Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Anwar: Dulu ahli PAS pun ikut saya ke kuil

Imej
Membalas semula kritikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) PRK Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anggota PAS sendiri pernah mengikutnya menyertai program di kuil ketika era Pakatan Rakyat. "Dulu ketika saya pergi (ke program di kuil) semasa Pakatan Rakyat (masih ada), boleh. Sekarang tak boleh. "Ahli PAS juga ikut saya (ke program di kuil) dulu," kata presiden PKR itu semasa sidang media di pusat operasi HARAPAN di Port Dickson hari ini. Dalam ceramah semalam, Abdul Hadi yang juga presiden PAS menyifatkan Anwar sebagai tidak konsisten kerana menunjukkan sikap berlainan di depan kelompok yang berbeza. Beliau berkata Anwar akan menjadi imam jika ke masjid, berpakaian seperti seorang Sikh jika ke gurdwara dan menari tarian Tamil jika ke kuil. "Kita hidup dalam masyarakat pelbagai budaya. Kita menghormati kebebasan memeluk mana-mana agama, tetapi kita mesti konsisten dengan agama dan kaum kita,&qu

Dakwaan liwat III: Cari modal lain, kata Anwar

Imej
Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga adalah calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya kecil (PKR) Port Dickson enggan melayan tuduhan liwat terbaru yang dilemparkan terhadapnya. “Sudahlah. Sudah lebih 20 tahun saya difitnah dengan pelbagai perkara. “Jadi Lokman pun sudahlah, cari modal lain,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PRK Port Dickson, hari ini. Walau bagaimanapun, Anwar berkata, beliau belum berhasrat mengambil tindakan undang-undang buat masa ini kerana mahu memberi tumpuan kepada PRK dihadapinya. “Saya minta individu terbabit menghentikan perbuatan memfitnah saya,” katanya. Semalam, Lokman dalam catatan di Facebooknya mendakwa bahawa Mediacorp Singapura melaporkan seorang pelajar Indonesia membuat laporan polis di Singapura bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Mediacorp kemudian mengeluarkan penafian menjadi sumber laporan berkenaan dan menyifatkannya sebagai berita palsu. Mereka juga memaklumkan kep

Bekas pemimpin MIC: Orang PD bertuah bakal PM jadi wakil rakyat

Imej
Isu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku bakal perdana menteri terus dijadikan kempen untuk menarik sokongan pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson. Kali ini ia disuarakan bekas Naib Presiden MIC Datuk S Sothinathan yang juga bekas anggota parlimen Teluk Kemang - nama lama bagi kerusi parlimen Port Dickson - selama dua penggal. Menyifatkan Anwar sebagai pemberian Tuhan kepada penduduk Port Dickson, beliau berkata mereka bertuah kerana tidak banyak kawasan yang mempunyai perdana menteri sebagai wakil rakyat. "Sejak kita merdeka, hanya tujuh kawasan parlimen yang mendapat perdana menteri sebagai anggota parlimen. Kini pengundi Port Dickson mampu catat sejarah. "Maka kita perlu menyokong penuh Anwar dan memberikan kemenangan besar kepadanya pada 13 Oktober ini (hari mengundi)," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana DUN Sri Tanjung di Port Dickson, semalam. Sothinathan yang menang dalam PRK Teluk Kemang pada 2000 menjadi angg

Penganalisis berbeza pandangan berkaitan kerjasama Umno-Pas

Imej
Umno harus mempunyai jati diri dan bersifat berdikari untuk menjadi pembangkang yang berwibawa serta tidak perlu tergesa-gesa untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain terutama Pas. Ramai yang beranggapan Umno, selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, begitu terdesak untuk membentuk pakatan pembangkang dengan Pas sedangkan permasalahan dalaman parti itu patut menjadi keutamaan ketika ini. Penganalisis politik Md Shukri Shuaib berkata ketika ini Umno dilihat terlalu ‘terhegeh-hegeh’ untuk bekerjasama dengan Pas, malah parti yang berusia lebih 70 tahun itu seperti telah berjaya “dijinakkan” oleh Pas. “Umno adalah parti yang sepatutnya lebih dominan kerana ia lebih kuat daripada Pas dari segi bilangan kerusi (di Parlimen). Saya fikir tidak ada harapan bagi hubungan Umno dan Pas pada masa depan. “Kalau dilihat dari sudut sokongan orang Pas kepada Umno yang masih tidak mesra tidak ada untungnya bagi parti itu mengadakan jalin

BERITAMEDIACORP NAFI KELUAR BERITA ANWAR DISIASAT

Imej
SINGAPURA – Agensi berita Singapura, BERITAmediaCorp nafi menyebarkan berita mengenai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial. Menurut agensi itu, catatan yang disebarkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam itu palsu. “Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lokman Noor Bin Adam mendakwa bahawa seorang penuntut warga Indonesia sudah membuat aduan polis kerana diliwat oleh Anwar. “Catatan itu turut mendakwa bahawa insiden itu berlaku di Singapura baru-baru ini. BERITAmediacorp dimaklumkan bahawa catatan itu tular di media sosial dan Lokman mendakwa sumber berita itu adalah daripada BERITAmediacorp. “Ini tidak benar sama sekali dan berita yang disebarkan oleh Lokman melalui catatannya itu adalah berita palsu,” katanya melalui laporan berita di portalnya, hari ini. PKR menafikan dakwaan Anwar disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara berkenaan. BERITAmediacorp j

Anwar Ibrahim Kempen Bertemu Rakyat Port Dickson

Imej

Anwar Ibrahim Mendapat Sokongan Penuh Rakyat Port Dickson

Imej

'Kita bersendiri, harap ahli Umno undi PAS'

Imej

Hadi kritik Anwar tiada jati diri

Imej

Kurang dana, Malaysia utamakan selesai hutang negara - PM

Imej
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan mengalami masalah kekurangan dana kerana ia dibebani dengan hutang negara melebihi RM1.0 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Katanya, sebahagian besar daripada wang kerajaan akan digunakan untuk membayar hutang. “Inilah keutamaan kita kini, iaitu untuk menyelesaikan masalah hutang ini,” katanya dengan menambah kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada risiko negara menjadi bankrap. Dalam perjumpaan beliau dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom pada satu jamuan minum lewat petang Ahad, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan masyarakat Malaysia di luar negara kerana dengan sukarela telah menyumbang kepada Tabung Harapan Negara untuk membantu mengurangkan beban hutang negara. “Mereka secara sukarela telah bertindak mengumpul dana untuk membantu kerajaan. Sudah tentulah jumlahnya tidak banyak, (tetapi) sikap yang ditunjukkan mereka i

SPRM saran hukum sebat ke atas pesalah rasuah

Imej
    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta supaya kerajaan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan suruhanjaya itu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata cadangan hukuman sebat itu secara langsung mencerminkan usaha serius pihaknya untuk membanteras rasuah secara habis-habisan. "Kalau kesalahan menipu boleh dikenakan hukuman sebat mandatori apatah lagi jenayah rasuah ia lebih ‘deterrent’ (bersifat pencegahan),” katanya kepada media selepas menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena sambutan ulang tahun penubuhan SPRM ke-51 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya malam ini. Jelasnya buat masa ini mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 hukuman dikenakan ke atas pesalah rasuah hanyalah sehingga maksimum penjara 20 tahun, (selain denda). "Penjara 20 tahun ini adalah maksimum, tetapi kebanyakan mereka a

Hadi sebok soal Anwar: Kenapa tak bertanding di kawasan majoriti Muslim?

Imej
    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempersoalkan mengapa presiden PKR itu tidak bertanding di kawasan majoriti Muslim. "Mengapa dia tidak cukup berani untuk bertanding di kawasan majoriti orang Islam?" soal Hadi dalam ceramah di Teluk Kemang, Port Dickson, semalam. Beliau berucap dalam ceramah perdana pertama PAS bagi kempen PRK Port Dickson, yang secara rasminya bermula 29 September lalu selepas penamaan calon. Kawasan Parlimen Port Dickson merangkumi 43 peratus pengundi Melayu, 33 peratus pengundi Cina dan 22 peratus pengundi India. Hadi juga menyifatkan Anwar sebagai seorang yang "tidak konsisten" iaitu dengan menunjukkan sikap berlainan di depan kelompok yang berbeza. Sebagai contoh, beliau berkata Anwar akan menunjukkan sisi keagamaan dalam dirinya jika beliau berada di masjid, manakala boleh pula menari ketika bersama masyarakat India. "Kita ada budaya sendiri.

PAS sedia terima 'bantuan ghaib’ termasuk Umno sembang Hadi

Imej
PAS terbuka menerima mana-mana pihak yang sedia membantu kempen calonnya, termasuk daripada ahli atau jentera Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini, kata presidennya, Datuk Seri Hadi Awang. “Ini negara demokrasi dan PAS menerima siapa saja yang menyokong kita tapi ‘perkara ghaib’ (bantuan senyap-senyap Umno) saya tak tahulah. “Umno tak benarkan ahli dia bantu (kempen PAS), tapi mungkin ada ahlinya yang undi calon kita,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Perdana PAS sempena kempen PRK Parlimen Port Dickson di Teluk Kemang, malam semalam. Kedua-dua parti itu tidak mempunyai ikatan khusus, tetapi telah bekerjasama secara terbuka di beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Seri Setia, Sungai Kandis dan Balakong. Abdul Hadi berkata meskipun Umno-PAS tidak mempunyai sebarang ikatan, namun beliau percaya anggota dan pengundi Umno akan menyebelahi partinya. "Dalam negara demokrasi, PAS menerima siapa sahaja yang

UMNO Dah Tunggang Langgang !!

Imej
Orang kuat Umno pon bertelagah, tak sependapat.. Bila parti keramat karat Umno dah nak karam, cepat2 nak selamatkan diri dgn cubaan nak bergabung dgn Pakatan Harapan.. SEDARLAH DIRI TU ZAHID !!! Apa gunanya nk bergabung dgn PH. Bukankah hari tu Umno dah masuk meminang PAS. Malah secara rasminya telah bekerjasama dgn PAS secara terang-terangan.. Kata dah jadi pakatan pembangkang yang kuat !!! Dah jadi pembangkang yang kuat, kenapa nak 'joint' PH.. atau nak perbodohkan PH.. Adalah lebih kamu kemudi jer kapal karam tu elok2..

KEADAAN UMNO GENTING, TAPI TIADA SEMANGAT UNTUK MENANG

Imej
PRESIDEN Umno biasanya memberi inspirasi tetapi ucapan dasar dan penggulungan yang panjang lebar pada perhimpunan agung parti hujung minggu lalu tidak memberikan sebarang kesan mendalam selepas kekalahan pada 9 Mei lalu hingga mengubah status parti pemerintah kepada pembangkang. Selepas dua jam ucapan dasar presiden, kira-kira 5,000 perwakilan di Dewan Merdeka atau mereka yang mengikuti prosiding itu menerusi Internet masih tidak tahu hala tuju presiden baharu berkenaan membawa parti lama yang gah untuk orang Melayu itu. Bekas exco Johor, Md Jais Sarday memberi kesimpulan yang tepat untuk ucapan itu menerusi Twitter dengan berkata: “Enjin dah start, tapi tak tahu nak drive ke mana”. “Ucapan sulung panjang berjela tanpa hala tuju yang jelas,” tambah Jais. Sebaliknya, ucapan dasar Zahid yang pertama tentang menjenamakan semula Barisan Nasional (BN), kembali memegang kuasa dan mengekalkan ideologi teras Umno dalam mempertahankan kepentingan Melayu, kurang

DIA CADANG, DIA TUTUP....

Imej
Siapakah yang teringin serta terghairah untuk menjadi kerajaan dan seperti tidak sanggup lagi jadi pembangkang, lalu menawarkan diri untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan? Siapakah pula yang tiba-tiba mengatakan cadangan kerajaan perpaduan itu sudah ditutup? Lawak dol…27 September cadang, 30 September cadangan ditutup. Dia yang cadang, kemudian dia juga yang tutup!!

Anwar tolak perkahwinan sejenis

Imej
PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu supaya perkahwinan sejenis diiktiraf di negara ini. “Apa yang mereka buat, kita tak tahu…itu dia dengan tuhan…tetapi nak paksa kita terima kahwin sesama jenis, kita tolak,” katanya yang menyifatkan tidak wajar bagi golongan memperjuangkan agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) memaksa pihak lain menerima pandangan mereka. Presiden PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maal Hijrah di Masjid Jamek Pasir Panjang hari ini yang turut dihadiri Pengerusi PH dan PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Majlis yang dihadiri 200 penduduk setempat itu ialah program ke-3 dalam siri kempennya hari ini, selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Port Dickson awal pagi tadi dan merasmikan jamuan di Tokong Dewa Chi San Liang Gong, B

Hadi kata Anwar kena ada pendirian agama

Imej

"Kalau Ada Maruah, Tak Perlu Nak Minta Ampun!" dengkinya Hadi Awang

Imej

PRK PORT DICKSON:ANWAR IBRAHIM BERTEMU PENGUNDI DI KG.SRI PARIT

Imej

PRK PORT DICKSON:ANWAR IBRAHIM-CERAMAH PERDANA DI DUN SRI TANJUNG

Imej

PRK PORT DICKSON:ANWAR IBRAHIM-MASUK PARLIMEN BUKAN NAK BERGADUH DENGAN TUN MAHATHIR

Imej

Anggota UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK PD

Imej

Anwar mahu bawa tiga projek besar di Port Dickson

Imej

5 Fakta Menarik Perjuangan DS Anwar Ibrahim

Imej

Tak ada masalah panglima politik 'baik' dalam Umno - Mohamad Hasan

Imej

'Luar biasa' pilih bakal PM pimpin M'sia di Port Dickson sembang Hadi

Imej

Analisis AWANI: Amanah dan mesej Islam progresif

Imej

Berbaju 'Lokap SRPM', curi perhatian di PAU 2018

Imej

Umno mahu tuntut semula aset dari pemegang amanah

Imej

Pesan Isa buat penyokong Umno di Port Dickson

Imej

PELIK UMNO INI, BUAT APA LAGI NAJIB MAHU DISAMBUT MERIAH?

Imej
Perhimpunan UMNO tahun ini kali pertama diadakan dalam keadaan parti itu tidak lagi mempunyai kuasa di peringkat pusat, malah negeri yang masih dikuasainya iaitu Pahang dan Perlis tergolong sebagai negeri yang miskin, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi dan banyak hutang. Dalam erti kata lain, meskipun masih ada yang berbangga kononnya UMNO menang 54 kerusi dalam PRU14 lalu, realitinya parti itu tidak bernilai apa-apa lagi. Sepertimana yang semua orang sedia maklum, punca utama kalahnya UMNO dalam PRU14 lalu sehingga kuasa dalam genggaman terlepas ke tangan orang lain ialah Najib Razak. Najib dengan skandal 1MDB, hubungannya dengan Jho Low, gaya hidup mewah keluarga, boros, membazir dan pendedahan media tentang barangan kemas isterinya, Rosmah Mansor adalah penyebab utama rakyat jadi meluat dan benci kepada UMNO serta BN, lalu mereka bersatu menolak parti itu melalui peti-peti undi. Jika bukan Najib menjadi Perdana Menteri  atau kalau beliau sedia berund

SIAPA MENCATUR PERLANTIKAN PENGERUSI2 AGENSI KERAJAAN?

Imej
Satu semi satu perlantikan pengerusi agensi kerajaan diumumkan dalam minggu-minggu kebelakangan ini. Bermula minggu lalu dengan perlantikan pengerusi MARA, Perbadanan Stadium Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau SKMM, perlantikan  pengerusi baru diteruskan lagi minggu ini di Perkeso, Suruhanjaya Sekuriti dan PRIMA atau Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia. Dr. Hasnita Hashim daripada Maybank dilantik sebagai Pengerusi MARA, pemilik syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan bekas CEO Kumpulan Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi SKMM. Semalam diumumkan pula perlantikan CEO Allianz Insurance, Zakri Khir sebagai Pengerusi baru Perkeso menggantikan Aseh Che Mat. Hari ini dua perlantikan baru lagi menyusul iaitu Syed Zaid Albar, seorang peguam dan adik kepada bekas menteri, Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Eddy Chen, bekas Pengerusi Rehda

Pernah dengar lidah biawak..

Imej
Barangkali ramai yang keliru dan terpinga-pinga apabila Presiden Pas, Hadi Awang secara tiba-tiba mahukan Tun Mahathir Mohamad terus kekal sebagai sebagai Perdana Menteri selama sepenggal dan bukannya dua tahun seperti yang diura-urakan bagi memenuhi janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Bukankah Hadi juga yang sebelum ini tidak setuju dengan Tun Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri, malah pernah menasihatkan agar beliau menghabiskan lebih banyak masa di sisa-sisa usianya dengan ibadah dan tikar sembahyang? Apa sudah jadi sekarang?

Rakyat bukannya bodoh seperti kamu..

Imej
Syok sendiri ka Zahid.. Perpecahan dalam BN itu apa dah jadi.. Asalnya ada 13 parti komponen dlm BN, kini dah tinggal saki baki 3 parti shj ??!

Kesialan Perompak Umno Makin Terserlah..

Imej
“Jumlah RM114 juta tersebut dijumpai dalam 35 beg. Untuk RM43 juta, kita perlu dalam 10 ke 15 beg. Bagaimana kita boleh mencuri sedangkan ada 100 kamera litar tertutup (CCTV) dengan hanya satu pintu masuk dan ramai saksi." kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh. Bila Najib dah kantoi menipu gagal nak buktikan rampasan wang sebanyak RM160 juta tersebut, tup2 UMNO tuduh polis pula yg baki RM43.3 juta yg hilang itu polis yg curi..

HIDUP MELAYU.......

Imej
“Selayaknya muka-muka parasit ni lah sedari awal lagi yang kena sindir dengan Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ..!!!!!” Adakah mereka ini sedar, ingat peringatan arwah TGNA ini dahulu, ATAU peringatan tersebut telah dibakul sampahkan oleh mereka ??!

Pejuang Ketuanan Melayu.. Tanpa Umno Matilah Melayu..

Imej
Tahun ini lagi meriah dan tercatat dalam sejarah negara, lebai2 PAS terpaksa turut serta sama2 hadiri dalam #PAU2018 sbb nak balas jasa balik pemimpin2 UMNO hadir ke Muktamar PAS baru2 ini...

UMNO dan Fitnah Berpisah Tiada !!

Imej
Demi nak mengekang kemaraan Anwar Ibrahim (DSAI) ke parlimen, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tanpa rasa bersalah telah sebarkan viral berita palsu dan satu tuduhan tanpa bukti mengenai kononnya DSAI disiasat oleh pihak berkuasa Singapura kerana terlibat dalam kes liwat di negara itu. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil mena fikan maklumat yang tersebar di media sosial itu setelah memeriksa dengan pihak Mediacorp di Singapura. Mereka mengesahkan tidak pernah menyiarkan berita berkenaan. Kami harap Polis Selangor dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat berbuat sesuatu untuk ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemimpin Umno tersebut.

Nak kenang jasa tang mana tu....

Imej

SIAPA SEBENARNYA PEMBOHONG ??!

Imej
Sorang kata UMNO ada berbilion ringgit lagi walaupun kira-kira 900 akaun Umno dibekukan pada Jun lalu kerana siasatan skandal 1MDB. TIBA-TIBA Zahid menafikannya pula..?

'UMNO adalah Nokia, PH itu Samsung, Tun M pula Apple'

Imej
KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO menyifatkan parti itu sebagai jenama Nokia yang kini tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna telefon pintar. Wakilnya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, kejayaan jenama itu menguasai pasaran dunia sebelum ini menyebabkan mereka terlalu selesa sehingga tidak melakukan pembaharuan produk kerana yakin pengguna tetap setia. Katanya, jika UMNO tidak berubah selepas kalah dalam PRU14, mereka akan dilupakan rakyat kerana tidak relevan. Menurutnya, kemenangan PH pada PRU14 pula diibaratkan seperti jenama Samsung yang berjaya menidakkan monopoli Nokia dalam pasaran telefon pintar. "Samsung pada awa

Wanita Umno member wears 'lockup' t-shirt in support of Azeez

Imej

Umno saman MP lompat parti, maklum Zahid

Imej
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat yang bertindak meninggalkan parti itu telah diambil kepimpinan tertinggi Umno. Malah, anggota parlimen Bagan Datok itu berkata writ saman juga telah dihantar kepada mereka yang terlibat. “Saya akui amat sukar untuk menyekat mereka keluar parti. Tetapi demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah pun mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang. “Malah writ saman telah dihantar kepada mereka,” tegas Ahmad Zahid dalam ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2018 di PWTC, malam ini. Ahmad Zahid berkata demikian sebagai maklum balas terhadap desakan ketiga-tiga sayap Umno hari ini supaya parti itu bertindak terhadap wakil rakyat yang meninggalkan parti selepas PRU ke-14. Pemuda dan Wanita serta Puteri Umno hari ini berkata jika tindakan lompat parti tidak dihalang maka ia akan mengurangkan kerusi parlimen yang

'Perang' Amar Singh, Raja Petra berterusan

Imej
KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengecam kenyataan penulis blog Raja Petra Kamaruddin berhubung pemakaian serban olehnya dan mendakwa tindakan itu bersifat perkauman. Amar Singh menerusi kenyataan di akaun Facebook hari ini mengakui terkejut dengan penulisan Raja Petra bertajuk "Pasti serban Amar Singh terlalu ketat" yang dimuat naik diblog miliknya pada Jumaat lalu. “Ini amat mengejutkan apabila Raja Petra mengeluarkan kenyataan yang hanya memperlekeh, merendahkan dan menghina bangsa seseorang. “Tiada lagi rasa hormat yang tersisa kerana kenyataan bersifat rasis dan diskriminasi ini hanyalah senjata buat mereka yang lemah,” katanya. Raja Petra membuat kenyataan berhubung pemakaian serban itu setelah dakwaannya yang menuduh polis mencuri RM43.3 juta ketika menyerbu kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences di Kuala Lumpu

Dunia luar kagum rakyat Malaysia berani tukar kerajaan - Anwar

Imej
PORT DICKSON : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat luar kagum dengan rakyat Malaysia yang berani melakukan perubahan dalam pentadbiran negara ini dengan memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan. Menceritakan reaksi masyarakat luar semasa melawat ke beberapa negara lsejak dibebaskan empat bulan lepas, beliau berkata mereka kagum bagaimana Malaysia boleh melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan tanpa pertumpahan darah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas. "Kita berubah kerana semua rakyat tanpa mengira kaum bangkit dan bukan hanya sesuatu kaum sahaja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Utama PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, di sini, malam tadi. Pelancaran bilik gerakan dilakukan oleh Presiden PKR, yang juga Timbal

Tujuh penjuru PRK Port Dickson

Imej

''Malu Kita! Pergi Sana Orang Tanya 1MDB, Pergi Sini Orang Tanya Beg'' - Anwar

Imej

Pas mahu Tun Mahathir kekal pimpin negara sembang Hadi

Imej

PRK PD: Pas sedia hadapi saingan 7 penjuru - Hadi

Imej

Kafe Ahad: 'Kes 1MDB terlalu kompleks' - SPRM

Imej

Tubuh jawatankuasa pantau GLC

Imej

Reaksi ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Imej

'Ada calon berderet isunya, boleh buka satu kitab' - Tan Sri Isa Samad

Imej

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Di Bagan Pinang

Imej

'Super liberal' seranglah banyak mana, saya takkan tolak ansur - Anwar

Imej

Anwar: PH leadership supports my return to Parliament, PD election won’t be easy

Imej

PRK PORT DICKSON - DATUK SERI ANWAR MAHU FOKUS KEMPEN

Imej

"Saya Tak Dapat Daftar sebagai Calon PRK Port Dickson" - Rajendra Ammasi

Imej

FAKTA !!!

Imej
"UMNO SEBUAH PARTI RASUAH. Imej UMNO yg ketiga ialah imejnya sbg parti yg galakkan RASUAH, parti yg korup, parti yg berkeliaran dgn buaya2 darat & yu2 laut yg tak segan silu menyapu DAN menelan segala projek DAN kontrak kerajaan DAN hak rakyat miskin tidak kira kaum" "Imej ini dibenci oleh semua kaum, tidak shj org Melayu tetapi juga kaum bukan Melayu", kata Tengku Razaleigh Hamzah, 4/4/2008

KANTOI !!.. Sekali lagi cubaan Najib menipu tak berjaya..

Imej
Tak mustahil jika polis akan tambah satu lagi pertuduhan terhadap Najib Razak kerana membuat kenyataan palsu.. Sekali berbohong, selama-lamanya akan terus bohong demi perbodohkan rakyat & buat persepsi buruk jahat terhadap polis dan kerajaan.

BELUM APA-APA.. dah pertikai keputusan YDP Agong ??!

Imej
Adakah calon PAS buta undang2/ Perlembagaan Persekutuan atau malas nak ambil tahu perkembangan semasa ttg pengampunan penuh YDP agong terhadap DS Anwar baru2 ini ??! Kenapa PAS busuk hati & takut sgt jika Anwar jadi PM kelak ? Cuba kalau PH pertikai Agong... mahunya sampai kiamat PAS ungkit kecoh satu negara..

Hilang Nyawa....!!

Imej
Ada kapal dah nak karam, tiba-tiba ada plok yang kesian bagi pelampung nak selamatkannya..

DUA2 SAMA JER...!!!

Imej
KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan skandal kes 1MDB. Lebih 70 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan telah direkodkan setakat ini. Jika Najib pernah ditahan semalaman di SPRM mungkin keadaannya lebih selesa berhawa dingin.. Bagaimana pula jika Najib ditahan di lokap balai polis berbaju warna ungu?.. Adakah Najib mahupun Rosmah akan dpt layanan istimewa spt di SPRM? Sama2 kita nantikan..

ABU.. Asal Bukan Umno

Imej

INI BALASANNYA!!

Imej
Oleh kerana tiada lagi bantuan diberikan sebagaimana di Seri Setia sebelum ini.. Ini balasannya... Kesian Zahid Hamidi, kunjungannya ke Muktamar Pas di Kuala Terengganu bersama rombongan pemimpin kanan UMNO dua minggu lalu nampaknya tidak membawa apa-apa erti.

Tun Mahathir 'canang' kelakuan Kerajaan UMNO@BN di pentas PBB

Imej
MAHATHIR: Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang memegang prinsip keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan berlandaskan undang-undang. NEW YORK : Memperkenalkan Malaysia Baharu menjadi subtopik pertama buat Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas 15 tahun meninggalkannya. Perdana Menteri berkata, keputusan rakyat Malaysia menggantikan kerajaan baharu selepas 61 tahun disebabkan oleh tindakan kerajaan terdahulu. “Kami lakukan ini (menukar kerajaan) disebabkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) mengamalkan politik kebencian, perkauman, keagamaan termasuk rasuah secara berleluasa. “Proses peralihan berlangsung dengan demokratik, tanpa sebarang keganasan mahupun kehilangan nyawa. “Rakyat Malaysia mahukan Malaysia baharu yang memegang prinsip keadilan, tadbir urus yang baik, integriti d

Anwar yakin menang di Port Dickson

Imej
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya beliau berpotensi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berdasarkan rekod prestasinya yang cemerlang dalam mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan golongan veteran. Anwar berkata Pas mempunyai hak untuk meletakkan mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk bertanding pada PRK itu namun rekod prestasinya mempertahankan ATM dan golongan veteran sudah terbukti sejak dahulu, malah ia boleh diakses dan dibaca dalam hansard Parlimen. “Ketika Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kem Sungai Besi diswastakan kepada Jho Low dan geng, saya membantah di Parlimen malah menegas dan mempertahankan hak veteran untuk dilindungi. “Rekod itu sangat jelas dan saya percaya pengundi boleh mengaksesnya. Saya juga akan turun padang untuk berjumpa dan menawarkan perkhidmatan saya kepada pengundi,” katanya kepada media selepas selesai prosiding kes saman fitnah difailkannya terhadap bekas calon Barisan

ANWAR TAK TERGUGAT DI PORT DICKSON....

Imej
Berbanding beberapa pilihanraya sebelum ini, pilihanraya kecil Port Dickson yang akan berlangsung pada 13 Oktober depan boleh dianggap satu pilihanraya yang paling banyak memberi kejutan kepada orang ramai. Sebelum ini ramai yang terkejut apabila Anwar Ibrahim memilih Port Dickson sebagai kawasan untuk ditandingi bagi membolehkannya kembali menjadi Ahli Parlimen dan sebagai persediaan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad. Ramai yang bertanya dan tertanya-tanya, mengapa Port Dickson jadi pilihan  dan apa istimewanya Port Dickson kepada Anwar? Seketika, di sebalik keputusan itu, orang Port Dickson kemudiannya secara perlahan-lahan jadi teruja  dengan adanya pilihanraya kecil ini kerana Port Dickson akan melahirkan seorang Perdana Menteri yang tidak pernah terbayangkan oleh sesiapa sebelumnya. Dengannya ramai yang membayangkan kawasan Port Dickson akan lebih melimpah dengan pembangunan, kedatangan pelabur, pembinaan k