Langkau ke kandungan utama

ADS

Kerajaan PH jamin hutang negara dapat dibendung


Kerajaan jamin hutang negara dapat dibendung
PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada inisiatif janji 100 hari bagi memastikan hutang negara RM1 trilion dapat dibendung, jikapun tidak dikurangkan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata, janji-janji itu termasuklah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta di bawah 1,300 cc dan motorsikal di bawah 125cc, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga pendapatan RM4,000 sebulan.
Ini termasuk “Skim Peduli Sihat” yang hanya akan dilaksanakan apabila keadaan kewangan bertambah baik, katanya.
“Walaupun kami ingin melaksanakan semua janji 100 hari, namun Kerajaan Persekutuan ini mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu dengan menyebabkan masalah kerajaan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.
“Kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan,” katanya, hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu