Pindah milik tanah DBKL dibekukan

Pindah milik tanah DBKL dibekukan
Semalam, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa campur tangan KSN dalam isu membabitkan penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur yang didapati mempunyai unsur meragukan memandangkan hanya KSN mempunyai kuasa dalam mengeluarkan arahan kepada Pejabat Tanah untuk tidak meluluskan sebarang perjanjian jual beli tanah. 
PEJABAT Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) telah diarahkan untuk membekukan semua urusan pindah milik yang melibatkan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 10 Mei lepas, kata Pengarahnya Sharez Izuan Md Zaidi.
Beliau berkata ia berikutan perbincangan yang diadakan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) Dr Ali Hamsa selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung isu penjualan tanah milik DBKL.
Semalam, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa campur tangan KSN dalam isu membabitkan penjualan 64 lot tanah di Kuala Lumpur yang didapati mempunyai unsur meragukan memandangkan hanya KSN mempunyai kuasa dalam mengeluarkan arahan kepada Pejabat Tanah untuk tidak meluluskan sebarang perjanjian jual beli tanah.
Kok juga dilaporkan telah mengadakan satu mesyuarat bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan 10 ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penjualan 64 tanah lot yang dibuat DBKL di antara 2014 hingga 2018.
Laporan berkenaan tanah keluasan 171.7 hektar itu sudah diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan pada 15 Mei lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu