TUBUH KERAJAAN CARA KHIANAT, KEKALKAN KERAJAAN PUN CARA KHIANAT…
Secara tiba-tiba saja sekarang ini timbul semula isu beberapa Ahli Parlimen PH/PKR didesas-desuskan akan melompat parti untuk menyokong kerajaan pintu belakang PN pimpinan Muhyiddin Yassin. Lebih menarik, isu ini timbul hanya beberapa hari setelah Yang Dipertuan Agong menitahkan bahawa Parlimen dibenar bersidang dalam tempoh darurat dikuatkuasakan. Seolah-olah disebalik tiada mana-mana menteri kabinet, temasuk Muhyiddin sendiri memberi respon terhadap titah Agong itu, usaha di belakang tabir nampaknya sedang giat dilakukan untuk mengelakkan kerajaan daripada ditumbangkan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengakui wujud usaha-usaha terancang untuk melemahkan kekuatan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, termasuk daripada Keadilan. Katanya, usaha tersebut sedang dilalukan dengan pendekatan ugutan dan umpan habuan sama ada berkaitan isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM atau tawaran projek dan jawatan dalam kerajaan. Setelah tiga Ahli Parlimen UMNO diketa