Skandal 1MDB-Tanore: 'Arul Kanda kata PMO mahu kami tinggalkan M'sia untuk elak PAC'
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dikatakan mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan penggantinya Arul Kanda meninggalkan negara ini apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu menyoal mereka selepas skandal 1MDB meletus pada tahun 2015. Shahrol memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bahawa Arul menyampaikan mesej itu kepadanya. "Saya masih ingat kali pertama pada tahun 2015 apabila kami dikeluarkan surat oleh PAC untuk hadir - Arul dan saya sendiri. "Tetapi saya bersama Arul pada masa itu dan Arul beritahu saya bahawa arahan daripada Pejabat Perdana Menteri adalah untuk melancong ke luar negara supaya kami tidak akan dapat hadir," katanya. Ketika disoal balas oleh timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram, saksi kesembilan dalam perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak itu berkata beliau pergi ke Singapura pada hari berikutnya. Sri Ram: Siapa di PMO (yang minta supaya t