Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Jawatankuasa Pengurusan Hutang mula bincang hutang RM1.1 trilion

Imej
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Hutang (JPH) yang baru ditubuhkan dengan dipengerusikan menteri kewangan mengadakan mesyuarat pertamanya semalam untuk meneliti kedudukan hutang dan liabiliti kerajaan sebanyak RM1.1 trilion atau 75.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar setakat akhir 2018. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata, ini berikutan peningkatan hutang langsung kerajaan Persekutuan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741.0 billon daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutama bagi menampung komitmen pajakan perkongsian awam-swasta (PPP) dan perbelanjaan “off-budget” yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus, katanya. “Jumlah jaminan yang dtanggung kerajaan dan dibayar oleh kerajaan juga meningkat, khususnya bagi membiayai projek pengangkutan awam sedia ada yang sedang diteruskan. “Penin

KENAPA NAK LARIKAN DIRI ??!

Imej
Najib dan Rosmah nampak tak serasi dalam menghadapi kes² mahkamah. Mereka nampak masing² bawa haluan sendiri. Mungkin kes mereka terlalu berat. TERKINI !!.. Tiga nama dalam saman lucut hak berkaitan 1MDB telah larikan diri..

KENAPA ZAHID DAHULU YANG DIPANGGIL SPRM, bukannya sepupu Najib, Hishammuddin ??!

Imej
Nampaknya dalam tempoh 5 tahun ini hakim2 & peguam terpaksa bekerja keras tak cukup tgn dlm membicarakan kes2 rasuah, salah guna kuasa & ubah wang haram pemimpin2 UMNO dan sekutunya PAS. Kenapa kes2 sebegini tidak timbul langsung ketika UMNO/BN berkuasa dahulu ??!

TAK SABAR NAK KENDURIKAN PITIH ROYALTI LAA TUEEW....!!

Imej
MB Kelantan awal² dh bgtau bayaran royalti terhadap Kelantan masih tak boleh lagi dilakukan kerana penarikan saman terhadap Kerajaan Persekutuan MASIH BELUM SELESAI dan perbincangan masih dijalankan. Yang Nik Amar melalak nak duit sangat terdesak tu, kenapa ??! KEBODOHAN apakah yg Nik Amar nk tonjolkan. Nak melampaui kuasa & keputusan mahkamah ka !!

RASUAH BERJEMAAH....

Imej
WOWW !!.. anak² Pak Mansor didakwa rasuah sampai RM226.6 juta ??! Yang Najib bayar kad kredit guna duit pesara pencen KWAP lebih setengah juta ringgit sebab shopping kat butik Chanel di Hawaii dulu tu masih tak cukup-cukup ka ? Ini baru kes rasuah dah RM226.6 juta, tak termasuk lagi kes ubah wang haram RM7.1 juta..

PENEROKA PERLU BERSABAR....

Imej
"Saya dapat merasai kedudukan masyarakat di Felda. Saya percaya dan yakin jika semua pihak ada pemikiran yang positif, hati yang sabar dan beri kepercayaan kepada kerajaan baharu untuk membetulkan kekurangan yang ada dengan secepat dan sebaik mungkin." "Harga kelapa sawit ini tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata tetapi tertakluk kepada ekonomi global. Tapi ia tak bermakna kita harus berpeluk dada kerana kita harus mencari jalan dan inisiatif baharu," titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hutang, liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat 2018

Imej
KUALA LUMPUR – Hutang dan liabiliti negara berjumlah RM1.1 trilion setakat akhir tahun 2018 atau kira-kira 75.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara. Ini berikutan peningkatan hutang langsung Kerajaan Persekutuan sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741.0 bilion daripada RM686.8 bilion pada tahun sebelumnya. Kementerian Kewangan berkata, peningkatan hutang langsung ini adalah untuk membiayai defisit fiskal, terutamanya bagi menampung komitmen pajakan Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan perbelanjaan off-budget yang sebelum ini tidak dimasukkan ke dalam penyata kewangan kerajaan secara telus. Jumlah jaminan yang ditanggung dan dibayar oleh Kerajaan juga meningkat, khususnya bagi membiayai projek pen

RCI salah laku hakim: Peguam persoal tindakan peguam negara selepas 3 bulan

Imej
PETALING JAYA: Peguam terkenal, Mohamed Hanif Khatri mempersoalkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang dilihat belum mengambil apa-apa tindakan selepas kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhan Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Beliau berkata, peguam negara seolah-olah tidak mengambil langkah ke arah menubuhkan RCI selepas Tommy berkata, beliau “tidak terlibat” dan pertanyaan mengenainya hendaklah ditujukan kepada menteri terbabit. Mohamed Haniff ketika dihubungi FMT berkata, mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 911) terma rujukan perlu ditetapkan berikutan afidavit seorang hakim yang mendedahkan dakwaan salah laku beberapa hakim yang tidak dinamakan. Tambahnya terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab segera oleh peguam negara berhubung penubuhan suruhanjaya siasatan itu. “Pertama, siapa yang akan sediakan semua terma rujukan itu dan sama ada ia telah disediakan atau belum? “Jik

'Rakyat bukan suka-suka mahukan duit percuma'

Imej
    Rakyat berpendapatan rendah tidak mengharapkan “duit percuma” daripada kerajaan sekiranya keadaan ekonomi mereka tidak begitu mendesak, kata penganalisis ekonomi Prof Bajoyai Bardai. Barjoyai berkata, andaian bahawa golongan berkenaan sentiasa mengharapkan duit percuma daripada kerajaan adalah tidak adil kerana mereka juga mempunyai maruah diri. "Pada satu tahap apabila mereka merasa sangat resah dan hampir berputus asa, bagi apa sahaja mereka akan ambil. “Ini macam orang yang lemas dalam sungai tak tahu berenang. Jadi apa saja yang tercapai di sungai itu dia akan capai supaya dia selamat dan tidak lemas. “Kalau sekiranya mereka masih boleh cari pendapatan lain, mereka akan mengelakkan untuk dapat duit percuma sebab mereka pun ada rasa harga diri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak begitu disukai sesetengah rakyat

TUN M PERLU BERHENTI MENGULANG2 JANJI NAK SERAH KUASA, YANG PENTING TETAPKAN TARIKHNYA SEGERA

Imej
Untuk kesekian kalinya, rasanya sudah lebih 15 kali, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Bercakap di Tokyo sempena lawatan rasmi ke negara tersebut, Tun Mahathir berkata, beliau tetap akan mematuhi janji yang telah dipersetujui itu, walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan. “Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya. “Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi. “Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi Perdana Menteri, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” tambahnya. Tegas Tun Mahathir lagi, mungkin ada bantahan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi menambah bahawa ia “adalah masalah mereka, bukan masalah kepada dirinya.” Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, ini adalah penegasan yang sudah melebihi 15

Agong nasihat peneroka sabar hadapi kejatuhan harga komoditi

Imej
    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah menasihatkan peneroka Felda untuk bersabar dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga komoditi itu. Baginda bertitah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mencari alternatif bagi meningkatkan sumber hasil peneroka, yang terkesan ekoran harga komoditi itu adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dunia. "Saya dapat merasai kedudukan masyarakat di Felda. Saya percaya dan yakin jika semua pihak ada pemikiran yang positif, hati yang sabar dan beri kepercayaan kepada kerajaan baru untuk membetulkan kekurangan yang ada dengan secepat dan sebaik mungkin. "Harga kelapa sawit ini tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata tetapi tertakluk kepada ekonomi global. Tapi ia tak bermakna kita harus berpeluk dada kerana kita harus mencari jalan dan inisiatif baru. "Semua pihak harus berusaha supaya dapat mengembalikan semula iden

Saifuddin: Harga barang terkawal, tiada aduan kenaikan

Imej
KULIM, 31 Mei — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati tiada kenaikan harga terhadap 27 barangan kawalan dalam tempoh 10 hari selepas pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada 21 Mei lepas. Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 18,000 premis perniagaan telah diperik

Ajaran baru geng lebai PAS..

Imej
'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'.. itu BUKAN FITNAH !! Asalkan bukan tulisan asal, sendiri..

HAKIKATNYA.. INILAH SIFAT TABI'I LEBAI PAS fitnah jadi halal dalam PAS..

Imej
Bukankah lebaiPAS Razman ini pernah kalah saman fitnah RM200 ribu. Kini tabur lagi fitnah di bulan puasa ??!.. Tak serik2kah lebai2 PAS memfitnah ??!

Penghantaran pulang sisa, prasyarat sambung lesen Lynas - Fuziah

Imej
    Penghantaran pulang sisa radioaktif yang dihasilkan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di Kuantan, adalah prasyarat bagi menyambung lesen operasi kilang tersebut di negara ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkara itu adalah ketetapan yang dibuat oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin yang meletakkan syarat penghantaran pulang residu itu ke negara asal Lynas, Australia. "Saya juga difahamkan Yeo akan ke Australia pada pertengahan Jun ini untuk berunding berkenaan mengembalikan sisa buangan radioaktif dari kilang Lynas ini. "Rakyat Malaysia harus memberi ruang kepada beliau untuk mencari jalan merealisasikan syarat itu dan terus memberi tekanan kepada Lynas untuk bertanggungjawab terhadap sisa mereka tanpa sebarang kompromi," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan be

Skandal 1MDB: SPRM tak siasat Apandi...

Imej
    Sumber mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berhubung skandal 1MDB. "Tiada (siasatan) kes 1MDB dibuka terhadapnya (Apandi)," kata seorang pegawai tinggi SPRM yang enggan mendedahkan namanya, kepada Malaysiakini . Ia susulan gesaan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang bahawa Apandi perlu disiasat kerana membantu bekas perdana menteri Najib Razak menutup skandal itu. Semalam, Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah menarik balik larangan ke luar negara terhadap Apandi. Hari ini Lim berkata Apandi menggantikan Abdul Gani Patail pada Julai 2015. Abdul Gani digantikan atas sebab kesihatan walau timbul spekulasi beliau ketika itu sedang berusaha untuk mengenakan pertuduhan terhadap Najib. Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad memberita pemberita yang kerajaan baru menimbang untuk melancarkan siasatan terhadap Apandi d

'Siasat peranan Apandi sebagai tukang pukul Najib'

Imej
    Sehari selepas pendedahan Kementerian Dalam Negeri telah menarik balik perintah larangan perjalanan yang dikenakan terhadap Mohamed Apandi Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memperincikan peranan bekas peguam negara itu dalam skandal 1MDB. Ketika ditanya sekiranya beliau mahu pihak berkuasa menyiasat Apandi, MP Iskandar Puteri menjawabnya dengan tegas: "Ya." "Beliau sepatutnya disiasat. Episod itu tidak dapat dilupakan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Pada bulan Julai 2015, perdana menteri ketika itu Najib Razak telah melantik Apandi sebagai peguam negara menggantikan Abdul Gani Patail. Sewaktu itu, Abdul Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit di dalam akaun bank bekas perdana itu. Walaupun dikatakan Abdul Gani telah digantikan atas sebab-sebab kesihatan, Lim, dalam satu kenyataan akhbar sebelum ini, mendakwa desas-desus mengatakan peguam negara itu sedang berusaha mengenakan pert

Mohd Amar minta lagi Kerajaan Persekutuan segera bayar royalti minyak....

Imej
KOTA BHARU : Kerajaan Persekutuan diharap dapat menyegerakan bayaran royalti petroleum kepada Kelantan selepas isu saman terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran royalti minyak sudah diselesaikan 17 Mei lepas. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata dari segi asasnya semua urusan berkaitan saman itu telah selesai. "Cuma isu sekarang adalah Kerajaan Persekutuan melalui wakilnya mahu satu tarikh ditetapkan bagi pendengaran semula kes dan mahkamah telah menetapkan tarikh itu pada September hadapan. "Jadi kita kena tunggu lagi sehingga tarikh itu. Kalau tengok kepada keadaan ini, Kelantan nampaknya tiada harapan untuk mendapat bayaran royalti minyak tahun ini... kita harap Kerajaan Persekutuan meneliti perkara ini kerana kita patuhi semua proses yang diperlukan bagi tujuan itu," katanya. Beliau berkata demiki

Semua jabatan dan agensi kerajaan dilarang guna beg plastik

Imej
BANGI – Putrajaya akan mengemukakan arahan bagi semua kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya untuk tidak lagi menggunakan beg plastik. Arahan itu dikeluarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada semua kakitangan awam dalam mana-mana majlis berkaitan kerajaan. “Kerajaan akan isu surat pekeliling am bilangan dua 2019 yang bertajuk ‘larangan penggunaan beg plastik sekali guna kepada semua jabatan kerajaan dan agensi kerajaan’ dalam majlis-majlis rasmi,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahya. Menurut Dr Mohd Azhar, ia bagi merealisasikan pelan hala tuju sifar plastik pakai buang yang dirancangkan pada 2018 se

Jho Low ‘hiprokit’ cabul hak asasi semasa pentadbiran Najib - HRW

Imej
    Badan hak asasi manusia The Human Rights Watch "sangat kecewa" dengan ahli perniagaan, Jho Low yang mengheret organisasi tersebut untuk menjustifikasi hujahan beliau terhadap Perdana Menteri Dr Mahahir Mohamad. Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson berkata bahawa Low yang kini menjadi buruan pihak berkuasa merupakan seorang hipokrit kerana beliau sendiri mendapat manfaat hasil mencabuli hak asasi manusia semasa pentadbiran Najib Razak. "Tidak siapa yang sepatutnya lupa bahawa Low 'sangat mesra' dengan bekas perdana menteri Najib dan menyalahgunakan hak kerajaan menuduh sesiapa di bawah hasutan kerana berani menyatakan apa yang diketahui sebagai benar - bahawa 1MDB adalah "medan" rompakan oleh Najib dan kroninya. "Kebenarannya, Low gembira melanggar hak asasi ketika ia memihak kepentingan peribadinya, jadi dia seorang hipokrit dengan mengunakan hujahan sekarang," kata Robertson kepada Malaysiakini meneru

China akui perjanjian dengan kerajaan BN berat sebelah

Imej
    China mengakui ia tidak akan menerima perjanjian yang dimeterai oleh republik itu menandatangani dengan pentadbiran BN sebelum ini, kata bekas pengerus Majlis Penasihat Negara, Daim Zainuddin. "Perkara pertama ialah kita kawan. Kita bincang sebagai kawan. Kalau kamu nak bincang dengan saya, apa kamu fikir. Kita kena jujur, kita kawan-kawan. “Kita kata (tanya) adakah kamu akan tandat tangan? Kerajaan telah tanda tandan, saya tak salahkan kamu (kerajaan China), saya salahkan kerajaan saya sebelum ini. “Tapi jika kamu dalam kedudukan saya, kamu sekarang adalah kerajaan baru. Adakah kamu akan menerima atau tidak? Mereka kata tidak. Kalau tidak, kita duduk la, kita bincang. Biar adil dan saksama. Kita kawan-kawan,” katanya kepada Astro Awani . Daim, yang mengetuai proses rundingan semula beberapa kontrak negara ini dengan China, berkata rakyat mesti memahami bahawa segala perjanjian antara kerajaan adalah mengikat. Justeru, beliau berkata kerajaan

Bantu bina semula negara ikut kemampuan, Wan Azizah beritahu rakyat Malaysia di Arab Saudi

Imej
JEDDAH: Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta bersama-sama membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan negara bertukar tangan. Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan. “Membina semula negara selepas apa yang berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil. “Kita perlu membetulkan keadaan dalam masa yang sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di sini, pada Khamis. Wan Azizah berkata, setiap rakyat boleh menjadi “duta” negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi. Turut hadir Aahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah. Wan Azizah mengetuai dele

Mujahid: Lawan saya dalam soal dasar

Imej
    Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf. Katanya pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan ini untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang boleh membawa kerajaan membentuk dasar yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakyat. “Kebebasan mestilah kebebasan dengan tanggungjawab. Lawan saya dalam soal dasar … bukannya mengenai kaum atau agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Jalanan Pakatan Harapan yang diadakan di Jalan Buckingham di George Town malam tadi. Mujahid yang juga naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kebebasan media merupakan salah satu dasar yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan sewaktu mengambil alih pemerintahan negara tahun lepas. “Kita tidak pernah menyekat media kerana kebebasan me

ISU AGAMA, PERKAUMAN PUNCA MELAYU BENCI PH

Imej
KUANTAN – Isu sensitif berkaitan agama dan perkauman yang sering *dibawa Umno dan Pas* mungkin menjadi faktor hampir 60 peratus orang Melayu tidak mempercayai Kerajaan PH menerusi kajian dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, *Fuziah Salleh berkata ini merupakan fitnah yang diwujudkan oleh parti tersebut bagi mewujudkan perasaan fobia terhadap DAP kepada masyarakat.* *Menurutnya, pihaknya melihat tindakan yang dilakukan oleh Umno dan Pas ini hanya bermatlamat untuk kepentingan politik dan bukan dilakukan demi mencapai keharmonian negara.* “Ramai percaya PH itu adalah DAP, di Cameron Highlands Umno dan Pas memfitnah mengatakan DAP hendak menghapuskan Institusi Raja-Raja dan Islam sebagai agama Persekutuan. *”Ia adalah fitnah kerana DAP adalah sebahagian PH yang menjunjung Institusi Raja-Raja dan tidak pernah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.* Beliau berkata demikian pada media ketika

IGP: Bela kebajikan anak buah bila IPCMC lulus

Imej
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata beliau akan memastikan hak-hak kebajikan warga polis diberi perhatian apabila Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dimuktamadkan, Beliau berkata kebajikan anggota polis yang rata-rata berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian setimpal dengan pengorbanan pasukan keselamatan itu. “Kami warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) menunggu bentuk IPCMC ini dimuktamadkan dan selepas itu tanggungjawab saya adalah menyakinkan anak-anak buah saya dan apabila IPCMC diluluskan, saya akan pastikan PDRM akan mendapat hak-hak kebajikan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat tapak Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid. “Sejak sebulan dan seminggu yang lepas, saya meninjau sendiri keadaan kuarters-kuarters balai polis antaranya di TTDI dan ada antaranya

Mujahid: Jangan salah guna kebebasan media untuk sensasi isu agama, kaum

Imej
GEORGE TOWN,: Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan (PH) untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusuf Rawa. Katanya, pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan untuk mewujudkan persaingan sihat yang boleh membawa kerajaan membentuk dasar yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakyat. “Kebebasan mestilah kebebasan dengan tanggungjawab. Lawan saya dalam soal dasar … bukannya mengenai kaum atau agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Jalanan PH yang diadakan di Jalan Buckingham di sini malam tadi. Mujahid yang juga naib presiden Amanah berkata, kebebasan media merupakan salah satu dasar yang diperjuangkan oleh PH sewaktu mengambil alih pemerintahan negara tahun lepas. “Kita tidak pernah menyekat media kerana kebebasan media merupakan komitmen kita,” kat

Bara ekstrem dalam 'sekam' PAS

Imej
Sekali lagi Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggunakan medium tulisan untuk memanfaatkan kemahiran beliau - memberi penjelasan sekali gus amaran. Melalui kata-kata dan dalil-dalil dalam tulisannya semalam Abdul Hadi menggambarkan bahawa partinya saling tidak tumpah adalah jemaah yang digambarkan Allah SWT dalam firman-Nya tentang orang yang beriman. Abdul Hadi - pada masa sama - memberi peringatan bahawa individu atau kumpulan yang berada di luar lingkungan yang disenanginya ialah golongan batil, munafik, syaitan bisu dan seumpamanya. Beliau berbicara soal walak dan taat, tetapi kesimpulannya ialah mudah: hanya PAS berada di pihak yang benar, manakala selain itu semuanya batil. Beliau langsung tidak membuktikan apakah PAS dan pimpinannya menepati apa yang Allah dan Rasulullah mahukan lewat ayat-ayat yang dibentang. Membaca kupasannya tentang makna dan maksud walak serta taat dengan pelbagai ayat al-Quran dan hadis Nabawi boleh membawa anggota partinya dibuai fantasi b

'Saya tetap akan berundur, beri laluan pada Anwar jadi PM'

Imej
Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak dengan pendiriannya mahu memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Kata Dr Mahathir, beliau tetap akan berundur seperti yang dijanjikan sebelum ini.   Dr Mahathir mengulas mengenai perkara itu jika terdapat undian yang memihak kepadanya untuk kekal menjadi Perdana Menteri.

Jho Low akan ditahan dalam tempoh terdekat - KPN

Imej
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dijangka ditahan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata pihaknya yakin dapat membawa Jho Low pulang ke negara ini untuk dibicarakan ke muka keadilan. “Insya-ALLAH bila saya kata saya yakin kami boleh bawa dia (Jho Low) balik dalam masa terdekat maka dalam masa terdekatlah,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Jho Low selepas program kepolisan berprofil tinggi di tapak Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, di sini, hari ini Rabu lepas, Abdul Hamid berkata, polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan Jho Low yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib mahu rakyat lupa tentang skandal 1MDB untuk penuhi impian jadi kleptokrat semula

Imej
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata Najib Razak melakukan segala usaha untuk kembali menjadi seorang kleptokrat dan membawa Malaysia menjadi negara kleptokrasi global semula. Menurut Kit Siang, mantan perdana menteri itu tidak mahu rakyat terus mengingati apa-apa tentang skandal 1MDB dan berbagai peristiwa yang menyaksikan institusi negara dicabuli supaya mudah bagi Najib untuk kembali berkuasa. “The Week of Long Knives” sebagai contoh adalah operasi yang dirancang Najib untuk menyerang doktrin pemisahan kuasa, tadbir urus dan integriti awam yang baik di samping melakukan serangan sistematik ke atas kebebasan, keadilan dan profesionalisme institusi-institusi utama seperti parlimen, Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara. Tambah Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, peristiwa yang berlaku pada 28 Julai 2015 itu menyaksikan peguam negara, Gani Patail dipecat dan digantikan dengan Mohamad Apandi

Najib tak ada hak buka mulut soal kredibiliti

Imej
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang membidas Najib Razak yang menuduh beliau telah “hilang kredibiliti” kerana menarik diri dari berdebat dengan mantan perdana menteri itu. “Kalau ikut logik Najib, Najib sendiri tak ada hak untuk buka mulut kerana dia sendiri telah ‘hilang segala kredibiliti’ apabila dua kali mengelak untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program ‘Nothing-to-Hide’ bagi merungkai skandal 1MDB, malah menjadi pengecut di persada antarabangsa apabila tidak hadir untuk memberikan ucaptama pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 yang disertai lebih 1,000 peserta dari 130 buah negara pada 2 hingga 4 September 2015, malah cuba lari semasa sedang diwawancara oleh wartawan Al Jazeera, Mary Ann Jolley, pada Oktober tahun lalu,” ujarnya. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri menarik diri daripada berdebat dengan Najib selepas menerima maklum balas d

Isu skandal seks: Psy mengaku berkawan dengan Jho Low

Imej
PERSAHABATAN di antara selebriti K-pop, Psy dan ahli perniagaan Malaysia yang kini menjadi buruan, Jho Low telah menjadi buah mulut orang ramai selepas nama mereka dipetik oleh sebuah syarikat program televisyen, Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) menerusi program "Straight." Sebelum ini, "Straight" pernah melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) YG Entertainment, Yang Hyun Suk dan beberapa orang ternama daripada syarikat produksi itu didakwa membekalkan pelacur bagi dua pelabur Asia Tenggara pada bulan Julai 2014. Bagaimanapun, jurucakap Jho Low menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa ahli perniagaan itu antara salah seorang pelabur yang dipersoalkan. Namun begitu, jurucakap berkenaan mengakui Jho Low dan Psy berkawan. Psy sememangnya pula sudah lama mengenali Yang Hyun Suk dan nama Jho Low dikaitkan dala

Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - PM

Imej
TOKYO : Kerajaan Malaysia tidak akan menerima dakwaan bahawa Rusia merupakan dalang di sebalik tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu ekoran tindakan Jawatankuasa Siasatan Bersama (JIT) MH17 yang mengeluarkan Malaysia dari senarai asal lima negara peserta termasuk Australia, Brazil, Belgium dan Ukraine. Ketika memberi respons pada satu soalan yang ditanya pengamal media antarabangsa, beliau berkata, Malaysia hanya akan menerima beberapa perkara sahaja daripada laporan akhir JIT tersebut. Ia termasuk pengesahan bahawa peluru berpandu yang digunakan dalam kejadian itu adalah buatan Rusia, katanya. “Kami hanya akan terima penemuan sia