Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Anwar: Usahlah laga-lagakan lagi

Imej
Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. “Benda kecil, kita tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan... beza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, saya konsisten bab ini. “Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rembau, semalam. Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC. Terdahulu Anwar dalam ucapannya berkata penyakit ‘over confident’, sombong, rasa sudah kuat d

MIC dan Pas sah jalin kerjasama

Imej
KUALA LUMPUR : MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional (BN) selepas UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas. Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, keputusan itu sekali gus akan memperkukuhkan blok pembangkang khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini. "Kami yakin terhadap kepimpinan PAS dan kerjasama ini berada di landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti di Ibu Pejabat MIC di sini pada Khamis. Sementara itu, Abdul Hadi optimis kerjasama itu akan membawa perubahan baharu dalam politik PAS selain sebagai persedian PRK Rantau

SPR beri peringatan bagi penamaan calon PRK Rantau

Imej
    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan bahawa tempoh masa untuk mengemukakan kertas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ialah dari 9 pagi hingga 10 pagi, Sabtu ini (30 Mac). Pusat penamaan calon yang ditetapkan ialah di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sri Sendayan. Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya oleh calon, pencadang dan penyokong; atau mana-mana dua orang daripada mereka, atau mana-mana seorang daripada mereka. “SPR mengingatkan bakal calon yang telah membayar deposit pilihan raya agar membawa resit pembayaran deposit tersebut pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran," katanya. Selain itu, calon yang bertanding mewakili parti politik diingatkan supaya membawa surat kebenaran daripada parti yang membenarkan mereka menggunakan simbol par

Kes SRC Najib mula bicara Rabu ini

Imej
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan perbicaraan kes pengubahan wang haram SRC International Sdn Bhd terhadap bekas perdana menteri Najib Razak akan bermula 3 April ini. Hakim Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan arahan penangguhan oleh Mahkamah Rayuan minggu lalu. Bagaimanapun tarikh-tarikh perbicaraan belum ditetapkan dan mahkamah akan memutuskannya selepas mengambil kira perbicaraan kes 1MDB terhadap Najib yang juga akan bermula pada bulan sama. Pendengaran kes SRC International pada awalnya dijadual bermula 12 Feb, tetapi ditangguhkan sementara menunggu beberapa rayuan yang difailkan Najib. Minggu lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penangguhan pendengaran kes itu yang dibuat peguam bela Harvinderjit Singh. Bagaimanapun panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan menolak keputusan itu dengan hujah Mahkamah Rayauuan tiada kuasa untuk memberikan arahan penangguhan. T

PERBALAHAN TERBUKA AZMIN – ANWAR, INILAH JASA & SUMBANGAN TUN M KEPADA PKR

Imej
Sekali lagi ahli-ahli akar umbi PKR melahirkan kebimbangan mereka berhubung perbalahan terbuka antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim. Kali ini perbalahan itu tercetus berikutan kenyataan Nurul Izzah dengan media Singapura yang melabelkan Tun Mahathir Mohamad yang bekas diktator yang mendatangkan kesukaran untuk beliau bekerja dengannya. Selain itu, Nurul Izzah juga menzahirkan tidak senangnya dengan kemasukan ramai bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu, di sebalik janji reformasi yang dilihat begitu perlahan untuk dilaksanakan. Susulan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang pernah digelar Puteri Reformasi mengumumkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pendirian Nurul Izzah itu bagaimanapun mengundang kritikan daripada Azmin selaku Timbalan Presiden yang menganggapnya seperti bayi yang suka merengek dan tidak tahan dengan panasnya bahang sebuah perjuangan. Walau bagaimanap

BAGUSLAH KALAU BETUL TIADA SIAPA CUBA HALANG ANWAR DARIPADA JADI PM….

Imej
Seorang penyokong dan pentaksub Tun Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan membidas dakwaan wujudnya sebarang cubaan untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Katanya, tiada cubaan sama sekali untuk menghalang Anwar daripada menjadi pengganti kepada Tun Mahathir sebagaimana yang sudah dipersetujui oleh PH. Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas tweet Zaid Ibrahim yang mengatakan sebarang cubaan untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri tidak akan menemui kejayaan. Sehubungan itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu Nurul Izzah yang dilaporkan patah hati dengan perkembangan politik semasa agar terus berani bersuara dan yakin dengan apa yang dilakukannya. Dalam hal tersebut, Khairuddin meminta Zaid agar menamakan individu yang didakwanya cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri di masa akan datang itu. Isu peralihan kuasa kepada Anwar menjadi bualan kembali sehari dua ini berikutan wa

Felda perjelas pengurangan bayaran pinjaman sara hidup peneroka

Imej
KUALA LUMPUR: Felda hari ini menjelaskan bahawa keputusan mengurangkan bayaran Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil daripada RM1,500 sebulan kepada RM 1,000 sebulan tidak dapat dielakkan berdasarkan keadaan kewangan semasa Felda yang kritikal. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporatnya, Felda berkata, ia berhadapan cabaran kewangan bagi menjelaskan komitmennya sebanyak RM500 juta setahun bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil peneroka. Ia menarik perhatian bahawa sehingga kini Felda telah menggunakan dana dalaman sekitar RM7.5 bilion untuk membiayai pinjaman peneroka. “Keutamaan Felda pada masa ini adalah untuk melunaskan tunggakan kepada kontraktor dan pembekal, terutamanya koperasi kepunyaan peneroka yang terlibat dengan kerja-kerja operasi sawit seperti angkut dan tuai. “Jika pembayaran kepada kontraktor dan pembekal ini lewat, produktiviti kebun serta pendapatan peneroka akan terjejas,” kata kenyataan

K'jaan fail notis lucut hak akaun bank bapa Jho Low

Imej
    Kerajaan memfailkan notis usul afidavit lucut hak ke atas tujuh akaun bank milik Larry Low Hock Peng yang merupakan bapa Low Taek Jho atau Jho Low, Low Hock Peng, yang dikatakan bernilai RM48 juta. Pemfailan notis itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. The Edge Markets melaporkan, ini kerana wang yang mahu dibekukan dan dituntut semula oleh kerajaan dipercayai berpunca daripada 1MDB. Susulan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menetapkan satu tarikh untuk pengurusan kes. "Tiga daripada tujuh akaun bank itu dikatakan merupakan akaun deposit tetap. "Kami percaya wang berkenaan dipindahkan dari syarikat luar yang dikatakan dibuat oleh anak Hock Peng, Jho Low," kata laporan itu.] yang memetik sumber. Pemfailan berkenaan dibuat di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang membolehkan kerajaan melucutkan hartanah tanpa pendakwaan, kata

Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram

Imej
Bank Negara sedang merangka dasar menghadkan jumlah transaksi tunai dan dan tidak lama lagi memerlukan maklum balas daripada pengguna. Gabernor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus berkata dasar itu bertujuan membendung kegiatan pengubahan wang haram dan "mengehadkan penggunaan wang tunai oleh penjenayah." "Kami sedang mengkaji dan akan merundingkan hal ini secara meluas mengenai potensi memperkenalkan had ekonomi terhadap transaksi tunai di Malaysia. "Langkah serupa telah diambil di beberapa negara," katanya pada sidang akhbar ketika membentangkan laporan tahunan bank pusat 2018 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 hari ini. Pada gambar rajah yang disediakan dalam laporan berkenaan, bank itu menyebut bagaimana Australia, Itali dan Republik Czech mengenakan "had tunggal" terhadap transaksi tunai berjumlah AUS$10,000 (RM30,160), CZK350,000 (RM64,935) dan EUR$3,000 (RM14,280). Turut dipaparkan laporan itu,

MB Negeri Sembilan hadapi dilema tak boleh letak jawatan presiden kelab

Imej
PETALING JAYA: Kelab Golf Antarabangsa Seremban berhadapan dengan masalah baru apabila presidennya, Aminuddin Harun, mahu letak jawatan selepas ahli-ahlinya mengundi bagi mengembalikan jualan bir di premis kelab. Aminuddin sendiri mungkin berhadapan dilema. Ini kerana perlembagaan kelab menyebut menteri besar Negeri Sembilan turut memegang jawatan presiden kelab. Bekas setiausaha kelab, Shanjoy Choudhury menjelaskan Aminuddin tidak boleh letak jawatan sebagai presiden kelab tersebut. “Artikel 15.11 menyebut, presiden, buat masa ini, sesiapa yang memegang jawatan menteri besar Negeri Sembilan. “Ini bermakna beliau hanya boleh berundur sekiranya beliau letak jawatan menteri besar atau dipecat sebagai menteri besar,” katanya. Sejak 1991, menteri besar secara automatik menjadi presiden dan setiasaha negeri menjadi timbalan presiden. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten dan 5 ahli jawatankuasa. Kerajaan negeri memiliki padang

Ini bukan kereta terbang, ia kenderaan berkonsep drone..

Imej
Sekiranya anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima ’19) adalah lokasi terbaik untuk anda. Walaupun ia hanyalah sekadar model, orang ramai dapat idea yang jelas tentang rupa fizikal kenderaan yang boleh diterbangkan, satu hari nanti. Dikenali sebagai Vector, penampilan sulung kenderaan itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini telah mencuri tumpuan edisi kali ini apabila ramai pengunjung tertarik untuk melihatnya. Kebanyakan pengunjung menyangka Vector adalah kereta terbang yang hangat diperkatakan, tetapi ia bukanlah seperti yang mereka fikirkan. Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat menafikan idea bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector, yang mana lebih tepat, direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain. Imtyaz menjelaskan bahawa Vector

Putrajaya jamin tidak akan guna Akta Anti Berita Palsu

Imej
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan ia tidak akan menggunakan Akta Anti Berita Tidak Benar terhadap mana-mana orang walaupun akta itu masih berkuatkuasa. Dewan Rakyat meluluskan usul memansuhkan akta tersebut tahun lepas tetapi ditolak Dewan Negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata tiada orang disiasat atau didakwa bawah akta itu. “Ini tidak bermakna kerajaan bertoleransi terhadap penyebaran berita-berita tidak benar termasuklah penghinaan ke atas nabi, atau pun mana-mana agama, atau penghinaan ke atas raja atau institusi raja,” katanya. Hanipa menjawab pertanyaan Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu berapa ramai rakyat didakwa bawah akta itu kerana menghina raja-raja Melayu atau menggunakan perkataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Hanipa berkata terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk menangani kes seperti itu, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia. Contohny

'Malaysia, New Zealand perkukuh hubungan tangani keganasan'

Imej
Berlatarbelakangkan peristiwa serangan maut pengganas di Christchurch baru-baru ini, Malaysia dan New Zealand sekata dalam keperluan untuk mengeratkan hubungan demi menentang terorisme. Ini adalah hasil rundingan antara Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan rakan sejawatannya Winston Peters di ibu negara hari ini. "Kami bersetuju memperkukuh hubungan bilateral dalam menentang durjana terorisme," kata Dr Wan Azizah kepada media selepas mesyuarat mereka di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur. Serangan ke atas dua masjid semasa sembahyang Jumaat pada 15 Mac itu mengorbankan 50 jiwa, termasuk seorang warga Malaysia belasan tahun. Berpuluh yang lain cedera. Pada mesyuarat itu, Dr Wan Azizah berkata beliau turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand dan rakyatnya serta semua keluarga mangsa. "Kerajaan Malaysia bangkit bersama kerajaan New Zealand pada saat-saat sedih ini,&qu

Akta Perkhidmatan Parlimen akan diwujudkan semula

Imej
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang digubal bagi membolehkan Parlimen mempunyai autonomi sendiri akan dibentang pada sesi Dewan Rakyat Julai depan. Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap rang undang-undang itu akan dapat dibentang bagi membolehkan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992, diwujudkan semula. Justeru, katanya, Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen yang diketuainya akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof, esok. “Keputusan kita untuk meneruskan cadangan supaya kerajaan dapat meneruskan dengan (penggubalan) Akta Perkhidmatan Parlimen ini supaya ia dapat memperkukuhkan institusi Parlimen. “Untuk maksud itu, kita akan menemui Speaker pagi esok bagi membincangkan langkah berikutnya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kaukus itu di Parlimen hari ini. Anwar berkata, kaukus juga mendapati ada sebahagian kementerian belum je

Hadi bukan bodek Dr M, sembang Ahmad Yakob

Imej
KOTA BHARU: Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob hari ini tampil mempertahankan kenyataan presidennya Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan “bekas diktator”, tetapi seorang yang tegas. Ahmad berkata Abdul Hadi hanya menyatakan kebenaran berdasarkan pengalamannya dengan Mahathir. “Bodek-membodek ni rasanya tidak berbangkit. Apa yang dibangkitkan Hadi itu satu kebenaran. Itu sahaja. Kalau bodek pun nak ke mana? Kalau yang benar tu benarlah,” katanya. Ahmad, yang juga menteri besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini. Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata tindakan Hadi membuat kenyataan menyebut Mahathir seorang pemimpin yang tegas dan bukannya seorang diktator, dilihat sebagai cubaan membodek perdana menteri. Abdul Hadi mengulas kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dalam laporan sebuah akhbar

Anwar: Beri PM masa tangani isu pengerusi PAC

Imej
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu diberi masa dalam membuat keputusan berhubung isu pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). "Kita faham isu itu tapi perlu berikan masa kerana perdana menteri masih di Langkawi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat hari ini. "Saya rasa mungkin diri saya (sesuai)...Saya tak tahu, itu saya serahkan kepada PAC," katanya berseloroh, ketika ditanya siapakah yang sesuai menggantikan Ronald Kiandee sebagai pengerusi jawatankuasa itu. Anwar juga sekali lagi menegaskan jawatan itu sepatutnya disandang oleh anggota parlimen pembangkang, seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU ke-14 Pakatan Harapan (PH). Selepas Kiandee menyertai Bersatu, pembangkang mencadangkan Anggota Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad dilantik sebagai pengerusi baru PAC. Mahathir bagaimanapun berkata Kiandee akan kekal

Polis akan dakwa individu cetus kekecohan depan UM

Imej
Individu yang terlibat dalam kejadian kekecohan di seberang jalan Restoran Amjal, di pintu masuk Universiti Malaya di Kuala Lumpur ketika majlis sembang santai bersama bekas perdana menteri Najib Razak akan dikenakan pertuduhan di mahkamah tidak lama lagi. Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara semalam dan keputusan telah dibuat. "Pihak Polis Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan di mana 15 laporan telah dibuat dan 28 rakaman percakapan telah diambil dan siasatan telah selesai. "Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak AG semalam dan telah dapat keputusan.Tindakan selanjutnya akan diambil untuk membuat pertuduhan terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang berkaitan," maklum beliau kepada Malaysiakini. Mazlan berkata pihak polis merekodkan kenyataan daripada 28 individu mengenai kejadian tersebut. Plakad karikatur sindir Najib Kekecohan tercetus selepas penyok

Pengumuman Laporan Tahunan BNM 2018

Imej

'Ini perjanjian...perjanjian. Mana boleh kita ingkar, itu khianat!' - Mazlan Aliman

Imej

Gobind tegur MP BN gelak ketika bahas isu serang wartawan

Imej

Dewan riuh kerana 'orang tua'

Imej

'Layak jadi menteri ni', MP BN 'menganjing' MP Kapar

Imej

'Setelah 10 bulan kita perintah, mana pelan pemulihan Felda?'

Imej

Bank Negara turunkan unjuran KDNK 2019 kepada 4.8 peratus

Imej
Bank Negara telah menurunkan unjuran KDNK 2019 negara kepada antara 4.3 dan 4.8 peratus, turun dari anggaran sebelumnya iaitu 4.9 peratus. Gabenor Bank Negara, Shamsiah Mohd Yunus berkata langkah itu selari dengan semakan pertumbuhan yang sama mengenai ekonomi global. "Pertumbuhan global disemak semula dari 3.7 peratus (kepada 3.5 peratus) dan perdagangan dunia juga disemak semula ke bawah. "Ini alasan utama mengapa, kami membuat unjuran antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus tahun ini berbanding 4.9 peratus yang dijangkakan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat bank pusat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018

Imej
Berikut adalah intipati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan hari ini. • Ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuhan kukuh, berkembang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus pada 2019, dipacu oleh aktiviti sektor swasta, pendapatan stabil dan pertumbuhan pekerjaan, serta peningkatan kapasiti perniagaan yang berterusan. • Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.7 peratus daripada 6.8 peratus pada 2018. • Sektor pembuatan akan berkembang pada 4.8 peratus berbanding lima peratus pada 2018. • Sektor pembinaan diunjurkan mencatat pertumbuhan sederhana pada tiga peratus tahun ini berbanding 4.2 peratus pada 2018. • Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkembang 0.8 peratus, berbanding penurunan 1.5 peratus pada 2018 berikutan pengurangan pengeluaran gas asli. • Sektor pertanian diunjurkan berkembang 2.8 peratus tahun ini selepas susut 0.4 peratus pada 2018. • Kadar pengangguran d

Kiandee akur keputusan PM: Bakal diganti sebagai pengerusi PAC

Imej
    MP Beluran Ronald Kiandee berkata beliau akur untuk digantikan sebagai pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila calon baru dapat dikenalpasti. "Saya akur kepada keputusan menteri, perdana menteri berkata saya akan digantikan apabila pengerusi baru (PAC) telah dapat dikenal pasti, jadi saya akur, saya patuh pada keputusan itu," katanya. Kiandee berkata tidak timbul isu beliau meletak jawatan kerana beliau hanya menuruti arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. "Ia tak berbangkit kerana PM kata saya kekal (pengerusi PAC) sehinggalah pengganti baru dilantik," jelasnya. Kiandee berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran PAC hari ini. Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu sebelum ini meminta Kiandee kekal menjawat kedudukan pengerusi PAC tetapi kemudiannya berkata akan mempertimbangkannya semula selepas bantahan MP PH. Hari ini, semua MP pembangkang tidak hadir pendengaran P

Inkues Adib: 'Cik Miera' minta maaf tuduh pakar forensik HKL menipu

Imej
Jururawat Siti Syafika Amira Mohd Rasani ketika jadir prosiding  inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah  Tinggi Shah Alam, 27 Mac 2019.    SHAH ALAM, 27 Mac — Jururawat yang menuduh seorang pakar forensik menipu dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, memberitahu koroner bahawa dia membuat kenyataan tanpa fakta.

AGC tidak tahu menahu kehilangan notis sita rumah Jho Low

Imej
Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak tahu menahu mengenai kehilangan notis sitaan yang diletakkan minggu lalu di sebuah rumah mewah milik keluarga ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, di Pulau Pinang. Difahamkan, AGC tidak bertanggungjawab untuk menanggalkan notis itu, yang jelas ditampal di pintu masuk rumah berkenaan di Tanjung Bungah Jumaat lalu. "Kenapa harus kita tanggalkan notis sendiri? Perkara itu masih dalam siasatan," kata seorang pegawai dari AGC, yang memohon agar namanya tidak disiarkan. Mengenai sama ada notis baru akan diletakkan, pegawai itu memberitahu Malaysiakini: "Kami sedang membincangkan sama ada untuk meletakkan notis baru atau tidak. "Setakat ini, kami belum menerima sebarang arahan." Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin dan Superintendan Foo Wei Min, yang nama mereka tercatat dalam notis berkenaan, enggan mengulas ketika dihubungi. Media minggu lalu melaporkan ke

Keganasan pada wartawan bukan bahan gelak - Gobind tegur MP BN

Imej
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menegur MP BN di dalam Dewan Rakyat hari ini kerana bercakap dan bergelak ketawa sewaktu beliau sedang berucap mengenai keganasan terhadap wartawan.Terdahulu, menteri menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan di parlimen menggesa supaya menentang tindakan mengancam atau gangguan secara fizikal terhadap wartawan yang menurutnya cuma menjalankan tugas sahaja. Beliau dipercayai merujuk kejadian pada Jumaat lalu apabila dua wartawan pelatih Malaysiakini diganggu pemimpin dan penyokong Umno ketika membuat liputan acara sembang santai bekas perdana menteri Najib Razak di Kuala Lumpur. Selepas Gobind bertegas mengenai keganasan sebegitu terhadap wartawan, kedengaran suara bergelak ketawa dan berbual-bual dari pihak MB BN walaupun tidak jelas siapa dan apa yang dicakapkan itu. Bagaimanappun, Gobind tidak memandang ringan hal tersebut. "Mungkin kita gelakkan di dewan ini, tetapi kalau kamu di situ hari itu,

PAC belum terima surat letak jawatan MP BN, PAS

Imej
    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh memaklumkan pihaknya masih belum menerima surat peletakan jawatan daripada anggota parlimen BN dan PAS. "Sehingga semalam, kita (PAC) belum terima surat letak jawatan dari tiga anggota (pembangkang). "Walau tiga anggota letak jawatan, PAC masih ada sembilan orang. Ini sudah mencapai korum, kita boleh meneruskan mesyuarat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. Tiga anggota parlimen yang dimaksudkan itu adalah Noraini Ahmad (Parit Sulong), Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Ahmad Hamzah (Jasin). Pada 25 Mac lalu, anggota parlimen BN dan PAS dalam PAC berkata mereka akan berbuat demikian sebagai membantah keputusan kerajaan mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusinya susulan penyertaannya dalam Bersatu. Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob berkata, peletakan jawatan itu sehinggalah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menimbang semula keputusan

Kabinet putusan Bangunan Malaysia di HK dijual secara tender terbuka

Imej
Kerajaan memutuskan supaya penjualan tanah dan Bangunan Malaysia di Hong Kong tidak dilakukan secara rundingan terus tetapi sebaliknya secara tender terbuka, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Menurutnya, kabinet memutuskan proses penjualan dan pelupusan hartanah itu dilakukan secara tender terbuka untuk memastikan kerajaan mendapat nilai terbaik. “Keputusan itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjalankan pentadbiran dengan berpandukan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), sekali gus memastikan kebajikan rakyat dipelihara dengan sebaiknya dalam setiap keadaan. “Kerajaan terdahulu memutuskan untuk menjual tanah dan bangunan berkenaan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat pada harga RM1.1 bilion, yang mana surat tawaran dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sebelum 9 Mei 2018. “Akan tetapi selepas perubahan kerajaan, Kementerian Kewangan menerima beberapa tawaran lain pada nilai yang lebih tinggi, setinggi RM1.6 bilion berbanding de

Kes Dadah: Pegawai polis mengaku tak bersalah terima rasuah RM1.35 juta

Imej
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 4 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.35 juta daripada 2 lelaki sebagai balasan menyelesaikan kes pengedaran dadah, 2 tahun lalu. Gan Chee Liang, 36, dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya secara berasingan di depan Hakim Azman Ahmad. Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Gan didakwa menerima RM800,000 dan RM175,000 daripada Lim Chok Siong, 41, sebagai balasan menyelesaikan kes Victor Goh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dia dituduh melakukan 2 kesalahan itu di Jalan Pirau PJ, Bangsar, di sini pada 29 Mac 2017 dan di stesen minyak BHP di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda, Ampang, keesokannya. Bagi pertuduhan ke-3 dan ke-4, Gan didakwa atas tuduhan sama menerima RM300,000 dan RM75,000 daripada Yeong Kok Wah, 51, sebagai upah menyelesaikan kes Victor Goh di bawah seksyen sama. Kedua-dua kesalahan itu

Skandal SRC: Mahkamah Persekutuan perintah perbicaraan kes Najib dimulakan

Imej
Kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dijangka bermula tidak lama lagi. Ini susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mendapati bahawa Mahkamah Rayuan yang mengeluarkan perintah membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian. Ketua Hakim Negara, Richard Malanjum, yang mengetuai tujuh hakim, menyampaikan keputusan mereka selepas mendengar hujah dari peguam Najib, Harvinderjit Singh dan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengetuai pasukan pendakwa. "Kami sebulat suara (mendapati) bahawa dalam perintah penangguhan prosiding oleh Mahkamah Rayuan, kami berpendapat bahawa mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa," katanya. Malanjum berkata Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar kes itu semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pada 4 Julai 2018, Najib yang juga anggota

Kerajaan bentang belanjawan tambahan

Imej

Timb menteri: Henti guna kanak-kanak untuk kutip dana

Imej

Kos projek MRT2, LRT3 hanya RM23.84 bilion

Imej
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Transit Aliran Massa 2 (MRT2) diteruskan dengan pengurangan kos keseluruhan sebanyak RM23.84 bilion hasil inisiatif dan rundingan dengan pihak kontraktor. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata LRT3 diteruskan dengan kos keseluruhan RM16.63 bilion berbanding kos asal RM31.65 bilion manakala kos MRT2 berjaya dikurangkan sebanyak RM8.82 bilion. “Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh dalam usaha mengurangkan kos projek infrastruktur seperti MRT2 dan LRT3, pada masa sama memastikan kedua-dua projek ini dapat disiapkan dan memberi manfaat kepada rakyat. “Kerajaan mengambil inisiatif penting dalam berunding dan mencapai persetujuan dengan pihak kontraktor untuk mengurangkan kos dan meminda terma perjanjian yang tidak menguntungkan kerajaan serta rakyat yang ditandatangani ketika pentadbiran kerajaan terdahulu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian menjawab

SKMM tidak akan berkompromi pihak yang gugat keselamatan negara - Timb Menteri

Imej

Guan Eng-Najib 'perang mulut', Dewan Rakyat kecoh

Imej

'Najib cuba jual aset negara sebelum PRU14'

Imej

Beberapa kaedah dikenalpasti untuk struktur semula jumlah penjawatan perkhidmatan awam

Imej

'Kalau begini cara kami tak payah datang Parlimen lah' - MP Umno

Imej

Kumpulan masyarakat sivil tak sedia tukar kerajaan pada PRU14

Imej
KUALA LUMPUR, 27 Mac — Kumpulan masyarakat sivil di Malaysia tidak bersedia dengan pertukaran kerajaan kerana tidak menyangka Barisan Nasional (BN) kalah pada 9 Mei tahun lalu, kata satu laporan. Laporan tahunan gabungan badan masyarakat sivil dunia (CSO) Civicus, kumpulan itu berdepan cabaran penentangan yang