana maklumat tentang bayaran kepada peguam berprofil tinggi sama sekali tidak dilindungi di bawah akta kerahsiaan dan orang ramai berhak mengetahuinya. “Meski lantang dikritik oleh pembangkang dan orang awam, kerajaan Muhyiddin tetap menolak untuk mendedahkan syarat-syarat penyelesaian dengan Goldman Sachs, yang sememangnya tidak memuaskan. “Walaupun kerajaa
Kerajaan Pengkhianat Nasional@PN tidak ambil kesah keadaan ekonomi membimbangkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyesali dengan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang seolah-olah tidak mengambil kesah dengan apa yang berlaku ke atas ekonomi negara ini. Ini berikutan tindakbalas sambil lewa kerajaan ke atas tindakan pelbagai syarikat multinasional yang mengambil sikap untuk meninggalkan negara ini. Terbaru, pengumuman oleh syarikat gergasi International Business Machines Corporation (IBM) bahawa ia akan menutup pusat operasinya di Cyberjaya pada 31 Mei baru-baru ini. Pengumuman oleh IBM itu adalah selepas banyak pengumuman yang hampir sama oleh pelbagai syarikat gergasi yang sudah mula meninggalkan Malaysia, termasuk Hyundai dan Panasonic. Bagi beliau, pengisytiharan darurat dan tindakan menggantung Parlimen diandaikan oleh sektor swasta sebagai langkah terdesak untuk terus berpaut pada kuasa. “Langkah darurat telah merobek keyakinan kepada kerajaan PN, kerangka kebijakannya serta komitmen pada tatakelola yang baik dan negara
BEZA SEBELUM DAN SELEPAS PAS ADA DALAM KERAJAAN PENGKHIANAT@PN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tampalan ini adalah ambilan daripada media sosial yang didapati tersebar agak luas, khususnya dalam aplikasi WhatsApp. Sama-sama kita fikir dan renung mengenainya. 1) MINUM & JUAL ARAK :- Dulu = Haram. Sekarang = Itu hak orang bukan Islam. 2) HUKUM HUDUD :- Dulu = Wajib laksana. Sekarang = Kena tengok keadaan, jangan jadi suara syaitan. 3) PERLEMBAGAAN MALAYSIA :- Dulu = Kafir. Sekarang = Islamik. 4) PERTANDINGAN RATU CANTIK :- Dulu = Haram. Sekarang = Boleh dirunding dengan syarat. 5) ISU LGBT :- Dulu = Haram. Sekarang = LGBT harus disantuni. 6) SEKOLAH VERNAKULAR :- Dulu = Mencetuskan masalah perkauman. Sekarang = Kepentingan setiap kaum harus dijaga. 7) KES KENA LANGGAR PEMANDU MABUK :- Dulu = Salah DAP, agenda komunis. Sekarang = Salah individu. 8) JUAL ASSET TABUNG HAJI:- Dulu = Agenda komunis, jual aset umat Islam, Islam terancam. Sekarang = Sebagai strategi pengurusan kewangan. 9) RUU 355 :- Dulu = Wajib. Sekarang = Kita cadang sebab kita pembangkang, sekarang dah jadi ker
Kenapa wakil rakyat PPBM dengan kes 1MDB ‘dilepaskan’, Anwar mahu penjelasan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu Peguam Negara Idrus Harun dan orang digantinya, Tommy Thomas, menjelaskan kenapa Ahli Parlimen PPBM yang mempunyai kes berkait 1MDB dilepaskan. Anwar membuat gesaan itu susulan pertemuannya dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Dalam pertemuan itu, Anwar berkata ada beberapa bekas Ahli Parlimen Umno yang berhijrah ke PPBM didakwa menerima wang yang dikatakan daripada 1MDB. “Yang kekal sebagai pembangkang didakwa, yang lompat dilepaskan,” katanya kepada pemberita. “SPRM menjelaskan mereka tidak terlibat dalam melepaskan sesiapa, ini kata mereka, budi bicara jabatan peguam negara atau peguam negara pada ketika itu.” Pada pertemuan itu Anwar turut meminta SPRM lebih telus dalam siasatan ke atas dakwaan seorang bekas menteri dikatakan diberi jaminan akan bebas dari sebarang tindakan rasuah jika melompat parti. “Dalam kes ini seolah-olah keadaan terkawal dan siasatan diam terus,”
'Bila Agong beri pandangan begitu maknanya pendirian k'jaan PN tak tepat'
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pembangkang berpendapat kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu penggantungan parlimen menunjukkan pendirian kerajaan adalah "tidak tepat". Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata hal itu dibincangkan dalam pertemuan ahli parlimen hari ini. Menurut Anwar sebelum ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sudah memberi pandangan bahawa darurat tidak menghalang parlimen untuk bersidang dan baginda hanya menunggu keputusan perdana menteri. "Kalau kita tahu kaedah perlembagaan dan institusi negara, apabila Agong memberi pandangan begitu, maknanya ia memberi gambaran jelas bahawa pandangan kerajaan untuk menggantung parlimen adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen pembangkang di parlimen untuk membincangkan pelbagai perkara. Isu membuka parlimen untuk bersidang terus membayangi kerajaan Perikatan Nasional pim
2,000 BOLEH MASUK STADIUM, 222 TETAP TAK BOLEH MASUK PARLIMEN….
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Penonton bola sepak kini dibenarkan masuk stadium berkuat kuasa 1 April. Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2,000 penonton di kawasan PKPB manakala bagi kawasan PKPP pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8,000 penonton. Anggota Dewan Rakyat cuma 222 orang sahaja. Tapi masih tidak boleh masuk Parlimen. Nampaknya Parlimen kekal zon paling tinggi risiko Covid-19 di Malaysia. Perdana Menteri ke 8 macam tidak merancang rapi dalam mengurus “peraturan” untuk memerangi COVID-19. Kerap U-turn. Contoh terbaik ialah kompoun RM10K. Setelah dikritik hebat, sekarang Kerajaan PN kata itu semua salah faham dan boleh minta diskaun sampai 50 peratus. Kerajaan terpaksa buat pindaan terhadap ordinan kompoun itu. Sebab itu Parlimen wajib bersidang supaya ada semak dan imbang. Rakyat semakin sangsi kemampuan kerajaan PN memulihkan ekonomi dan melaksanakan undang undang dengan saksama.
Skandal 1MDB: Kerajaan Malaysia terima penyelesaian AS$3.9 bilion dari Goldman Sachs
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Suruhanjaya Sekuriti telah menyelesaikan siasatannya ke atas Goldman Sachs International, Goldman Sachs (Asia) LLC dan Goldman Sachs (Singapore) Pte kerana terlibat dalam asma untuk menipu kerajaan Malaysia (GOM) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melalui penerbitan tiga bon. Ketiga-tiga penerbitan bon tersebut adalah Nota Jaminan 5.99 peratus berjumlah US$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy Ltd; Nota Jaminan 5.75 peratus berjumlah US$1.75 bilion yang tamat tempoh pada 2022 yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd; dan Nota 4.40 peratus berjumlah US$3 bilion yang tamat tempoh pada 2023 yang diterbitkan oleh 1MDB Global Investments Ltd. “Berikutan pengakuan bersalah Tim Leissner pada 28 Ogos 2018 kerana bersubahat untuk melakukan pengubahan wang haram dan bertujuan melanggar US District Foreign Corrupt Practices Act dengan membayar rasuah kepada sebilangan pegawai serta mengelak kawalan perakaunan dalaman entiti Goldman Sachs
KPN dedah wujud ‘kartel’ dalam PDRM mahu jatuhkan beliau..!!!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau. Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka. “Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel). “Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” katanya dalam program Sinar Live bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang dikendalikan oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakuka
MP PKR bimbang 'diperangkap' untuk paksa sokong "PN@PENGKHIANAT NEGARA"
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Seorang daripada ahli parlimen PKR menceritakan bagaimana dia dihubungi seorang lelaki yang cuba 'membeli' sokongannya agar mendukung Perikatan Nasional. M Karupaiya yang memenangi kerusi parlimen Padang Serai pada PRU lalu berkata, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Azhar menghubunginya pada petang Ahad lalu. Kata Karupaiya lelaki terbabit - yang tidak dapat dipastikan sama ada menggunakan nama sebenar atau menyamar - membuat tawaran lumayan agar berpaling tadah. Walaupun dipujuk, Karupaiya yang baru kali pertama menjadi ahli parlimen itu bagaimanapun kini berdepan dilema. Dia bimbang akan menjadi sasaran 'perangkap' untuk memaksanya mengalih sokongan. Pada masa sama Karupaiya memaklumkan tawaran tersebut kepada kepimpinan PKR kerana bimbang masih ada cubaan dibuat untuk membeli sokongannya. "Sebab saya takut apabila saya tolak tawaran itu, mereka mungkin cuba lagi esok. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Siapa tahu, kan? "Se
RELEVAN LAGIKAH DARURAT ALA PN?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Di zaman PN, soalan kena tanya berulang kali. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum berita gembira iaitu Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri boleh beroperasi di seluruh negara. Solat terawih juga dibenarkan. Kalau begitu relevan lagikah darurat? Kalau semua sudah boleh, kerajaan sepatutnya beri tarikh kepada YDP Agong bila Parlimen boleh bersidang. Ini alasan yang kerap kita dengar kenapa “Darurat” diistihar dan “Parlimen digantung”; 1. Untuk memerangi Covid-19 2. Mengurangkan politiking 3. Ramai ahli Parlimen sudah tua 4. Faktor sains dan data. Alasan ramai ahli Parlimen sudah tua paling tidak logik. Sudah tentu ramai warga emas akan pergi Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri dan solat tarawih. Alasan jangan melucukan. Sidang parlimen penting supaya eksekutif tidak melakukan kemungkaran tersembunyi kerana ketiadaan “semak dan imbang”. Ini soalan untuk PM. Angka yang menurun sekarang ini adakah kerana PKP atau kerana darurat? Hadapilah realiti deng
MP PENGKHIANAT DAN KATAK DALAM PROSES MEMBUNUH DIRI..!!!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bersatu dan PN tanpa keraguan lagi akan tercatat dalam sejarah sebagai parti dan kerajaan yang didalamnya paling banyak dianggotai oleh pelompat serta pengkhianat. Dalam PRU14 lalu, calon Bersatu yang bertanding atas tiket PH serta menggunakan logo PKR cuma menang 13 kerusi daripada 52 kawasan Parlimen yang ditandinginya. Sejumlah 16 Ahli Parlimen UMNO dan BN telah melompat menyertai Bersatu kemudiannya. Daripada PKR pula, seramai 14 Ahli Parlimen parti itu turut melompat menyertai Bersatu secara berperingkat-peringkat. Dengan jumlah 30 Ahli Parlimen ‘katak’ yang ada dalam Bersatu, sementara Ahli Parlimen asal Bersatu cuma 6 orang saja yang mengikut Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan PN, manakala 4 kekal bersama Tun Mahathir Mohamad dan dua lagi iaitu Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak terikat kepada mana-mana pihak, ini bermakna kedudukan Bersatu lebih didominasi oleh golongan pelompat dan pengkhianat berbanding anggota asalnya Tetapi, jika diambi
Pas sangat konsistan ‘jual diri’ demi kuasa
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah menyokong kenyataan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabel Pas sebagai pelacur politik. Kamarul berkata, untuk seorang tokoh seperti beliau mengeluarkan satu kenyataan tentang sikap Pas yang menjual harga diri, pastinya ada sebab dan alasan yang kukuh disebalik kenyataan tersebut. Katanya, Tengku Razaleigh atau Ku Li pernah mempunyai sejarah bekerjasama dengan Pas semasa menerajui Semangat 46 dahulu dan sudah tentu sangat mengenali perangai Pas dari dahulu sehingga sekarang. Quantum System “Selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas dilihat amat konsisten menjual dirinya demi kuasa semata-mata tanpa memikirkan prinsip perjuangan. “Ketika seluruh Malaysia mengkritik Datuk Seri Najib Razak kerana skandal mega global 1MDB, Pas mempertahankan Najib lebih dari ahli Umno sendiri. Demi berdamping dengan mereka yang berkuasa, Pas sanggup berbuat demikian. “Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kuasa da
Siasat pelanggaran SOP ‘fun ride’ Zuraida..!!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dua peguam dan seorang Ahli Parlimen menggesa pihak berkuasa membuat siasatan bebas terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan minister Zuraida Kamaruddin kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan berkaitan acara ‘fun ride.’ Mereka berkata, penguatkuasaan peraturan PKPB mesti dilakukan secara saksama untuk semua, selepas netizen mengkritik tindakan Ahli Parlimen Ampang itu kerana mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilihat dilarang mengikut PKPB kini. Hantaran di Facebook semalam menunjukkannya melepaskan acara dilihat seperti kayuhan ‘fun ride’ di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ironinya, Zuraida mendakwa program itu antara usaha kerajaan untuk memberi ‘maklumat mengenai cara menangani pandemik dan norma baharu’ kepada orang awam. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua aktiviti termasuk perhimpunan besar yang menyukarkan penjarakan sosial adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk acara larian, kayuhan, maraton, triatlon dan lain-lain
Dilabel pelacur politik, Hadi serah orang ramai nilai PAS....
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri parti itu seleias ia dilabelkan sebagai "pelacur politik" oleh seorang ahli parlimen veteran Umno. Enggan mengulas lebih lanjut semasa ditanya wartawan, Abdul Hadi sekadar berkata: "Itu terpulanglah kepada orang ramai menilai." Dia juga menyatakan PAS tidak peduli dengan gelaran yang diberikan kerana apa yang penting ialah parti itu meneruskan agenda yang ditetapkan. "Itu (ikut) suka oranglah nak beri nama pada kita, kerja kita orang nak kata apa pun kita teruskan (kerja)," katanya selepas selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu hari ini. Pada 12 Mac lalu Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah menggelar PAS sebagai "pelacur politik" dan perlu ditewaskan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Kata ahli parlimen Gua Musang itu lagi tindak-tanduk PAS dalam pilihan raya kecil sebelum
PN KERAJAAN YANG HANYA TAHU BERPOLITIK, BUKAN KERAJAAN MENJAGA RAKYAT
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dikatakan tujuan perlaksanaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) adalah bagi mengekang berita palsu berkenaan Covid19 dan proklamasi darurat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan hanya mahu fokus kepada dua perkara tersebut saja. “Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat,” tegasnya. Ordinan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, manakala bagi kesalahan yang berterusan, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan. Penguatkuasaan ordinan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak kerana ia memberi kuasa yang sangat luas kepada kerajaan untuk bertindak terhadap berita-berita yang disifatkah tidak dibenar. Di samping dilihat sebagai cubaan untuk mengawal naratif di media dan mengekang kritikan rakyat, kegusaran
Politik ‘kaw tim - kaw tim’
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tempoh hari Presiden PAS Abdul Hadi Awang membuat pengakuan. Bahawa Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu dirancang sebaik sahaja PRU14 (2018) selesai. Bagi saya pengakuan beliau bermaksud 1) pihak yang kalah tidak menghormati suara majoriti rakyat (ini sudah ditonjolkan banyak kali pelbagai pihak) dan; 2) pihak yang kalah tidak mahu menunggu empat atau lima tahun untuk PRU15 diadakan bagi cuba merampas semula kuasa, sebaliknya memilih untuk ambil jalan pintas. “Short cut”. Saya pernah menulis mengenai jalan pintas ini, jadi mengapa ditulis lagi? Sebab presiden PAS membuat pengakuan terbuka – setelah setahun Perikatan Nasional memerintah. Apabila Langkah Sheraton terjadi untuk membolehkan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ramai yang tampil bertanya: “Apa perlunya pilihan raya jika kerajaan boleh ditumbangkan dan kerajaaan baharu boleh naik sebegitu cara?” Tetapi, kita semua tahu pilihan raya t
Pas jangan lupa ‘politik suku agama suku’
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Pas bijak dan telah menjadi lumrah mahu pun asam garam parti tersebut apabila berkata-kata sehinggakan mampu menyembunyikan siapa yang dimaksudkan dengan ganti nama yang lain tetapi tepat kena pada sasarannya. Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, Pas cekap menggunakan kata istilah dwi makna atau pun ‘double meaning’ dan berselindung disebalik kata-kata. Malah ujar beliau, contoh ketara yang boleh diambil ialah Amanat Kg Paradong dimana satu ucapan penuh ‘berapi’ ketika masa itu difahami dan ditujukan kepada Umno dengan apa yang dizahirkan seperti ‘kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi menjadi Kafir dengan mengamalkan’ politik suku, agama suku’ “Masa dan keadaan tatkala itu jelas bermaksud Umno mengamalkan ‘politik suku, agama suku’ tetapi ia dibiarkan kepada pendengar untuk memahaminya, sedangkan dalam wawancara ‘Pertembungan Presiden dan MB Kelantan’ ada menzahirkan sudah berlaku
Tawaran jawatan pada MP: Sediakah SPRM siasat Muhyiddin dan kerajaan pintu belakang?
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng mempersoalkan sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membuktikan mereka sebagai badan yang bebas dan berkecuali, dengan melakukan penyiasatan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia ekoran pengakuan terbaharu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong bahawa Muhyiddin telah menjanjikan satu jawatan rasmi untuknya yang akan memberikan platform kepadanya untuk membina semula ekonomi negara. Guan Eng turut menyokong kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam bahawa wakil rakyat yang melompat parti telah diumpan dengan politik wang. “Tidakkah ini satu umpan habuan untuk Steven Choong melompat parti?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini. Guan Eng berkata, apa yang berlaku mengingatkannya tentang rakaman audio Muhyiddin tahun lalu, yang didakwa menawarkan jawatan politik dan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran untuk sokongan politik. Selain itu, Ahli Parlimen Gua
BUKAN SAJA MUHYIDDIN, SELURUH JEMAAH MENTERI TURUT DIKIRA DERHAKA KEPADA AGONG
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Yang Dipertuan Agong pada 24 Februari lalu bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Oleh yang demikian, titah baginda, tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen bersidang adalah tidak tepat. Seterusnya, Agong bertitah, perkenan baginda terhadap proklamasi darurat hanyalah semata-mata sebagai langkah proaktif membendung penularan Covid19. Sebelum itu, orang yang mengumumkan Parlimen digantung berikutan proklamasi darurat dikuatkuasakan adalah Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Beliau mengumumkannya sehari selepas Agong memperkenankan perisytiharan darurat yang dicadangkan kerajaan. Dalam hal ini, ternampak Muhyiddin seperti telah memperdaya Agong berhubung cadangan darurat yang dipohonnya di mana penggantungan Parlimen seolah-olah tidak dibangkitkan langsung ketika beliau memohon perkenan daripada bagi
Skandal 1MDB: Kerajaan M'sia, Deloitte capai penyelesaian RM324 juta
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kerajaan Malaysia dan Deloitte PLT telah bersetuju untuk penyelesaian RM324 juta bagi menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan pengauditan akaun 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd. Penyelesaian luar mahkamah ini berkaitan dengan audit akaun 1MDB dan SRC untuk tempoh 2011 hingga 2014. Perkara ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media petang ini. Kenyataan itu memetik Menteri Kewangan Zafrul Abdul Aziz yang mengatakan penyelesaian itu menandakan kejayaan dalam usaha pemulihan berterusan kerajaan Malaysia terhadap pihak yang terlibat dalam 1MDB, SRC dan entiti yang berkaitan dengannya. "Kerajaan Malaysia bertekad untuk memastikan bahawa tindakan sewajarnya diambil terhadap semua individu atau entiti yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, di dalam skim global 1MDB," kata menteri itu. Kementerian Kewangan juga mengatakan penyelesaian itu merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB terbesar oleh sebuah fi
Sidang Parlimen: Takiyuddin tidak hormati Titah Agong
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung keputusan Jemaah Menteri PN tidak menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang. Majlis Setiausaha Pakatan Harapan menyelar keputusan Jemaah Menteri Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan tiada keperluan untuk sidang Parlimen diadakan ketika tempoh darurat. PH berkata, alasan yang diberikan adalah lemah, dangkal dan tidak menghormati titah Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan bahawa Parlimen boleh bersidang sewaktu darurat berkuatkuasa. FlexOptima Menurutnya, kekeliruan SOP Covid-19, kemarahan rakyat tentang isu dua darjat dalam penguatkuasaan termasuk bantuan kerajaan yang tidak sampai dan tidak mencukupi, adalah sebab utama Parlimen perlu bersidang. “Tanpa Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, proses semak imbang telah ‘dimatikan’. “Isu jangkitan Covid-19 dalam kal