Penyiasat Malaysia, Singapura bertemu bincang kes 1MDB

PEGAWAI Malaysia yang menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan dana syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertemu pegawai Singapura di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bloomberg.
Memetik sumber yang dekat dengan siasatan itu, laporan itu berkata kedua-dua pihak mengadakan pertemuan secara tertutup di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.
Singapura merampas aset bernilai ratusan dolar dan memenjarakan pegawai bank berhubung pemindahan berkaitan skandal dana 1MDB.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk mendedahkan dakwaan pengubahan wang haram 1MDB, sebuah firma yang ditubuhkan bekas perdana menteri Najib Razak pada 2009.
Sewaktu pentadbiran Najib, penyiasat di AS dan Eropah mendakwa pihak berkuasa Malaysia kurang memberikan kerjasama dalam siasatan.
Pasukan khas 1MDB yang baharu ditubuhkan bertemu pegawai dari Biro Penyiasatan Persekutuan dan Jabatan Keadilan AS minggu lepas untuk membincangkan mengenai hala tuju dan tumpuan siasatan, sementara pendakwa raya Switzerland berkata yang mereka mahu berbincang dengan rakan sejawat di Malaysia secepat mungkin, kata laporan itu.
Dalam beberapa tahun ini, Singapura mengarahkan dua bank persendirian Switzerland untuk menutup operasinya, mendenda bank besar lain, merampas aset dan mengharamkan sekurang-kurangnya lapan orang daripada menyertai industri kewangan ekoran tindakan mereka berhubung pemindahan berkaitan 1MDB.
Pendakwa raya di Singapura menyifatkan 1MDB sebagai kes terbesar pengubahan wang haram paling kompleks.
Najib dituduh pengkritik terlibat, bersama beberapa individu lain, menyeleweng dana 1MDB, tuduhan yang berkali-kali dinafikan beliau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu