Dr Maszlee pikul harapan besar ibu bapa


Maszlee pikul harapan besar ibu bapa
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu menggunakan pendekatan kebahagian, kasih sayang dan hormat menghormati dalam setiap dasar baru yang dilaksanakannya. 
TIDAK sedikit harapan yang diletakkan ibu bapa di bahu Dr Maszlee Malik.
Beliau tidak boleh membuka aplikasi WhatsApp ekoran mesej bertalu-talu yang diterimanya menyebabkan sistem telefon pintarnya ranap.
“Saya buka borang Google di laman Facebook saya untuk menerima sebarang idea dan dalam tempoh tiga hari saya terima 11,000 cadangan,” kata bekas sains politik dan pengajian Islam itu.
Itu adalah usul, cadangan, dan idea yang diterima pemimpin berusia 44 tahun itu sejak beliau dinamakan sebagai menteri pendidikan, hampir dua minggu lalu.
Sebagai seorang ayah kepada empat orang anak, seorang profesional dalam sektor pendidikan, beliau memahami harapan tinggi orang ramai kepadanya.
Lagi pula, selain Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan, pendidikan adalah sektor penting yang menarik perhatian orang ramai.
Malah, surat khabar secara mingguan memberikan ruang khas hanya untuk sektor pendidikan.
Dan sejak dua dekad yang lalu, sekolah dan universiti terperangkap dalam dasar yang dipertikaikan ramai pihak seperti Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, dan kejatuhan gred pelajar.
Saiz kelas juga membesar kepada purata seramai 40 murid, sementara guru-guru pula dibebankan dengan kerja-kerja pentadbiran dan bukan akademik dan peruntukan untuk menyelengara sekolah telah dipotong.
“Rakyat sudah putus asa dengan sekolah kebangsaan. Jadi setelah kami dipilih harapan orang ramai menggunung tinggi supaya situasi itu boleh berubah menjadi lebih baik,” kata Maszlee kepada The Malaysian Insight.
Menjadi ahli akademik sejak 2000 dan NGO sukarelawan pendidikan memberikan beliau gambaran terhadap masalah dalam sistem pendidikan dan apa yang perlu diubah.
Sebelum pelantikan beliau lagi, Maszlee menjadi penasihat untuk NGO seperti  Teach for the Needs (TFTN) and Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS). Beliau juga merupakan ahli lembaga pentadbir Pusat Autisme IDEAS.
Menurut IDEAS, badan pemikir yang menulis secara meluas mengenai pendidikan dan menasihati kerajaan terdahulu, Maszlee telah lama berkempen untuk mengurang saiz kelas di sekolah dan memperkenalkan pembantu bagi meringankan bebaban tugas guru.
Daripada menumpukan usaha dalam memperkenalkan dasar atau sistem baru, beliau mahu mengubah budaya dalam sektor berkenaan supaya dasar efektif seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia boleh dilaksanakan sepenuhnya.
Dan sebarang dasar baru yang beliau perkenalkan adalah untuk mewujudkan kebahagian, kasih sayang dan hormat menghormati yang merupakan nilai teras budaya berkenaan.
“Saya percaya nilai-nilai ini akan menyatukan masyarakat dan melahirkan rasa kemanusian dalam setiap individu.”
Ini adalah nilai yang dipegangnya dan membuatkan beliau dikenali dalam kalangan ahli akademik, pendidik dan Pakatan Harapan.
Ia adalah nilai yang dipertaruhkan beliau bagi memenuhi hasrat ibu bapa, guru-guru dan pelajar bahawa sekolah dan univeristi Malaysia boleh mengalami pembaharuan seperti yang diharapkan.
“Ia menjadi tanggungjawab saya untuk menerapkan nilai-nilai ini kepada setiap murid, guru dan sekolah semasa tempoh pentadbiran saya.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu