Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

BOBROKNYA KERAJAAN UMNO@BN DULU....

Imej
Patutla Umno/BN bermati-matian mahu menang PRU14. Rupa2nya tak terkira kebobrokan yg Umno/BN cuba sembunyikan dari pengetahuan rakyat.. Daripada hutang2 1MDB berpuluh bilion ringgit, penyelewengan 1MDB sehingga ke peringkat jual coli. Satu persatu kebobrokan Umno dibongkar bg mendedahkan wajah sebenar Umno/BN ketika mentadbir negara dahulu.

MEIO - TAPI KERAJAAN DULU SERBA TAK TAU.....

Imej
FUHHH !!!.. Ramainya... sampai Jho Low pon tak leh dikesan sehingga skrg.. Ini kalau tanya Najib gerenti dia cakap tak tahu... hantar surat pada CIA pun Najib cakap tak tahu.. Asal saja kantoi jer Najib cakap tak tahu, masa jadi PM APA YANG NAJIB TAHU ??!

BILA LOBAI PERCAYA SEMBANG SEORANG PENIPU BESAR....

Imej
1MDB DAH MUFLIS BANGKRAP PON NAJIB BAYAR GAJI ARUL KANDA SAMPAI RM5 JUTA BAGI TEMPOH 6 BULAN ??! Patutla negara makin jahanam dikerjakannya !! Didedahkan kontrak pakej gaji yang diluluskan Najib diberi kepada Arul Kandar bg tempoh 6 bulan berjumlah RM 5 juta. RM2.5 juta sudah dibayar dan bakinya tidak dibayar SEBAB kerajaan dah bertukar. TU DIA !!.. kelentong sana sini pun dapat gaji RM5 juta.. TETAPI kenapa lebai2 PAS boleh puas hati dgn kaki kelentong ??!

SKANDAL 1MDB: PENIPU BESAR....

Imej
PERCAYA ATAU TIDAK.. rupa2nya hutang #1MDB tiada kaitan langsung pada hutang Malaysia.. ABES TU HUTANG RAKYAT JUGA KA !! Sebab itulah Najib hanya lantik penasihat & menteri2nya di kalangan orang yg pandai menipu & perbodohkan rakyat. FAKTA: Selepas kerajaan bertukar didapati 1MDB telah jatuh muflis bangkrap sejak tahun lepas 2017 lagi dgn meninggalkan hutang 1MDB sbyk RM38 bilion yg rakyat akan tanggung bayar hutang tersebut sehingga tahun 2039 !!

'Ada kerusi kosong, saya mahu tanding' - Anwar

Imej
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mahu kembali menjadi wakil rakyat. “Ada kosong di Sungai Kandis, ada kosong di Balakong dan ada kosong di parlimen sebab saya mahu bertanding,” katanya yang berucap dalam keadaan beranduh. Dalam ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu malam tadi, beliau tidak menyebut kerusi khusus parlimen yang dibangkitkannya itu. Bagaimanapun, terdapat media mentafsirkan ucapan itu sebagai petanda akan ada pilihan raya parlimen bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat. Anwar dilapor berkata demikian kerana menegaskan kepentingan Sungai Kandis kepada Pakatan Harapan walaupun gabungan itu sudah mempunyai majoriti di Selangor. Pada 2008, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil DUN Balakong akan diadakan pada 8 September depan. Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya M

Lantikan politik bakal letak jawatan lebih 100 GLC

Imej
Lebih ramai pegawai eksekutif syarikat-syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dijangka akan meletak jawatan, termasuklah lembaga pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), lapor media tempatan. Memetik sumbernya, The Star Online melaporkan Putrajaya telah memberikan "arahan yang jelas" kepada semua ahli lembaga pengarah lantikan politik dalam syarikat berkenaan untuk meletakkan jawatan. Bagaimanapun, penjawat awam kakitangan kerajaan tidak dikehendaki berbuat demikian. "Arahan ini meliputi lebih 100 syarikat di bawah MOF Inc dan termasuklah syarikat seperti KTMB serta MRL. "Lembaga pengarah urusan hanya akan memiliki dua atau tiga pengarah bagi mengekalkan korum," kata sumber kepada akhbar harian itu. 150 Syarikat milik langsung MOF Inc Menurut laman Perbendahaan negara, MOF Inc merupakan pemegang saham majoriti dalam 68 syarikat. MOF Inc juga memiliki 150 syarikat mel

Jangan pangkah dacing atau keluar Pas, pangkah calon PKR, kata Mat Sabu

Imej
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, mana-mana ahli Pas yang tidak rela ‘dipaksa’ memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) SUngai Kandis agar tidak keluar parti sebaliknya memilih calon PKR Mohd Zawawi Mohd Munghni. “Saya dalam Pas selama 38 tahun. Kita boleh terima sesiapapun. Tapi nak suruh pangkah dacing ni payah. “Saya lihat di seluruh negara ribuan ahli Pas mengatakan kalau suruh pangkah dacing kami nak keluar daripada Pas. “Kalau yang sebelah sini (Sungai Kandis) tak keluar pun takpa. Tapi tolong undi Ustaz Zawawi. “Ustaz Zawawi macam kita lah… berlatarbelakang pengajian agama. Saya dengar dia berceramah sikit-sikit sebut iman Ghazali, Yusuf Ghadawi danhadis Nabi. “Maka eloklah kita dalam PH perlu ustaz Zawawi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor,” ujarnya dalam ceramahnya di Dun Sungai Kandis malam tadi. Beliau dipercayai merujuk kepada desakan pimpinan utama Pas yang mahu ahlinya di Sungai Kandis memberi undi kepada c

BN dan PAS tak jujur kempen di Sg Kandis, kata Khir Toyo

Imej
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata BN dan PAS tidak jujur dalam kempen mereka pada pilihan raya kecil ini, lapor media tempatan. Hal tersebut menyebabkan suasana prejudis antara penyokong parti masing-masing yang bakal diterjemahkan kepada undi untuk Pakatan Harapan (HARAPAN), jelas Khir dipetik Sinar Haria n. "BN dan Pas tidak jujur dalam kempen di sini, menyebabkan suasana prejudis antara pendukung parti masing-masing dan ini akan diterjemahkan undi kepada calon Pakatan Harapan. "BN dan Pas masih gagal membentuk satu blok pembangkang yang mampu menjadi alternatif kepada HARAPAN," katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Sinar Harian. Bekas pemimpin Umno dan bekas ADUN Sungai Panjang ini juga berpendapat peluang BN untuk menang dalam PRK Sungai Kandis amat tipis. "Isu-isu yang diketengahkan oleh BN masih tidak dapat mengubah pendirian pengundi di kawasan ini. "Pengundi masih lagi merasakan kerajaan

Kerajaan PH ulangi komitmen perkasa Islam ikut Al-Quran dan hadis sahih

Imej
Komitmen tersebut dinyatakan Perdana Menteri semasa pertemuan khas beliau bersama tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam di pejabatnya di sini. Perkara itu dinyatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu. Mujahid berkata Mahathir dalam pertemuan bersama 37 tokoh ilmuan Islam turut berkongsi aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia model negara Islam kontemporari terbaik di dunia. "Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi. "Dalam soal ini Tun Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan," katanya. Antara yang hadir pada pertemuan tersebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Oxford University, United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, beka

Pangkat, pingat tidak lagi diberi atas dasar politik, kata Mat Sabu

Imej
Kementerian mahu mengelakkan pangkat dan gelaran tentera disalah guna ahli politik. KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak lagi akan mengurniakan pangkat, pingat dan pemakaian tentera kepada ahli politik. Menteri Mohamad Sabu berkata arahan itu sebagai menghormati kedudukan tentara dan mengelakkan nilai pangkat dan gelaran tentera direndahkan oleh penyalahgunaannya di tangan ahli politik. Ini termasukkan mengelakkan pangkat dan gelaran tentera disalahgunakan oleh ahli politik untuk memasuki kem dan berpolitik sesuka hati. Beliau bagaimanapun berkata kementerian membenarkan pingat dikurniakan kepada ahli-ahli politik yang selesai menjalani latihan ketenteraan seperti Khairy Jamaluddin (BN-Rembau). “Kita tidak mahu diberi atas dasar politik. Pentauliahan akan ditentukan oleh majlis Angkatan Tentera Malaysia,” katanya. Mohamad menjawab pernyataan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu status brigedier jeneral Khairy. Khairy dinaikkan pangkat dar

Speaker baru: Jangan bandingkan saya dengan Pandikar

Imej
Speaker Dewan Rakyat yang baru Datuk Mohamad Ariff Yusof menolak dirinya dibandingkan dengan speaker sebelum ini, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. "Saya tidak mahu ungkit apa yang speaker sebelum saya buat, boleh jadi betul boleh jadi salah. Saya lebih pentingkan masa sekarang, berbanding semalam. "Tidak baik untuk sentiasa bercakap tentang masa lalu, saya lebih cenderung untuk melihat ke masa depan," kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini dalam wawancara di pejabatnya di Parlimen. Ketika menjadi speaker, Pandikar sering dikritik kerana keputusan yang dibuatnya termasuklah apabila memutuskan bahawa membawa isu 1MDB di dalam Dewan Rakyat sebagai prejudis terhadap siasatan skandal itu. Ditanya sama ada beliau akan membenarkan sebarang topik dibahaskan, bekas hakim itu berkata beliau tidak boleh memberi jaminan namun berkata kedaulatan undang-undang akan dimartabatkan. "Saya tidak boleh bercakap untuk speaker sebelum ini, saya hanya boleh

Menteri: Pengarah universiti disingkir untuk pastikan reformasi institusi

Imej
Kerajaan menggantikan pengarah universiti awam yang dirasakan tidak dapat membawa agenda reformasi institusi, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Kenyataan itu selepas laman The Malaysian Insight melaporkan tiga anggota lembaga pengarah Universiti Malaya (UM) telah ditamatkan perkhidmatannya. "Ia bukan tentang membuang mereka, tetapi tentang mempunyai kepimpinan baru dengan idea yang segar," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. Beliau berkata mereka yang disingkirkan itu juga merupakan lantikan politik. Ketika ditanya sama ada lebih ramai pengarah universiti yang akan disingkirkan, beliau hanya menjawab "tunggu dan lihat". Mengulas lanjut, beliau berkata penyingkiran pengarah itu juga selari dengan langkah menukar pegawai tinggi dalam pelbagai agensi kerajaan dan GLC. Menurut laporan, pengerusi lembaga pengarah UM Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, serta Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim dan Tan Sri Lim Wee Chai ditamat

‘Tiada ikrar import 44 barang kemas dihantar kepada Rosmah’

Imej
Menteri kewangan berkata, ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan boleh dikenakan tindakan, termasuk rampasan. Rosmah Mansor menafikan beliau membeli 44 barang kemas itu. KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pengikraran import dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkaitan penghantaran 44 barang kemas yang dikaitkan dengan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Melalui semakan ke atas rekod yang ada di bawah sistem maklumat kastam bagi tempoh 7 tahun selaras tempoh penyimpanan rekod, didapati tiada pengikraran import dibuat ke atas barangan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Menurut Lim, ia merupakan satu kesalahan sekiranya tiada pengikraran import dibuat dan boleh dikenakan tindakan, termasuk rampasan. “Sekiranya siasatan polis tidak dapat mengaitkan konsainan tersebut dengan apa-ap

APA TUNGGU LAGI, TANGKAPAN SUDAH BOLEH DIBUAT SEKARANG?

Imej
SURAT MEIO BERTARIKH 04.05.2018 KEPADA CIA - JENAYAH KHIANAT TERHADAP NEGARA ??!! "MEIOGATE AFFAIR" MIRIP KEPADA "WATERGATE AFFAIR" ??!! 1. Sejak seminggu dua yang lalu, telah tertular berita gempar tentang kewujudan sepucuk surat bertarikh 04.05.2018 yang ditandatangani Ketua Pengarah MEIO kepada CIA, Amerika Syarikat, kandungan yang mana pada permukaan surat itu telah secara langsung mahupun tidak langsung meminta campur tangan kuasa asing dalam penentuan PRU-14 yang diadakan pada 09.05.2018, dan pentadbiran negara pasca PRU-14. 2. Pendedahan surat 04.05.2018 itu, telah menarik kerisauan pelbagai pihak yang khuatir dengan penyalahgunaan agensi awam, walaupun di belakang tabir Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, bagi tujuan kepentingan Kerajaan NAJIB RAZAK pada ketika itu, dengan cara yang bertentangan dengan kepentingan negara, dan telah disusuli dengan beberapa Laporan Polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan  P

Apa salahnya saya pertahankan raja, kata Anwar

Imej
Ketua umum PKR itu menjawab kritikan beliau memihak kepada kerabat diraja. Anwar Ibrahim berkata, tidak salah beliau pro raja. KLANG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan kempen pertama untuk membantu calon parti itu di Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis berkata, tidak salah untuk beliau menjadi alat mempertahankan institusi diraja. “Kita anak Melayu dan Malaysia. Ada (orang) kata saya pro raja-raja, saya tidak ada masalah,” katanya dalam ceramah khas yang turut dihadiri Presiden Amanah dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu sempena kempen calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni di Padang Rakyat Jalan Kebun, malam tadi. Anwar dikritik sesetengah pihak atas pertemuannya dengan beberapa raja Melayu sejurus mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu. Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, tetapi rakyat masih mempunyai kebebasan mempela

Anwar tegur HARAPAN kadang-kala cuai dan 'celupar'

Imej
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pimpinan kerajaan Pakatan Harapan kadang-kala tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. “Saya tidak menafikan ada kenyataan yang melelahkan dan tidak menyenangkan. "Saya akui PH (Pakatan Harapan) adalah kerajaan baru yang kadang-kala cuai dan celupar sehingga saya terkejut dengan kenyataan dikeluarkan,” katanya ketika ceramah khas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, malam tadi. Meskipun tidak menghuraikan lebih lanjut, Anwar dipercayai merujuk beberapa isu kontroversi dan kenyataan pemimpin kerajaan yang dilihat menimbulkan keresahan sejak kebelakangan ini. Antaranya membabitkan isu bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi, pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan keputusan Kementerian Pendidikan memberikan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). Bagaimanapun

MAT SABU-KERAJAAN AKAN CARI JHO LOW SAMPAI KE LUBANG CACING

Imej

Dewiku YB: Jamaliah Jamaluddin

Imej

100 Hari Malaysia Baharu: Masa depan bandar pintar

Imej

100 Hari Malaysia Baharu: Ke arah negara dikenali kerana integriti, bukannya rasuah

Imej

Pemilihan PKR: Jangan ikut 'penggembala kambing' sembang Zuraida..

Imej

KECOH:"KEPALA BAPAK" PUNCA TANJUNG KARANG,PADANG TERAP & JELUTONG BERTELAGAH

Imej

Saya Pun Hentam Belah Sana Teruk Dulu - Reaksi Mat Sabu Dalam Parlimen Pada Najib

Imej

Kantoi Habis! Lim Guan Eng Dedah Najib Luluskan Bayaran RM5 Juta Kepada Arul Kanda

Imej

Anwar Ibrahim~ Kempen Calon PKR Dun Sg Kandis

Imej

'Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat'

Imej
Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid boleh didakwa kerana melakukan pengkhianatan apabila mengakui surat kepada Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) adalah tulen, kata seorang peguam. Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata, Hasanah boleh disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba mengganggu demokrasi berparlimen atau Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melakukan pengkhianatan. Beliau berkata, Hasanah tidak sepatutnya menyatakan surat tersebut tiada kaitan  dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kerana perkara itu masih disiasat. "Malah, pihak polis yang sepatutnya membuat kenyataan itu selepas siasatan, sama ada Najib terlibat atau tidak, kerana perkara itu tertakluk kepada beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kandungan surat itu. "Oleh sebab Hasanah mengakui kandungan surat itu, dia boleh disiasat di bawah Seksyen 124C atau lebih teruk, melakukan pengkhianatan. "Dia mesti

KARTUN & JOCKER

Imej
Najib gelar Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan KARTUN, JOCKER. Rupanya Najib ni marah betul kat Mat Sabu kerana sewaktu Mat Sabu berceramah berkempen PRU14 tempohari dipermudahkannya pemahaman orang ramai bagaimana cara Najib curi duit rakyat. Kata Mat Sabu: "Pengerusi 1mdb, NAJIB... menteri kewangan, NAJIB...perdana menteri, NAJIB.. " "bila 1MDB tak cukup duit.. sebab dah belanja mewah boros, kena minta duit kepada Menteri Kewangann...." "NAJIB minta kepada NAJIB..." "NAJIB kata nantiiii ... aku bincang dulu dengan Perdana Menteri, NAJIB" "...setelah NAJIB BERBINCANG DENGAN NAJIB .... maka luluslah wang rakyat kepada NAJIB".. ...hadirin bertepuk gembira kerana dah faham dgn mudah & jelas bagaimana caranya Najib curi wang rakyat cara halus lagi licik tanpa rakyat sedari..

Skandal 1MDB: Gaji Arul Kanda saja RM5 juta ??!

Imej
BONGKAR !!!.. Gaji Arul Kanda saja RM5 juta ??! KENAPA Najib & k'jaan BN tak berani nk dedahkan gaji arul tersebut sebelum ini ??! DAH BAYAR SEPARUH sebelum Umno/BN bungkus dlm PRU14 ??! TAHUKAH ANDA.. baki RM2.5 juta itu sepatutnya dibayar selepas 30 Jun 2018, tetapi tidak berlaku kerana bertukar kerajaan. NAMPAK TAK !!.. last2 1MDB bungkus muflis, tinggalkan hutang pula RM38 bilion.. hutang RM38 bilion itulah rakyat yg akan tanggung byr nnti sampai tahun 2039 !!!

....UNTUK NIAT YANG BAIK ??

Imej
WOWW !!!.. Tak khianat negara ?.. Tapi boleh kata UNTUK NIAT YANG BAIK ?? BAIK TANG MANA TU !!! Kalau baik kenapa nak sorok dari pengetahuan YDP Agong khususnya dan rakyat amnya !!! Sampaikan Najib pon kata tak tahu menahu pasal surat tersebut...YA KA ?? NAJIB TAK TAHU ??

Mat Sabu: Tiada lagi pangkat tentera untuk orang politik

Imej
Kementerian Pertahanan tidak akan meneruskan amalan memberi pangkat tentera kepada ahli politik, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Beliau berkata, ini bagi menghalang ahli politik menyalahgunakan pangkat tersebut untuk masuk ke kem tentera dan membuat kempen politik terutama ketika pilihan raya umum. "Orang politik dianugerahkan pangkat tanpa melalui latihan tentera menimbulkan rasa tidak senang hati (di kalangan tentera). Oleh itu kita hentikan penganugerahan pangkat kepada mereka. "Kita tidak mahu parti politik mendominasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mereka (tentera) boleh pilih mana-mana parti, tapi jangan doktrin mereka untuk pilih parti (tertentu)," katanya ketika ucapan penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini. Sebaik saja dilantik mengetuai kementerian itu, penghentian amalan ini merupakan perkara utama yang dinyatakan presiden AMANAH itu. Mohamad berkata lagi, kerajaan baru tidak boleh meneruskan amalan pentadbiran

Jangan sabotaj RUU SST, kata Guan Eng pada senator BN

Imej
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan Dewan Negara yang dikuasai senator BN agar tidak mensabotaj rang undang-undang cukai jualan dan perkhidmatan (SST), yang dijangka dibawa ke Dewan Negara pada 20 Ogos ini. Beliau berkata kerajaan akan berdepan masalah kewangan jika pelaksanaan SST - dijangka bermula 1 September ini - terpaksa ditangguhkan kerana tidak diluluskan Dewan Negara. "Saya bertanya jika pembangkang setuju SST menggantikan GST kerana pembangkang kuasai Dewan Negara. Adakah (anggota) Dewan Negara diarahkan untuk menolak SST. "Saya harap dalam perkara ini, (senator) dapat menghormati mandat rakyat yang membuat pilihan (pada PRU ke-14), katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini. Ketika ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata sebarang gangguan bermotif politik tidak wajar kerana ia akan memberi impak kepada kewangan negara. 28 daripada jumlah 51 senator adalah daripada BN manakala Pakatan Harapan

Najib sahkan RM5 juta dibayar pada Arul Kanda, kata Lim

Imej
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bayaran sebanyak RM5 juta telah dibuat kepada bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, dedah Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini. Ini sekali gus mengesahkan laporan eksklusif Malaysiakini pada bulan Jun lalu yang melaporkan kerajaan bersetuju membayar ex-gratia kepada bekas orang kuat 1MDB itu "Pada Januari tahun ini RM5 juta dibayar kepadanya (di mana) RM2.5 juta sebagai pendahuluan. Selepas 30 Jun, RM2.5 juta (lagi dibayar)," kata Lim semasa menggulung perbahasan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini. "Kontrak itu ditandatangani oleh bekas perdana menteri," tambah beliau Selain Arul Kanda, Lim juga berkata bekas pengarah SRC International Sdn Bhd, Suboh Md Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil masing-masing telah dibayar sebanyak RM84,583 dan RM74,583. Beliau berkata Nik Faisal juga menerima gaji bulanan sebanyak RM335,000 dan bonus sebanyak RM533,000. "Se

MAT SABU-SAMBIL MELAWAK MENJAWAB SOALAN TENTANG KEMENTERIAN PERTAHANAN

Imej

Isu SST: Jangan sabotaj pelaksanaan dasar negara - Guan Eng

Imej

1MDB: Kerajaan tuntut RM2.5j yang dibayar pada Arul Kanda

Imej

"Najib, jangan tumbuk di bawah pusat"

Imej

Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng

Imej

TPM, Dr Wan Azizah Memberi Penjelasan Isu Skim Caruman Kwsp Untuk Suri Rumah

Imej

Jangan sabotaj dasar kerajaan, kata Lim pada senator BN

Imej

Senator pembangkang jangan sabotaj SST

Imej
Senator daripada blok pembangkang diingatkan supaya tidak mensabotaj pelaksanaan dasar kerajaan demi kepentingan politik. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tidak wajar untuk pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ditunda hanya kerana ia tidak diluluskan di Dewan Negara. "Jika pelaksanaan SST tidak dapat dilakukan seperti dijadualkan, ia akan memberi impak kepada kewangan negara. "Saya rasa ia tidak wajar kerana kutipan SST akan memberi impak kepada keadaan fiskal kewangan negara," kata Guan Eng ketika ditemui di lobi Parlimen. Beliau diminta mengulas berkenaan kemungkinan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan 2018 tidak diluluskan di peringkat Dewan Negara. Ketika ini, Dewan Negara masih dikuasai senator daripada BN. Berdasarkan portal Parlimen, daripada 51 orang senator, hanya sembilan dari parti komponen PH berbanding 28 daripada wakil BN. Selain itu, terdapat tiga senator mewaki

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM168 juta

Imej
PUTRAJAYA - Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM168,418,626.85 setakat jam 3 petang ini. Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan. Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion. Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.

Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng

Imej
KUALA LUMPUR : Isu hutang syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sidang Dewan Rakyat petang ini. Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajukan soalan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. "Satu Malaysia tidak tahu bahawa Kerjaan Malaysia telah mulai membayar RM7 bilion sehingga hari ini bagi pihak 1MDB. "Adakah menteri-menteri Kabinet yang dahulu ini tahu tak? Ayer Hitam tahu tak? Rembau tahu tak? Ketua pembangkang tahu tak?" "Bukankah ini satu penipuan kepada rakyat Malaysia?" Bagaimanapun, soalan panas itu menyebabkan Ka Siong, yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Khairy, bekas Menteri Belia dan Sukan, kembali duduk setelah berniat untuk mencelah penggulungan Guan Eng. Sejurus selepas itu, Ka Siong bangkit semula dengan menyatakan beliau hanya akan menjawab desakkan Gu

LIM GUAN ENG JAWAB KHAIRY JAMALUDDIN-KERAJAAN BN SEMBUNYIKAN HUTANG NEGARA??

Imej

LIM GUAN ENG JAWAB ZAHID HAMIDI TENTANG HUTANG NEGARA

Imej

LIM GUAN ENG TANYA SOALAN "CHEKMATE" KEPADA AYER HITAM TENTANG HUTANG 1MDB

Imej

PM, KABINET TIDAK PERLU TAHU TENTANG SURAT KE CIA, KATA PEGUAM

Imej
BEKAS perdana menteri Najib Razak tidak perlu mengetahui berkenaan surat yang dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) kerana ia perkara operasi rutin, kata peguam yang mewakili pengirim surat tersebut – Hasanah Abdul Hamid, yang merupakan bekas ketua pengarah Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO). Peguam Shahrudin Ali menjelaskan yang MEIO mempunyai hubungan rapat dengan CIA dan bertukar-tukar maklumat risikan untuk jangka masa panjang berhubung perkara berkaitan keselamatan negara. “Ada perkara yang PM dan Kabinet tidak perlu tahu dan ada perkara yang mereka tidak dimaklumkan mengenainya,” kata Shaharudin. “Seperti mengirim surat ini, ia perkara operasi rutin, maka PM tidak perlu tahu mengenainya. Ia hanya rutin biasa dan budaya agensi perisikan. “Apa yang penting adalah bagaimana surat yang sangat sulit itu boleh bocor kepada orang awam. Surat itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh diterbitkan seperti mana-m

Surat CIA: Bekas pegawai perisikan (ME10) pertahan diri dari tuduhan khianat

Imej
Hasanah Ab Hamid berkata mengesahkan dia ada menulis surat kepada CIA mengatakan Najib sekutu penting AS. KUALA LUMPUR: Bekas pegawai tinggi perisikan negara mempertahankan diri daripada tuduhan khianat selepas pendedahan surat kepada pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggesa Amerika Syarikat menyokong Barisan Nasional jika gabungan itu menang tipis pada pilihan raya lepas. “Tak ada unsur derhaka dalam surat tersebut. Itu semua bohong, mereka menipu dan tak masuk akal,” kata Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan (ME10) di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini. Kenyataan itu dibacakan peguamnya, Datuk Shaharudin Ali pada sidang media selepas beliau membuat laporan polis hari ini. Hasanah menjelaskan pertukaran maklumat risikan antara agensi-agensi risikan adalah amalan biasa dalam komuniti itu, selaras dengan tujuan penubuhan ME10 iaitu memastikan keselamatan negara. “Bukan buat aktiviti derhaka seperti yang didakwa,” katanya.

Mat Sabu cabar Najib ulang komen dalam Dewan Rakyat

Imej
Menteri pertahanan itu berkata tindakan Najib Razak mengulas prestasinya di luar Parlimen adalah tidak 'gentleman'. KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu hari ini mencabar Datuk Seri Najib Razak mengulangi kata-katanya dalam Dewan Rakyat selepas kemampuannya sebagai menteri pertahanan dipertikaikan oleh bekas perdana menteri itu. Beliau berkata tindakan Najib mengulas prestasinya di luar Parlimen adalah tidak “gentleman”. “Saya tak mahu jawab kalau komen di luar. Saya nak jawab dalam Parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk bawah pusat,” katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen hari ini. Terdahulu, Najib mempertikaikan kemampuan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi menteri pertahanan kerana presiden Amanah itu lebih seperti bahan lawak dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu. Najib yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun memberitahu hadirin dalam sebuah program kempen Barisan Nasional di Sungai

Pemuda PAS Kota Raja persoal seruan sokong Lokman

Imej
Pemuda PAS Kota Raja hari ini mempersoalkan perjalanan program parti itu pada Sabtu lalu yang dijadikan sebagai platform untuk pemimpinnya menyeru pengundi parti terbabit memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu ini.   Timbalan Ketuanya, Mohd Najib Arshad berkata inti pati ucapan secara terbuka dibuat oleh beberapa pimpinan parti di peringkat Selangor dan pusat itu dilihat tidak selari dengan kenyataan rasmi Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan pada 22 Julai lalui. Kata Mohd Najib pihaknya juga berasakan seruan tersebut menyalahi semangat Fasal 82 (g) Perlembagaan PAS yang menyatakan semua anggota parti itu - termasuk pimpinan - perlu mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti. “Pemuda PAS Kota Raja berpandangan keputusan (seruan) tersebut bersifat dasar, sekali gus membelakangkan kuasa majlis syura dan kuasa muktamar. "Sepatutnya cadangan tersebut perlu

Pilih pemimpin yang teruskan reformasi, kata calon ketua Pemuda PKR

Imej
SAYAP Pemuda PKR perlu memilih pemimpin yang mampu meneruskan agenda reformasi untuk memastikan parti itu terus kukuh dalam landskap baru politik Malaysia selepas pilihan raya umum bersejarah 9 Mei lalu, kata seorang pemimpin mudanya. Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pemilihan parti September ini adalah peluang terbaik untuk akar umbi memilih pejuang rakyat selain mengangkat suara anak muda. “Anak muda perlu meletakkan pemimpin yang membawa semangat reformasi itu. Kita berjuang bukan hanya untuk kita jadi kerajaan. Perjuangan ini kita telah buat (sejak) 20 tahun reformasi hidup. “Yang kita hendak bawa adalah keadilan (iaitu) meletakkan sesuatu asas itu kepada tempat sepatutnya,” katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight. Ahad lalu, Akmal diumumkan sebagai calon merebut jawatan ketua Pemuda PKR dalam regu “Reformasi 20 Tahun” yang diketuai oleh Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden. Akmal adalah bekas pegawai khas Rafizi

'Surat CIA' tiada kaitan dengan Najib, kata bekas ketua perisikan

Imej
Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10) Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini memfailkan laporan polis mengenai dakwaan bahawa beliau menulis surat kepada CIA menjelang pilihan raya umum 9 Mei. Hasanah membuat laporan di balai polis Travers di Kuala Lumpur pada jam 1 petang hari ini. Beliau menghabiskan kira-kira satu jam memfailkan laporan tersebut, dengan disertai oleh peguamnya, Shaharudin Ali dan Khairul Azam. Ditanya mengenai laporan itu, Hasanah hanya mengulas bahawa "surat itu tidak ada kaitan dengan (bekas perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak)". Hasanah juga memohon kepada Malaysiakini agar tidak memaparkan wajahnya. Pasukan peguamnya dijangka mengadakan sidang media di pejabat firma mereka di Sentul, lewat petang ini, tetapi Hasanah tidak akan hadir untuk menjawab soalan daripada media. Ini kali pertama Hasanah membuat penampilan dan bertindak susulan laporan berita yang mengaitkan suratnya kepada Pengarah CIA, Gina Haspel

Skandal 1MDB: Siasatan jenayah Switzerland buru dua pegawai 1MDB

Imej
Penyiasat Switzerland dalam kes siasatan jenayah berhubung urusan 1MDB sedang mencari dua rakyat Malaysia berkaitan dengan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram. Menurut Bloomberg , kedua-duanya dinamakan sebagai "T dan L" dan hanya boleh dikenal pasti demikian mengikut undang-undang Switzerland. Difahamkan bahawa kedua-dua huruf itu melambangkan Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan yang juga dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia. Menurut laporan itu, kedua-dua mereka sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan kegiatan jenayah. Pihak berkuasa Swiss memburu pasangan itu sejak 10 Julai lalu selepas pertemuan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber dengan rakan sejawatnya di Putrajaya. Bloomberg melaporkan bahawa kedua-dua Tang dan Loo tidak disenaraikan dalam rekod telefon awam dan organisasi berita itu tidak dapat menghubungi mana-mana peguam atau wakil mer

Turunkan umur mengundi perlu pindaan perlembagaan

Imej

Azharuddin letak jawatan pengerusi CAAM

Imej

PRK Sungai Kandis titik permulaan persefahaman UMNO-PAS

Imej

MH370: Azharuddin lepas jawatan pengerusi CAAM

Imej
Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meletakkan jawatannya sebagai pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) - dulu dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini. Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media di parlimen sebentar tadi. Kata Loke, tindakan itu dibuat susulan laporan terbaru MH370, namun menteri terbabit menegaskan Azharuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu berkenaan. "Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," katanya. Mengulas peletakan jawatan itu Loke berkata satu jawatankuasa siasatan dalaman akan dibentuk untuk mengenal pasti tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Sementara itu Azharuddin dalam satu kenyataan menjelaskan laporan tersebut tidak menunjukkan kemalangan pesawat itu disebabkan oleh DCA. Bagaimanapun katanya terdapat be

'ABCD...SST' - Nukilan Ahmad Maslan

Imej

Kerajaan bentang RUU mansuh GST, laksana SST

Imej
Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah turut membentangkan RUU pemansuhan GST, RUU Kastam dan Zon Bebas (Pindaan) 2018. Bacaan kali ke-2 dan perbahasan RUU SST dan 3 RUU lain dijangka berlangsung 7 Ogos ini. KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 (SST) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Ia dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah bersama 3 RUU lain, iaitu RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) (Pemansuhan) 2018, RUU Kastam (Pindaan) 2018 serta RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018. Mengikut prosedur, RUU GST perlu dimansuhkan terlebih dahulu, sebelum RUU percukaian baru dibentang dalam Dewan Rakyat. RUU Kastam (Pindaan) 2018 dibentangkan kerana Jabatan Kastam akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prosedur kutipan cukai itu. Bacaan kali ke-2 dan perbahasan semua RUU itu dijangka berlangsung 7 Ogos ini. Pakatan Harapan berjanji menghapuskan GST yang dipe

Azalina bimbang pengguguran kes babitkan pemimpin HARAPAN

Imej
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan kebimbangan dengan trend pengguguran kes-kes mahkamah yang membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak kebelakangan ini. “Lebih membimbangkan apabila kes-kes tersebut melibatkan kes jenayah seperti kes hasutan, pecah amanah, pembocoran maklumat dan lain-lain. “Perkara ini memerlukan penjelasan yang kukuh kerana dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menegaskan bahawa badan kehakiman perlu kekal bebas daripada mana-mana campurtangan termasuk dari badan eksekutif mahupun legislatif. “Kerajaan HARAPAN perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil agar tidak mewujudkan persepsi yang salah terhadap badan kehakiman dan perundangan di negara ini. “Maka semua pihak seharusnya berpegang dengan prinsip ‘rule of law’ supaya prestij badan kehakiman negara terus

Tiada pilihan raya PBT dalam 3 tahun, kata menteri

Imej
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan memerlukan masa untuk menjalankan kajian ke atas pelbagai aspek dan menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Kabinet. Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan mengambil beberapa langkah, termasuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengadakan bengkel bagi membincangkan perkara itu. KUALA LUMPUR: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan diadakan dalam 3 tahun ini kerana kerajaan memerlukan masa untuk menjalankan kajian ke atas pelbagai aspek, termasuk perundangan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin. “Antara perkara teknikal yang harus kita lihat ialah meminda beberapa undang-undang, antaranya Akta Kerajaan Tempatan, Akta Pilihan Raya 1998 dan Akta Ibu Kota Persekutuan. “Kita memerlukan masa 3 tahun memandangkan keadaan kewangan negara belum stabil, ekonomi belum stabil. Untuk mengadakan pilih

Pemilihan PKR: Rafizi dibenar tanding walaupun berdepan sabitan NFC

Imej
Naib presiden PKR itu mendapat pengecualian daripada JPPM seperti diperuntukkan dalam Akta Pertubuhan. Rafizi Ramli akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR bulan depan. PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendapat pengeculian daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk menjadi timbalan presiden, jika beliau menang dalam pemilihan parti bulan depan, walaupun berdepan sabitan jenayah. “Ya, saya (dapat pengecualian). Kalau tidak, saya tidak akan umum hasrat saya bertanding. “Saya mendapat pengecualian di bawah Akta Pertubuhan,” katanya kepada FMT dalam mesej teks. Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau mendapat kelulusan JPPM. Seksyen 9A (1)(b) Akta Pertubuhan menyatakan pemegang jawatan hilang kelayakan jika beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih, atau penjara setahun atau lebih. Section 9 (4) bagaimanapun memperuntukkan individu yang hila