Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

BN gagal perjuangkan hak Sarawak, kata ketua menteri

Imej
Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan negeri terpaksa menurut keputusan whip Parlimen BN walaupun ia bertentangan dengan kepentingan Sarawak. BARISAN Nasional (BN) Sarawak bertindak keluar daripada gabungan itu kerana ia gagal memperjuangkan hak negeri, kata Abang Johari Openg. Ketua menteri itu berkata kerajaan negeri terpaksa menurut keputusan whip Parlimen BN walaupun ia bertentangan dengan kepentingan Sarawak. “Saya dan rakan saya buat keputusan untuk meninggalkan BN kerana dalam BN, kami terikat dengan whip Parlimen. “Kami tidak boleh kata ‘tidak’ kerana terpaksa patuh kepada keputusan whip Parlimen. “Sama ada kami suka atau tak suka, kami perlu ikut,” katanya. Antara keputusan yang menjadi pert

Umno liat berubah, bekas ketua Puteri keluar parti

Imej
Bekas ketua Puteri Umno Mas menjelaskan pemilihan Umno untuk menentukan hala tuju baru parti semalam menunjukkan sikap sebenar ahli-ahli parti itu yang masih dalam sindrom penafian. BEKAS Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin keluar Umno, sehari selepas pemilihan parti itu yang beliau sifatkan tidak membayangkan isyarat parti itu mahu berubah selepas kalah pilihan raya umum 9 Mei lalu. Tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menyebabkan Umno kini tinggal 51 wakil di Dewan Rakyat. Mas berkata, beliau akan kekal wakil rakyat bebas di Parlimen. Dalam satu kenyataan hari ini,

Barang rampasan milik Najib, Rosmah diserah kepada Amla

Imej
KUALA LUMPUR - Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman dijangka akan menerima barang rampasan 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion. Proses penyerahan itu akan diserahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Menurut sumber, barang kes itu dalam proses penyerahan kepada Amla untuk siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). "Proses penyerahan itu memerlukan masa kerana ia melibatkan banyak peringkat. "Kertas siasatan AMLATFPUAA 2001 telah dibuka dan barang yang telah selesai dikira akan diserahkan kepada Amla" katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Menurut sumber itu lagi, buat masa sekarang tiada serbuan akan dibuat. Terdahulu, Pengarah Siasatan Jenayah Komersial

MALAPETAKA KEDUA MENANTI UMNO?

Imej
Tiada apa-apa yang menarik dengan keputusan pemilihan UMNO kali ini. Kemenangan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidaklah mengejutkan, malah sudah pun dijangka. Begitu juga bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi, semuanya tidak menarik dan memberi gambaran UMNO masih sama seperti sebelumnya.  UMNO, meskipun nasibnya sudah berubah daripada kerajaan kepada pembangkang, tetapi sikap, pemikiran dan keputusan perwakilan dalam memilih pemimpin sama sekali tidak berubah. Gambaran pemilihan kali ini ialah UMNO telah menolak perubahan dan masih kekal dengan stail lama dalam memilih pemimpin di mana politik wang dan "sistem cai"  masih lagi menjadi amalan. Dengan "sistem cai" yang bersamanya dikatakan turut diselitkan pemberian wang tunai, "sampah sarap" dan "kayu" pun akan turut terpilih sebagai pemimpin jika mereka termasuk dalam senarai tersebut. It

SPR, SPRM, Suhakam di bawah Parlimen

Imej
Jabatan Parlimen Malaysia juga akan jadi sebuah badan bebas dan tidak lagi duduk di bawah JPM. TIGA suruhanjaya yang selalu jadi perhatian kontroversi – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) – akan diletakkan langsung di bawah Parlimen, dalam rombakan menyeluruh struktur Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa mulai 1 Julai. Penstrukturan semula itu adalah sebahagian daripada cadangan rasionalisasi JPM yang akan diumumkan oleh Putrajaya, selepas perbincangan Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Ia juga memenuhi janji pilihan raya Pakatan Harapan dalam manifestonya. Cadangan rombakan menyeluruh

Pemilihan Zahid tanda Umno tidak mahu berubah

Imej
Kemenangan Zahid juga menyukarkan rakyat kembali menyokong parti itu untuk memerintah negara. Kemenangan Zahid juga merupakan berita baik kepada PH untuk berhadapan Umno pada pilihan raya akan datang, iaitu merujuk kepada kelemahan kepimpinan parti itu yang dapat dibaca pihak kerajaan. Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden ketujuh Umno menunjukkan akar umbi parti itu tidak mahu berubah. Katanya usaha untuk meraih kembali kepercayaan rakyat supaya menyokong Umno juga dilihat sukar kerana masih mengekalkan orang lama dalam parti. “Hasilnya menunjukkan Umno tidak mahu berubah, bahkan tidak dapat diperbaiki,” katakan kepada FMT. Beliau mengulas mengenai kemenangan Zahid selaku presiden Umno yang memperoleh 93 undi bahagian pada pemilihan kali ini, mengalahkan Khairy Jamaluddin yang mendapat 53 undi dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah 28 undi. Perwakilan daripada 191 Bahagian Um

Ku Li dakwa ada khabar angin politik wang dalam pemilihan Umno

Imej
Tengku Razaleigh Hamzah gagal merebut presiden Umno mendakwa mendengar khabar angin berlakunya politik wang dalam pemilihan parti itu. "Saya dengar berita yang tak berapa baik. Saya harap ini khabar angin dan tidak betul. Tapi saya dengar bahawa dalam pemilihan ini, banyak duit digunakan. "Sepatutnya, kita sudah berhenti menggunakan wang dalam pemilihan parti. Ini adalah sogokan atau rasuah, membeli undi dan sebagainya. "Kalau benar berlaku, dukacitalah kerana masa depan pimpinan parti ini akan bergantung pada duit juga (kerana amalan politik wang)," katanya. Tengku Razaleigh menambah, pengaruh duit yang seharusnya dihapuskan sudah bermaharajalela semula dalam politik tanah air, terutama politik Umno. "Ini tidak akan berfaedah kepada sesiapa," katanya lagi. Terdahulu, Tengku Razaleigh, atau Ku Li tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan presiden Umno. Seorang lagi pencabar utama bagi jawatan itu yang turut

ZAHID AKAN DIPANGGIL SPRM ESOK

Imej
Kurang 12 jam selepas menang jawatan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi disahkan akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung dakwaan penyalahgunaan wang milik yayasan untuk digunakan bagi membayar hutang kad kredit dirinya dan isteri, Hamidah Segaraga, silap, Hamidah Khamis berjumlah RM800 ribu. Zahid juga akan diminta memberi keterangan berhubung dakwaannya bahawa pemberi derma Pak Arab memasukkan wang USD681 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun bekas perdana menteri, Najib Razak bertujuan untuk memerangi keganasan seperti ancaman ISIS.

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Imej
Rupa2nya keborosan Najib sudah bermula seawal 80an lagi.. Tidak mustahil ia kekal diwarisi hinggi kini. Tambah2 lagi dgn hidup penuh kemewahan & keborosan Rosmah.. Tup2 angkat diri sendiri bergelar pejuang Islam Wasatiyyah !!!

DAH KALAH MASIH BERBUNYI LAGI...

Imej
Masih dgn sikap bongkaknya utk mengatakan Melayu Akan Terbangsat Bila Umno Hilang Kuasa.. Biarlah Najib nak melalak sekalipun selagi di belum masuk kandang mahkamah kelak. Rakyat Malaysia akan kenang dlm lipatan sejarah bhw.. NAJIB SATU-SATUNYA PM Malaysia.. yg menyebabkan Umno & BN kalah jatuh tersembam di PRU14 setelah 60 tahun pegang tampuk kekuasaan negara.. NAJIB SATU-SATUNYA PM Malaysia.. yg punyai skandal kewangan terbesar dunia.. NAJIB SATU-SATUNYA PM Malaysia.. serba CAKAP TAK TAHU apa yg terpalit dgnnya malah jumlah barang kemas isteri sendiri Rosmah pon kata TAK TAHU..

Tabung Harapan Malaysia cecah RM131 juta

Imej
Selepas sebulan dilancarkan, Tabung Harapan Malaysia kini mengutip sebanyak RM131,990,872, setakat jam 3 petang ini. Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan. Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion. Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.

Amanah serah pelantikan ahli Kabinet pada PM, kata Mohamad Sabu

Imej
Presiden Amanah Mohamad Sabu minta orang ramai supaya tidak percaya senarai Kabinet yang tular sebelum ini kerana ia hanya khabar angin.  PARTI Amanah Negara (Amanah) menyerahkan sepenuhnya keputusan pelantikan menteri atau timbalan menteri dalam kalangan ahli parti itu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak membuat sebarang cadangan pelantikan mana-mana individu daripada Amanah sebaliknya telah menyerahkan 20 nama kepada Dr Mahathir untuk proses penilaian dan pemilihan. Beliau yang juga menteri pertahanan berkata senarai nama muktamad berkenaan dijangka diumumkan Isnin ini disusuli majlis angkat sumpah jawatan tersebut. “Ia (senarai penuh) belum diumumkan lagu dan saya

Akaun Umno Pahang sah beku, kata Adnan Yaakob

Imej
Adnan Yaakob mengesahkan akaun Umno Pahang dan Bentong dibekukan susulan siasatan berkaitan penerimaan dana dari Umno pusat.  PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Pahang Adnan Yaakob hari ini mengesahkan bahawa akaun Umno Pahang dan Umno Bahagian Bentong telah dibekukan pihak berkuasa. Beliau berkata tindakan membekukan akaun itu dibuat selepas beliau bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin pada 19 Jun lepas yang bertanya jika Umno Pahang menerima bantuan daripada ibu pejabat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.  “Saya katakan betul bahawa Umno Pahang ada menerima dua keping cek dan nilainya telah saya beritahu kepada Tun (Daim). Cek itu dimasukkan ke dalam akaun parti, bukan akaun

Kerinchi baru, hujung tahun

Imej

Saya akan berundur jika Anwar jadi PM - Dr Wan Azizah

Imej

Kerajaan komited jaga kebajikan rakyat

Imej

Akaun UMNO dibekukan untuk bantu siasatan SPRM - Tun M

Imej

Sila lapor jika saya terbabit rasuah - Tun M

Imej

100 Hari Malaysia Baharu: Johor menuju 100 hari

Imej

DISEBABKAN 1MDB, UMNO HILANG KUASA DAN APAKAH KERANA 1MDB JUGA UMNO AKAN DIHARAMKAN?

Imej
Nasib dan masa depan UMNO, sama ada ia mampu terus hidup atau berdepan kemungkinan diharamkan, nampaknya semakin sukar untuk diramalkan. Setelah buat pertama kali ia kalah pilihanraya, cabaran berkaitan statusnya pada masa depan rasanya lebih besar berbanding bagaimana untuk memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya. Sebelum ini, UMNO turut berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya berikutan perlanggaran terhadap perlembagaannya sendiri dengan tidak mengadakan pemilihan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Setelah pemilihan terakhir pada 2013 dan tempoh penangguhan yang dibenarkan hanya selama 18 bulan, tarikh akhir sepatutnya UMNO mesti mengadakan pemilihan ialah pada April 2018 lalu. Bagaimanapun, atas kuasa Pendaftar Pertubuhan yang mana ketika itu BN masih menguasai kerajaan, UMNO diberi tempoh lanjutan selama setahun lagi sehingga April 2019. Soalnya, daripada manakah datangnya peruntukan yang membenarkan UMNO melanjutkan t

Umno perlu pulangkan wang jika diambil dari 1MDB

Imej
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa telah membekukan akaun Umno kerana mereka ingin menyiasat sama ada wang berkenaan mempunyai kaitan dengan dana 1MDB. Kata Dr Mahathir, wang milik 1MDB perlu dipulangkan kepada kerajaan. "Kita perlu tahu dari mana wang itu datang dan sekiranya dari 1MDB, ia perlu dipulangkan," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Langkawi. Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, pihak berkuasa seharusnya membekukan akaun peribadi individu berkaitan dan bukannya akaun Umno. Beliau membidas pasukan petugas khas 1MDB kerana membekukan akaun Umno dan menegaskan bahawa parti itu tidak bersalah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membekukan kira-kira 900 akaun yang berkaitan dengan 1MDB termasuk akaun utama Umno. Najib disiasat atas dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penyelewengan dana 1MDB. Bekas presiden Umn

Institusi Raja dan bangsa Melayu: Sejarah yang tidak diceritakan

Imej
Sepertimana yang sering saya cungkilkan menerusi apa yang pernah diperkatakan oleh Bapa Proklamasi Indonesia iaitu Soekarno, beliau menyatakan “Bangsa yang lemah ialah bangsa yang tidak mengenal sejarah para pejuangnya mahupun sejarah bangsanya,” itulah yang terjadi hari ini dalam kitaran masyarakat di Malaysia. Ianya tidak menjurus kepada bangsa Melayu semata namun setiap kaum selaku isi ataupun marga di tanah pusaka tercinta ini, yang begitu jauh dengan sejarah tanahair-nya sendiri. . Dan ya, apatah lagi buat orang Melayu, semestinya terkena palitan yang cukup besar apabila sejarah tidak diceritakan dengan baik sehingga membungkam kecintaan terhadap bangsa Melayu itu, termasuk institusi beraja yang merupakan sendi kepada orang Melayu turut tidak terlepas pudar kecintaannya kesan penekanan sejarah yang tidak bersungguh apatah lagi ada yang turut dilencongkan. . Pun begitu perlu diingatkan institusi beraja tidaklah milik mutlak orang Melayu, ianya milik seluruh

Penyokong Najib dan angin Incredible Hulk

Imej
Beberapa hari lepas, sedang saya minum di sebuah restoran di Shah Alam, beberapa rakan lama datang duduk semeja bersembang dengan saya. Kami sering bertemu untuk sembang isu semasa. Perbualan kami mula-mula berkisar di sekitar hari Raya, balik kampung, kesesakan di lebuh raya. Tiba-tiba Rahim (bukan nama sebenar) membuka bicara mengenai IMDB dan nilai rampasan di rumah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kami tersentak!. Wajah lemah lembut Salmah (bukan nama sebenar) berubah menjadi  `Incredible Hulk’, muka ganas giler. Wajahnya garang dan panas baran secara tiba-tiba. Katanya, “cuba fikirkan media sosial dan online suka putar belit, Najib tu memang asal orang bangsawan, keturunan orang kaya. Hangpa semua duk percaya buat apa.” Mengapa Najib jadi sasaran ni macam berdendam, ramai orang bagi derma kat isteri dia apa salahnya.” Rahim berkata,”apa yang hang duk menggila ni, kena sampok hantu ka, aku cuba cakap nilai rampasan sebagaimana dijelaskan Da

Skandal 1MDB: Pas yakin pemimpin mereka bersih

Imej
JITRA - Pas yakin kepimpinan parti itu bersih dan tidak terpalit dengan dakwaan menerima wang derma daripada sumber 1MDB. Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, sekiranya ada kalangan pemimpin Pas yang didakwa menerima wang secara haram terutama daripada dana 1MDB kerana dikaitkan dengan penyelewengan Umno, parti itu tidak akan menyokong pemimpin terlibat. Menurutnya, sekiranya ia sekadar tuduhan atau ada pihak mahu menyiasat akaun Pas bagi membuktikan dakwaan, Pas bersedia dan ia bukan suatu masalah buat parti memberikan kerjasama. “Saya sudah bincang dengan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan kanan parti mengenai tuduhan itu, secara peribadi saya berpandangan disebabkan tiada keputusan (hasil) siasatan, maka kita harus buktikan pemimpin Pas bersih dari segala tuduhan melibatkan 1MDB,” katanya, selepas merasmikan sambutan Hari Guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Malaysia, hari ini. Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakh

Skandal 1MDB: Akaun Umno Kedah, 15 Bahagian dibekukan

Imej
ALOR SETAR - Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengesahkan akaun Umno negeri dan 15 Umno Bahagian turut dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mantan Menteri Besar Kedah itu berkata, pihaknya menerima maklumat bahawa akaun Umno Kedah dan 15 Umno Bahagian termasuklah Alor Setar telah dibekukan. Ahmad Bashah berkata, dia kecewa dengan tindakan pembekuan akaun berkenaan kerana dilihat ia mampu menjejaskan dan memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pekerja. “Selain akaun Umno pusat dibeku, kita dapati Umno Kedah dan peringkat bahagian turut dikenakan tindakan sama apabila 15 Bahagian Umno termasuklah Alor Setar telah dibekukan. “Duit segalanya ada dalam itu. Jadi macam mana kita nak bayar gaji pekerja di bekerja pejabat-pejabat Umno Bahagian samada di negeri atau bahagian kalau tak boleh ambil duit, “katanya. Beliau berkata sedemikian ketika ditemui dalam Majlis Perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah 2018 di Hote

Dr M: Bukan cara PH sogok rakyat demi raih sokongan

Imej
Perdana menteri, tindakan Barisan Nasional membelanjakan wang untuk menawan hati pengundi bagaimanapun gagal dan rakyat tetap memilih PH. Dr Mahathir berkata, kemenangannya sebagai ahli Parlimen Langkawi dan 2 lagi calon PH sebagai adun Ayer Hangat serta Kuah, ialah bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruhi taktik sogokan BN.  LANGKAWI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menawarkan perkhidmatan yang boleh memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ini berbeza sekali dengan pendekatan kerajaan lepas yang lebih cenderung memberikan sogokan kewangan bagi mendapatkan sokongan rakyat. “Bukan cara kita untuk menghulurkan sogokan kepada rakyat dengan harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Langkawi di Dewan Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi, hari ini. Katanya, k