Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

MUHYIDDIN MASIH TAK PUAS HATI DARURAT TIDAK DIPERKENANKAN?

Imej
Daripada apa yang disebut Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya petang tadi, jelas ternampak beliau masih tidak puas hati kerana cadangan darurat yang diusulkan kerajaan tidak dapat dilaksanakan. Dalam erti kata lain, Muhyiddin seolah-olah berasa kecewa dengan keputusan Yang Dipertuan Agong menolak cadangan darurat yang dicadangkannya. Menurut Perdana Menteri, beliau bimbang, PRK Batu Sapi tidak lama lagi dan PRN Sarawak selepas itu akan memburukkan lagi krisis Covid19 di negara ini. Ini berikutan, tegas beliau, Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sarawak menetapkan pilihanraya mesti diadakan sekiranya ada kekosongan kerusi atau jika DUN dibubarkan. “Saya sebutkan begini kerana ini bukan perkara main-main. Ini perkara serius. Kerana itu, kalau saudara dan saudari tanya saya, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan langsung pada masa ini. “Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan, maka kita terpaksa mengadakan pilihanraya. “Kec

Muhyiddin pula yang akan dikhianati..!!

Imej
  Ada satu cerita hikayat yang menarik tentang pengkhianatan dan bagaimana sikap keji ini memakan diri. Tetapi disebabkan kekangan waktu, cerita ini hanyalah sebuah cerita tanpa sebarang rujukan dan maklumat yang tepat. Kisahnya begini. Pada zaman dahulu, berlaku satu peperangan antara dua kerajaan. Peperangan itu memakan korban yang besar, banyak kemusnahan harta benda berlaku dan berlangsung dalam tempoh yang agak lama. Masing-masing pihak menunjukkan kehandalan berperang dan kehebatan peralatan perang. Sukarnya menamatkan peperangan ini kerana barisan tertinggi tentera yang cukup berpengalaman dan handal memasang strategi. Tetapi masa berlalu dan sumber makanan dan bekalan kelengkapan berperang semakin menyusut. Akhirnya salah sebuah kerajaan tewas. Daripada barisan tertinggi tentera, tinggallah dua orang tentera penting. Mereka berdua ditangkap dan dibawa menghadap raja yang menang. Sebenarnya raja yang menang itu agak ralat jika terpaksa membunuh dua tentera musu

APAKAH KERAJAAN SEKARANG SUDAH JATUH MISKIN?

Imej
Semalam, Perdana Menteri berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP bagi kegunaan mereka untu menghadapi kesukaran ketika Covid19 melanda ini. Kata Muhyiddin Yassin, meskipun banyak permintaan ke arah itu, kerajaan melihat jika perkara itu dibenarkan, ia akan memberi kesukaran kepada rakyat di masa hadapan. Tetapi, bagi majoriti rakyat yang sedang terbeban kehidupan mereka sekarang ini, dapat mengeluarkan RM10 ribu daripada simpanan KWSP tentu saja dapat menyelesaikan banyak masalah hidup mereka. Lagi pun, bukankah wang itu wang pencarum juga? Jadi, apa masalahnya jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan wang mereka sendiri? Tambahan lagi, yang dipohon untuk dikeluarkan hanya RM10 ribu, bukan separuh atau keseluruhan daripada simpanan yang ada dalam Akaun 1 KWSP itu. Kalau suami isteri bekerja, bermakna dapatlah mereka mengeluarkan RM20 ribu dan pasti banyak masalah kehidupan dan bil-bil tertunggak dapat diselesaika

Tiga permintaan KKM jika pilihan raya tetap dilaksanakan

Imej
Ketidaktentuan politik dalam negara hari ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak akan berlakunya pilihan raya dalam tempoh terdekat, di saat negara masih bergelut menangani wabak Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam ini, sebanyak 799 jangkitan baru telah dilaporkan. Majoriti kes baru ini dilaporkan di Sabah yang baru mengadakan pilihan raya negeri (PRN) bulan lalu. Negeri itu juga mencatatkan tiga kematian hari ini. Mengulas soalan pemberita berhubung kemungkinan PRU diadakan dalam waktu terdekat, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang ia dijalankan di tengah-tengah penularan wabak. Bagaimanapun, dia berkata sekiranya ia dilaksanakan, pihaknya hanya meminta tiga perkara diutamakan. "Kita rasa sebaik-baiknya tangguhkan, kalau kita ada kuasa. "Tetapi Kementerian Kesihatan tidak ada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan

Sekali khianat, selamanya tidak selamat

Imej
SATU perkara yang bukan sahaja saya, tetapi ramai menganggapnya sebagai khurafat ialah tiada Umno, tiada Melayu. Memang parti tua itu menetapkan keanggotaannya dari kalangan orang Melayu, walaupun ramai juga keturunan India beragama Islam turut menjadi ahli sejak sekian lama. Tiada Umno tiada Melayu itu boleh diterima kalau ia dalam erti kata sebenarnya. Walau bagaimanapun, yang berlaku ialah sebaliknya. Melayu jaga Melayu apa kalau tanah simpanan Melayu kian hilang, tulisan Jawi memupus, bahasa Melayu kian tenat meskipun bertaraf bahasa kebangsaan, dan pelbagai lagi? Bitcoin Bank Saya melihat tumbangnya Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018 lalu akan turut memupuskan Umno. Ramai juga yang menyangka/mengharapkan sedemikian. Mereka berpegang pada kenyataan bahawa sekian lama hayat Umno bergantung pada harta dan wang ringgit. Dengan BN tidak lagi memerintah negara, maka terhalang atau tertutup peluang/jalan Umno bernafas semula dan meng

DEMI MEMULIAKAN TITAH AGONG, USUL UNDI TAK PERCAYA SEPATUTNYA DIDAHULUKAN SEBELUM BELANJAWAN DIBENTANGKAN

Imej
Sebagaimana dilaporkan media, terdapat 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen untuk Sidang Dewan Rakyat bermula 2 November depan. 25 usul undi tidak percaya itu dikemukakan oleh wakil rakyat blok pembangkang, manakala 2 usul percaya pula datang daripada blok kerajaan. Ini bererti, baik pembangkang atau kerajaan, kedua-duanya mahu soal keabsahan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri perlu segera ditentukan agar tidak berlaku lagi pertikaian di lain masa. Begitu pun, dalam amalan lazim Parlimen, usul-usul persendirian sebegini tidak akan diberi keutamaan, melainkan setelah semua usul kerajaan selesai dibentangkan terlebih dahulu. Dengan kata lain, adalah mustahil laluan boleh diperolehi untuk usul persendirian kerana usul kerajaan tidak akan habis sehingga hari kiamat sekali pun. Kalau hampir habis pula, ada saja usul baru yang tiba-tiba muncul. Tanpa kedudukannya Perdana Menteri dapat disahkan terlebih dah

Segera lakukan islah dalam politik negara

Imej
  Rasulullah (S.A.W) seolah-olah kembali menziarah umat dengan Maulidnya. Ya, bukan dengan susuk tubuh mulia baginda yang amat dirindui. Yang keramat dan sakti (sacred) itu, bukan juga pada tarikh keputeraan baginda. Setiap tahun kita semarakkan rasa cinta terhadap Rasulullah dengan pelbagai tema sambutan yang molok-molok belaka. Cabaran umat manusia kini ialah pandemik Covid-19 yang telah menelan lebih 1 juta nyawa. Pun begitu, ia bukan maudhu' penulisan ini. Fokus kali ini, buat diri ini dan semua golongan politikus khasnya, berkisar perihal amalan dan budaya politik. Dalam kerinduan mengimbau kenangan kepimpinan Rasulullah, mungkin ada sesuatu yang perlu diambil iktibar buat Maulid 1442 H ini. Sayugia diingatkan, tidak sesiapa pun yang tidak punya kekurangan atau bebas kelemahan, jauh lagi untuk ditanggapi 'sempurna', tidak seperti baginda Rasulullah yang maksum. Namun, dalam serba ketidaksempurnaan itu juga, di atas bahu kita jugalah terletak penentu untuk memb

MASIH TAK PUAS: Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi.....

Imej
  Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sedang membuat kempen agar Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua pihak dibentuk. Ia dibayangkan melalui satu posting yang dibuat oleh kelab penyokong beliau, Kelab Che Det dengan palang pagar, #Kerajaan Perpaduan. Dalam posting itu, pengendali kelab itu menulis “Ketika Negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik.” “Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan Negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik. “Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” . Turut disertakan bersama post

PERDANA MENTERI HARUS JUNJUNG TITAH TUANKU DAN BERUNDING SEGERA DENGAN PEMBANGKANG BERKENAAN BELANJAWAN 2021

Imej
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat. Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam isu yang amat serius ini. Duli-Duli Tuanku amat sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut. Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang menyampaikan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Dalam kenyataan tersebut, Tuanku telah me

Dr M jumpa Ku Li dan pemimpin lain bincang kerajaan perpaduan....tak puas lagi..!!

Imej
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan. Sumber dari pejabat Mahathir mengesahkan bahawa Mahathir telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad pada hari Selasa, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam. "Perbincangannya adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan," kata sumber itu kepada Malaysiakini hari ini. Ketiga-tiga pertemuan itu dikatakan diadakan di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor. Ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP dalam pertemuan itu, sumber itu menjawab, "setakat ini mereka yang ada dalam gambar yang sudah datang". Sumber itu menambah bahawa "pintu mereka masih terbuka" kepada mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu dengan Mahathir. Sebelum ini, laman Facebook kelab pe

2 MP kemuka usul percaya terhadap PM, 25 lagi menentang

Imej
  Usul undi percaya bagi menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh dua anggota parlimen kerajaan Sementara itu, 25 anggota parlimen pembangkang mengemukakan usul menentang perdana menteri berdasarkan draf Aturan Urusan mesyuarat pada sidang parlimen 2 Nov ini. Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan perkara itu tertakluk kepada perubahan. "Parlimen akan menghantar salinan semua pertanyaan dan usul yang kami hantar (kepada Ahli Parlimen). "Tetapi urusan mesyuarat itu tertakluk kepada perubahan selanjutnya. Ini hanya sebagai panduan," katanya kepada Malaysiakini. Dua usul percaya yang menyokong Muhyiddin adalah dari Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh). Sementara itu, usul tidak percaya dikemukakan oleh Dr Mahathir Mohamad (Bebas- Langkawi) dan empat ahli parlimen dari partinya, tujuh anggota parlimen dari Warisan, Amanah (11), PKR (1) dan DAP (1). Khalid Samad (Amanah- Shah Alam) dan Ha

Apa Malaysia dapat jika Anwar jadi PM?

Imej
  Saya ingin menyambung bicara saya mengenai Anwar Ibrahim yang masih berusaha untuk menjadi perdana menteri, suatu jawatan yang diidam-idamkannya sejak sekian lama. Empat bulan dulu, saya telah nyatakan bahawa Anwar boleh menjadi perdana menteri dengan bantuan Najib Razak . Nampaknya, ia hampir menjadi kenyataan baru-baru ini jika bukan kerana gencatan politik. Sebenarnya halangan utama Anwar menjadi perdana menteri bukannya datang dari kumpulan politik, tetapi suatu kumpulan yang terdiri daripada beberapa kategori. Pertama, kumpulan pesara eksklusif teknorat Melayu. Kedua, kumpulan Melayu-Islam radikal yang menolak Islam moderate-liberal Anwar. Ketiga kumpulan fundementalis Dr Mahathir Mohamad dan terakhir kumpulan lokal yang menolak Anwar kerana dikatakan bersekongkol dengan DAP. Keempat-empat kumpulan ini turut dibincangkan oleh kumpulan pemikir RAND Corporation di Amerika Syarikat. Namun begitu, persoalan yang lebih besar ialah apakah rakyat Malaysia boleh nikmati jika Anw

PKR terbuka terima ahli politik tolak rasuah - Anwar

Imej
PKR menyatakan parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mahukan sistem pemerintahan yang bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa. Presidennya Anwar Ibrahim berkata peringatan dan penegasan dibuat raja-raja Melayu baru-baru ini perlu diberi perhatian dan tidak boleh diremehkan. Malah katanya ia perlu didukunbg semua pihak yang memiliki kesedaran untuk menolak kebobrokan. Justeru kata Anwar PKR akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia. "Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai," katanya. Mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan minggu depan, Anwar berkata, ia perlu dipersiapkan dengan menggembleng usaha kerajaan dan pembangkang. Langkah itu katanya perlu untuk merencana strategi ampuh bagi menangani kesan Covid-19, isu penga

MUHYIDDIN – HARGA DIRI ADALAH HARGA MATI, TUNGGU APA LAGI?

Imej
Penolakan cadangan darurat oleh Yang Dipertuan Agong, selain suatu sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia juga merupakan suatu detik yang menjadikan moral Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan kabinet sudah hancur berkecai. Atas kapasiti Perdana Menteri selaku penasihat kepada Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan, kebiasaannya nasihat daripada Perdana Menteri tidak pernah tidak diterima. Tambahan lagi, nasihat itu adalah berkaitan perkara besar iaitu untuk mengisytiharkan darurat dalam negara dan bukannya untuk memohon perkara kecilan seperti membina jambatan atau menghias taman. Tetapi, dengan ianya ditolak oleh Agong jelas memperlihatkan keputusan kabinet berkaitan darurat itu tidak relevan dan seperti pihak Istana dapat menyelami ada maksud lain terselindung di sebaliknya. Oleh kerana ini merupakan sejarah dan tidak pernah keputusan kabinet ditolak oleh Agong sebelum ini, mudah kata, Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet sudah tiada maruah lagi sek

Anwar ambil maklum nasihat Agong, minta MP bertindak ikut perlembagaan

Imej
Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang berusaha menjatuhkan Muhyiddin sebagai perdana menteri, mengambil maklum nasihat Yang di-Pertuan Agong agar pemimpin politik tidak bermain politik yang boleh menjejaskan pentadbiran negara. "Saya juga mengambil maklum nasihat Tuanku Agong agar pimpinan politik termasuk ahli-ahli parlimen untuk tidak berlebihan berpolitik wajar dicermati dan dihayati. "Tokoh-tokoh politik termasuk ahli-ahli parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat, institusi Parlimen dan negara agar dapat diimbangi pelbagai tuntutan terkait keadilan, menolak rasuah dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa. "Selaras dengan semangat ini, maka kami akan memastikan perancangan menangani malapetaka Covid-19, masalah pengangguran dan kemiskinan serta menjana pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih terencana dan berkesan," katanya dalam kenyataan media har

Rumah Muhyiddin jadi tumpuan lepas Agong tak perkenan darurat

Imej
  Rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan beberapa pengunjung malam ini. Perkembangan ini hadir beberapa jam setelah Muhyiddin gagal mendapatkan perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat. Beberapa kenderaan bercermin gelap dilihat memasuki pekarangan kediaman Muhyiddin malam ini. Kenderaan tersebut dipercayai kenderaan beberapa menteri. Pembantu Muhyiddin, ketika dihubungi, meremehkan spekulasi berkaitan perkembangan ini. Pertemuan malam ini juga berlaku setelah Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kepada semua menteri besar dan ketua menteri berhubung pertemuan mereka esok dengan Muhyiddin dibatalkan. Sementara itu, seteru Muhyiddin membuat spekulasi bahawa perdana menteri itu sedang mempertimbangkan untuk mengundurkan diri. Sumber yang dipetik dalam laporan The Star menolak spekulasi bahawa Muhyiddin mungkin mengundurkan diri setelah gagal mendapat perkenan untuk pengisytiharan darurat. &qu

Mesyuarat dengan Muhyiddin dibatalkan, kata ketua menteri P Pinang

Imej
  GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, mesyuarat pemimpin negeri dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin esok sudah dibatalkan. Berita pembatalan itumenyusul laporan beberapa kenderaan VIP tiba di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara malam ini. Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg juga dipercayai membatalkan rancangannya ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat pada 9.30 pagi esok yang dirancang Muhyiddin sejurus selepas perbincangan khas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan raja-raja Melayu petang tadi. Istana Negara kemudiannya mengumumkan permintaan kerajaan untuk pengisytiharan darurat ditolak Agong. Kerajaan memohon darurat diisytiharkan untuk menangani lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini dan juga atas nama kestabilan politik. Sebelum istana mengumumkan keputusan Agong, Chow memberitahu FMT, beliau akan menghadiri mesyuarat pada 9.30 pagi esok dengan perdana menteri. Bagaimanapun, sumber memberitahu

JIKA TAK SEGERA LETAK JAWATAN, MUHYIDDIN AKAN DITIMPA KEHINAAN TUJUH KETURUNAN

Imej
Seluruh rakyat, kecuali segelintir pentaksub buta kepada Muhyiddin Yassin, hari ini semuanya mengucap syukur kepada Tuhan dan menjunjung kasih terhadap Yang Dipertuan Agong atas keputusan baginda menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri. Bagi rakyat, keputusan Agong setelah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja petang tadi adalah pendirian paling bijaksana yang mampu memberi kelegaan tanpa hadnya. Akhirnya, ternyata kedudukan Raja-Raja sebagai payung kepada rakyat jelata tidak lagi dapat dinafikan peranan dan keunggulannya. Tidak terbayang oleh mereka yang waras bagaimana Muhyiddin, demi takut hilang kuasa setelah sedar majoritinya sudah tiada, sanggup terfikir untuk menguatkuasakan darurat yang pasti akhirnya rakyat terbanyak akan menanggung sengsaranya. Dengan kehidupan sekarang akibat wabak Covid19 ini pun ramai yang jadi susah dan hilang kerja, tak terjangkau dek akal untuk memikirkan kehidupan seterusnya setelah ekonomi lumpuh, perniagaan mati dan pelabu

'Raja-raja mahu mekanisme semak dan imbang dihormati'

Imej
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad berkata lapan raja yang bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi berbincang behubung permohohan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, menekankan pentingnya menghormati mekanisme semak dan imbang untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Sultan Abdullah, setelah berunding dengan Sultan dari Terengganu, Perlis, Selangor, Johor, Perak, Kedah, Yang diPertua Negeri Sembilan dan Pemangku Raja Pahang memutuskan untuk menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin bagi mengisytiharkan darurat. Untuk rekod, Sultan Abdullah juga merupakan Sultan Pahang. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak hadir pada pertemuan itu. Muhyiddin sebelum ini dikatakan mahu memohon perkenan pengisytiharan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19 tetapi pengkritik mengatakan ia adalah usahanya memertahankan jawatan susulan terdapat spekulasi bahawa sekumpulan ahli parlimen Umno merancang untuk tidak menyokongnya. Sye

Hilang majoriti dan Isytihar darurat, usaha merompak hak perlembagaan di siang hari

Imej
Semalam 24/10/2020 Menteri Wilayah Persekutuan ada buat posting seperti di bawah (hari ini dah tiada pula posting itu). Mungkin langgar protokol kerajaan untuk minta nasihat populis daripada rakyat sedangkan Kamar Peguam Negara masih wujud dan justeru dinasihati untuk deletekan posting itu. Nasib baik tiada Error 404 dikeluarkan oleh facebook. Apa pun sepatutnya sebagai Menteri mesti konsisten untuk pertahankan kenyataan sendiri. Isu yang dibangkitkan adalah menggunakan perisytiharan darurat sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya Batu Sapi di Sabah dan PRN Sarawak. Alasan COVID-19 tidak patut dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya. Hak rakyat setempat untuk diwakili tidak patut dilengah-lengahkan. Menggunakan alasan statistik COVID-19 meningkat kerana berlaku pilihan raya adalah tidak tepat. Pilihan raya tidak meningkatkan pesakit Covid. Yang meningkatkan pesakit Covid adalah kempen pilihan raya raya apabila petugas parti ke sana dan ke sini tanpa meng