Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Sepucuk surat tentang cermin untuk Tuan Menteri

Imej
"cermin tak pernah berteriak;  ia pun tak pernah meraung, tersedan, atau terisak [...]" Ke hadapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli al-Bakri di Putrajaya dengan selamat dan sejahteranya. Pada ketika kita masih bergelut dan kalut melawan kuman yang tidak dapat kelihatan dek mata kasar ini, maafkan saya jika teringat kepada Tuan. Memanglah ada banyak kisah suka dan duka - juga lucu - melibatkan politik serta menteri berlaku akhir-akhir ini. Ia sering mengalih perhatian saya. Namun di sebalik semua itu, saya selalu benar terkenang kepada Tuan. Justeru besarlah harapan saya agar Tuan memaafkan kehadiran surat ini. Tuan, Biar saya berterus terang di sini. Saya mengambil keputusan untuk menulis warkah ini kerana saya ini seorang penakut. Hal-hal berkaitan Covid-19 dan apa yang berkaitan dengannya membuat saya menggigil. Saban hari - terutama pada waktu petang - kita menanti dengan penuh debaran akan khabar dibawa Kementerian Kesih

COVID-19: Data klinikal wajar dikongsi untuk rangka kaedah sasaran bertumpu - Dr Dzulkefly

Imej
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) wajar berkongsi data klinikal berhubung pesakit dengan agensi di peringkat negeri supaya pendekatan yang lebih bersasar dapat dirangka bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata data yang dimaksudkan tidak tergolong dalam kategori data peribadi. "Kami menghormati perlindungan data peribadi. Namun, data yang diperlukan ini akan membantu agensi di peringkat negeri untuk melakukan analisis relevan agar kita dapat menyasarkan dengan lebih tertumpu, terutamanya untuk usaha ujian pengesanan," kata beliau ketika ditemu bual dalam sesi Consider This pada Selasa malam. Menurut beliau, buat masa ini, tiada perkongsian data dibuat antara KKM denga

"JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK"

Imej
1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Makcik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah. 2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura. 3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila – bila masa , dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu. 4. Sama

COVID-19: Malaysia sedang alami perubahan ekonomi total, ini 8 langkah persediaan

Imej
RAMAI mungkin tidak menjangkakan krisis wabak COVID-19 telah membawa “bencana” yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia berbanding dengan krisis-krisis lain seperti perang dagangan China-Amerika Syarikat. COVID-19 menjejaskan “kesihatan” ekonomi negara melalui tiga saluran utama. Pertama, sektor perlancongan dan sektor-sektor berkaitan terjejas akibat sekatan kemasukkan pelancong asing dan kawalan pergerakkan yang menjejaskan aktiviti pelancongan domestik. Kedua, sektor-sektor ekonomi dalam negara terjejas akibat kesan rantaian bekalan global. Contohnya, pengeluaran sektor pembuatan automobil dan topeng muka terjejas kerana kekurangan pengeluaran bahan mentah di negara-negara terjejas akibat COVID-19 seperti China. Sektor pengangkutan udara juga terjejas kerana syarikat penerbangan terpaksa menghadkan atau memberhentikan seketika operasi penerbangan segmen luar negara.

NGO, ahli politik bidas nasihat 'contohi suara Doraemon'

Imej
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikritik berhubung tip kepada isteri dan ibu bekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aktivis dan ahli politik berkata, kementerian itu seharusnya membantu wanita yang berdepan keganasan rumah tangga dan kebajikan, bukannya memberi tumpuan kepada penampilan dan nada suara wanita. Pengarah eksekutif Organisasi Pertolongan Wanita (WAO) Sumitra Visvanathan menyorot bahawa sejak hari pertama PKP, ramai wanita menghubungi pihak mereka bagi mendapatkan perlindungan daripada keganasan domestik. "Menteri (Rina Harun) seharusnya memastikan mangsa keganasan domestik mempunyai tempat sokongan dan melindungi mereka, termasuk bekerjasam dengan polis menyelamatkan mereka apabila ia sangat diperlukan. "Kementerian menunjukkan bahawa mereka telah hilang sentuhan dengan peranan asas mereka melindungi wanita dan bukannya menguatkan lagi stereotaip tentang penampilan wanita," katanya kepada Malaysiaki

Tiru suara “doraemon” untuk bermanja, cadang Kementerian Wanita..!!

Imej
Inikah ilmu membina kebahagian rumah tangga. Bagaimana untuk elakkan pergaduhan suami isteri di rumah. Adakah ini cara menangani ekonomi rumahtangga disaat menghadapi Covid 19? Sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), Kementerian Wanita dan Keluarga (KWK) menawarkan beberapa panduan atau tips buat para isteri, sama ada suri rumah baik pun mereka yang bekerja dari rumah. Dalam siri hantaran di Instagram rasminya semalam, kementerian itu menasihatkan golongan wanita agar bertolak-ansur, dan tidak bergaduh atau menyindir pasangan masing-masing, termasuklah ketika meminta mereka membuat kerja-kerja rumah. Salah satu panduan itu berbunyi: “Jika melihat pasangan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak kita, elakkan dari berleter- gunakan perkataan ‘humorous’ seperti ‘cara sidai baju macam nilah sayangku’ (tiru nada Doraemon dan diikuti dengan gelak manja!)”

Lebih baik Zuraida duduk rumah, kata doktor pakar...

Imej
Tindakan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang semalam menyertai - dan terlibat secara langsung - proses nyah kuman Covid-19 turut menerima kecaman pakar perubatan. Perunding Pediatrik dan Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Nordin, menyifatkan tindakan ahli parlimen Ampang itu sebagai "tidak bertanggungjawab". Menurut beliau, dalam keadaan sekarang adalah lebih baik untuk Zuraida berada di rumah berbanding menyembur bahan sanitasi seperti yang dilakukannya semalam. "Ya Tuhan! Ini adalah bodoh dan tidak bertanggungjawab. Mengurangkan penyaringan pertahanan terakhir kami dan pesakit # COVID19 di ICU. Lebih baik dia #StayHome dan tidak memperbodohkan diri sendiri!" ciap Musa di Twitternya. Beliau memberi respon terhadap ciapan pengguna media sosial lain terhadap tindakan Zuraida itu. Ciapan Musa itu kemudian mendapat reaksi daripada pengikutnya di media sosial. Untuk rekod Musa memang dikenali sebagai d

TI-M gesa kerajaan "Atas Atap" telus dalam agihan RM5.9 bilion bagi perniagaan

Imej
Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan menjelaskan bagaimana ia mahu mengagihkan RM5.9 bilion di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan minggu lalu kepada perniagaan dan pekerja untuk mengurangkan impak akibat krisis Covid-19. Katanya, ia dapat mengelakkan penyalahgunaan dana itu kerana dahulu, dana untuk orang awam disalurkan melalui beberapa orang tengah yang mengaut keuntungan daripadanya menyebabkan rakyat tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada peruntukan berkenaan. “Ini sebabnya kerajaan perlu telus dan menjelaskan bagaimana dana ini akan diagihkan.” Katanya, ini akan mendedahkan pihak terbabit dalam proses itu supaya penjawat awam dan orang ramai boleh melaporkan jika berlaku sebarang salah laku. TI-M turut menggesa kerajaan Perikatan Nasional yang “baru tetapi terdahulu” untuk tampil dan menunjukkan cara perubahannya melalui kejujuran serta ketelusan. Bantuan berjumlah RM5.9 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Y

Covid-19: Pakar anggap langkah disinfeksi jalan sebagai membazir

Imej
Beberapa pakar perubatan menyifatkan tindakan nyahjangkitan di permukaan jalan tidak berkesan untuk menghapuskan koronavirus, malah ia hanyalah pembaziran sumber yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih mendesak. Anggota Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor Dr Christopher Lee, berkata proses itu yang dijalakan di Petaling Jaya hari ini tidak akan mencapai tujuannya, iaitu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19. "Langkah nyahjangkitan di jalan jelas tidak akan memberi impak. Pembaziran sumber dan masa kerja. "Langkah membersihkan permukaan yang sering disentuh akan memberi lebih kesan. Marilah (bertindak) berdasarkan bukti," katanya yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, di Twitter. Beliau kini turut mengetuai National Covid-19 Mortality Review Committee yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan audit terhadap kes kematian pesakit Covid-19 di hospital. Bel

PH saran k'jaan guna mekanisme e-dompet salur bantuan Covid-19

Imej
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus guna mekanisme e-Tunai Rakyat yang diperkenalkan pentadbiran sebelum ini untuk menyalurkan bantuan tunai Covid-19, kata sekretariat Pakatan Harapan. Dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dan Ahli Parlimen DAP Tony Pua, mereka berkata ini adalah kerana mekanisme itu telah disertai lapan juta rakyat Malaysia yang layak dari kategori pendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). "Memandangkan proses pengesahan program e-Tunai Rakyat terbukti berjaya mengenal pasti mereka yang berpendapatan RM100,000 ke bawah setahun, maka amat mudah bagi kerajaan mengenal pasti kumpulan M40 yang layak menerima bantuan dan seterusnya memasukkan jumlah itu terus ke dalam e-dompet mereka. "Langkah ini secara langsung akan memudahkan ekosistem e-pembayaran yang digalakkan Kerajaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, lebih-lebih lagi kerana aspek transaksi k

Kerajaan "Atas Atap" tetapkan harga siling topeng muka RM1.50 seunit...

Imej
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling topeng sebanyak RM.150 seunit, berbanding harga sebelum ini yang lebih tinggi. Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, harga baru itu turut dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan mengambil kira kos pembekal luar negara. “Kita telah bincang dan kita dapati topeng tidak banyak dikeluarkan dalam negara, tetapi diimport dari negara luar, kita terikat dengan harga di negara yang kita import. “Mesyuarat bersetuju harga siling topeng adalah RM1.50 sekeping, iaitu RM0.50 sen lebih murah daripada harga awal yang diumumkan, iaitu RM2,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra di sini. Katanya, harga baru itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini. Ismail yang juga menteri pertahanan berkata, harga siling topeng itu bagaimanapun akan dikaji dari semasa ke semasa untuk diku

Ubat anti-malaria ‘Chloroquine’ diguna sejak gelombang pertama Covid-19

Imej
PUTRAJAYA: Ubat “Chloroquine” untuk merawat penyakit malaria digunakan ke atas pesakit Covid-19 sejak gelombang pertama penularan virus itu di Malaysia dan menunjukkan keberkesanannya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai merawat penyakit Covid-19 yang menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit. “Apabila virus Covid-19 melekat di saluran pernafasan bawah, ia akan menyebabkan radang dan replikasi virus tersebut dan ubat ini membantu merawat radang itu,” katanya pada sidang media hari ini. Selain “Chloroquine”, beliau berkata, kombinasi “Lopinavir dan Ritonavir” serta Hydroxychloroquine turut digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak gelombang pertama Covid-19. Katanya, ubat yang digunakan pada gelombang pertama itu menunjukkan keberkesanan bagi merawat Covid-19, tetapi penyelidikan terperinci perlu dilakukan. Bagaimanapun, katanya, kadar kematian pandemik itu

"Lebai Walaun" dakwa boleh kurung Covid-19 dalam botol

Imej
Seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol. Menerusi Facebook, individu berkenaan menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit. "Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer  (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19. "Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook. Ruqyah merupakan kaedah perubatan Islam dengan cara membaca ayat tertentu terhadap pesakit, kebiasaannya akibat perbuatan sihir atau gangguan jin. Dalam video berkenaan, lelaki bergelar ustaz itu dilihat membacakan ayat-ayat ruqyah terhadap seorang pesakit yang duduk di kerusi, sambil disaksikan beberapa individu lain. Pesakit berkenaan menghulurkan kedua-d

COVID-19 beri impak kepada rakyat dan ekonomi

Imej
COVID-19, nama yang cukup menggerunkan semua umat manusia di dunia ini. Saban hari, peningkatan angka jangkitan dan korban akibat koronavirus ini semakin membimbangkan. Malah kesan akibat pandemik COVID-19 kepada negara bukan sedikit, malah hampir melumpuhkan ekonomi dunia. Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkongsikan carta mengenai impak COVID-19 kepada ekonomi dan bagaimana Pakej Rangsangan PRIHATIN berupaya membantu. Katanya, COVID-19 memberi impak kepada ekonomi rakyat pada masa kini melalui tiga saluran iaitu (i) penurunan permintaan eksport, (ii) penurunan permintaan domestik dan (iii) kesan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Beliau percaya ketiga-tiga saluran ini memberi impak berbeza kepada rakyat bergantung kepada kumpulan pendapatan mereka, bandar atau luar

Parlimen perlu luluskan pakej rangsangan ekonomi Prihatin

Imej
PADA 27 Mac 2020, Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi kedua bagi menyokong kebajikan dan menjamin ekonomi kekal kukuh dalam peperangan menentang wabak COVID-19. Pakej yang diberi nama "Prihatin' telah memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM 250 bilion dengan suntikan fiskal kerajaan sebenar berjumlah RM 25 bilion, iaitu kurang lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Ketika kita melihat kelegaan beberapa pihak tentang pengumuman ini, namun pelaksanaan dan punca kuasa meluluskan peruntukan besar ini harus diteliti dengan lebih telus. Kita tidak seharusnya terlalu pantas dan gopoh dengan pengumuman ini kerana pakej rangsangan ekonomi perlu mendapatkan persetujuan Parlimen untuk dilaksanakan. Pemimpin seluruh dunia hari ini sedang dan telah membahaskan tentang pakej rangsangan e

NAJIB, CUKUPLAH JADIKAN MALAYSIA BAHAN LAWAK DUNIA!!

Imej
1. DS Najib adalah bekas PM Malaysia yang sekarang menghadapi tuduhan mahkamah dalam kes pecah amanah wang negara terbesar dalam sejarah dunia moden. 2. Kenyataan beliau smlm menyanggah usaha pembangkang khususnya Presiden PKR DS Anwar Ibrahim yang mengetuai blok PH didalam memberikan check dan balance kepada pakej rangsangan PM adalah sesuatu yang amat tidak wajar. 3. Seorang yang menghadapi tuduhan berat di mahkamah seperti Najib sebaiknya jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan dan pembangkang. 4. Tugas pembangkang yang efektif dan bertanggungjawab memang seharusnya bersikap kritis dan serius didalam menentukan polisi kerajaan tidak diselewengkan. Apatah lagi terhadap sebuah kerajaan yang dibina atas asas penyelewengan. 5. Tidak seperti pembangkang sebelum ini yang tidak efektif kerana tumpuan hanya kepada mencuri kembali kuasa dan lepas hukuman jenayah, pembangkang hari ini berkerja menjadi pembangkang efektif. 5. Cukuplah dunia heran dan ketawa melihat k

'Penyelesaian ekonomi dalam pakej rangsangan mesti menyeluruh'

Imej
Walaupun menyambut baik inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020 dalam membantu rakyat, Presiden PKR Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan berkenaan pakej itu yang menurutnya bergantung kepada "dana pinjaman". Anwar mendakwa sekitar RM100 bilion daripada RM250 bilion yang disuntik dalam pakej itu berkaitan penangguhan pinjaman bank, RM40 bilion lagi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, RM60 bilion berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), dan RM50 bilion daripada Danajamin Nasional Berhad yang sebahagiannya dimiliki Ministry of Finance Inc (MOF Inc). "Jadi kalau kita kumpulkan semua itu, (jumlahnya) RM250 bilion. (Tetapi) balik kepada persoalan pangkal iaitu RM22 bilion yang diperuntukkan. "Apakah tidak baik? (Ia) baik kerana menyentuh masalah rakyat. Saya tetap menyokong langkah yang membantu rakyat terutama golongan B40, tetapi penyelesaian ekonomi dalam pakej rangsangan mesti menyeluruh. "Bagaiman

Mak Cik Kiah yang terangsang.....

Imej
"Itulah, makbul doa arwah Ustaz Fadzil dulu," kata seorang guru yang sudah berpuluh-puluh tahun berkhidmat memandaikan anak bangsa. "Panjang umur Mahathir, biar dia nampak kerosakan yang dia buat sebelum ini." Soal seorang lain: "Macam mana kita tahu Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kerosakan? Kalau tuhan takdirkan dia panjang umur untuk membaiki kerosakan, macam mana?" Mereka bersaudara, tetapi dipisahkan oleh fahaman politik yang berbeza. Ketika itu Pakatan Harapan sudah ada, cuma belum menjadi kerajaan. Guru itu seorang penyokong tegar PAS sejak berpuluh-puluh tahun silam. "Jangan lupa, anak-anak dan balu Ustaz Fadzil pun dah tak sokong PAS," kata orang kedua. "Tak apalah, kita bersangka baik sudah. Ada la sebabnya mengapa Ustaz Hadi cakap begitu," kata guru berkenaan. Sudah terang lagi bersuluh, dia tetap dengan pendiriannya - menyokong parti lama dia. Itu adalah modus operandi sebahagian besar pentaasub b

MEMAHAMI PAKEJ RANGSANGAN MUHYIDDIN – BERAPA DIBELANJA DAN PERLUKAH KELULUSAN PARLIMEN?

Imej
Kerajaan persekutuan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi berdepan kemelesetan ekonomi disebabkan wabak Covid-19. Wabak tersebut menyebabkan perintah kawalan pergerakan yang mengehadkan pergerakan rakyat di rumah dan menyebabkan aktiviti ekonomi terhenti. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan nilai pakej rangsangan berjumlah RM250 bilion, yang merangkumi pakej RM20 bilion yang telah diumumkan oleh pendulunya, Dr Mahathir Mohamad pada 27 Feb. Panduankini meneliti dari sudut pandangan makro berhubung pakej rangsangan berkenaan dan bagaimana ia akan dibiayai. Adakah ini bermakna kerajaan membelanjakan RM250 bilion? Tidak. Itu merupakan saiz pakej rangsangan, antara lain termasuk pinjaman, penangguhan bayaran pinjaman dan pengecualian sewa dan bukan hanya pemberian wang tunai. Pemberian wang tunai, pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), penangguhan bayaran pinjaman dan wang simpanan individu dan perniagaan diharap akan dibelanjakan bagi men

COVID-19: Wan Azizah, Hannah harap warga kerja JKM turut diberi elaun khas

Imej
Bekas menteri dan timbalan menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang terlibat dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) juga diberi elaun khas. Dalam kenyataan bersama, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Hannah Yeoh berkata, warga JKM terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PKP, tetapi tidak termasuk dalam senarai kumpulan penerima yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) semalam. “Kami mengalu-alukan peruntukan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, angkatan pertahanan awam serta Rela yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PKP. “Mungkin kerajaan terlepas pandang akan peranan JKM. Warga kerja JKM yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan PKP perlu diiktiraf sebagai petugas barisan hadapan dan dengan itu dimasukkan dalam senarai penerima. “Kerajaan juga perlu men

Kerajaan "Pintu Belakang" cuba dapatkan RM1 bilion dana rompakan 1MDB dari DoJ

Imej
Kerajaan "Pintu Belakang" berusaha mendapatkan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB, kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, agensi kerajaan berkaitan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengusahakannya. “Agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara ini. Ia sepatutnya dalam jadual untuk mendapat wang tersebut. Kami sedang mengusahakannya,” katanya kepada Bernama mengenai kemungkinan kelewatan dalam membawa balik wang tersebut. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dilapor menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) dana 1MDB dengan menyatakan ketidaktentuan politik berpunca daripada peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Feb lalu. Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac lalu. DoJ memulangkan hampir AS$200 juta kepada Malaysia pada Mei 2019.