Pasca PRU14: Ketua Wanita Umno Sabah masuk Warisan


Ketua Wanita Umno Sabah masuk Warisan
Armani Mahiruddin (tengah) meletakkan jawatan dalam Umno dan membawa bersamanya 200 orang masuk Warisan. 
SEORANG exco Wanita Umno Armani Mahiruddin umum keluar parti dan masuk Warisan hari ini.
Armani yang juga ketua Wanita Umno Sabah berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Libaran dan menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal, yang juga presiden Warisan.
Beliau juga meletak jawatan sebagai ketua Wanita Umno Bahagian Libaran dan ketua Wanita Umno Cawangan Merpati Permai.
Hampir 200 ahli parti juga mengikut jejaknya.
“Kami buat keputusan ini kerana Umno sudah tidak ada hala tuju jelas. Kami akan sertai Warisan sebagai ahli biasa,” kata Armani yang juga adik kepada Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau juga percaya lebih ramai ahli Umno akan keluar parti itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu