SST, penstabilan harga petrol jimatkan RM20 bilion setahun

PENGENALAN semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September dan penstabilan harga petrol dijangka akan menjimatkan kira-kira RM20 bilion untuk sepanjang tahun, kata menteri kewangan.
Lim Guan Eng berkata STT akan "kembalikan" kira-kira RM17 bilion manakala penstabilan harga RON95 pada harga RM2.20 seliter dan diesel RM2.18 seliter akan memberi penjimatan kepada Malaysia sebanyak RM3 bilion.
"Langkah ini akan menyediakan peningkatan signifikan perbelanjaan pengguna di Malaysia untuk meningkatkan optimisme pengguna dan keuntungan perniagaan," kata Lim pada sidang media yang diadakan di Kementerian Kewangan hari ini.
Langkah ketiga untuk meningkatkan perbelanjaan domestik adalah RM700 juta bantuan khas Hari Raya kepada penjawat awam dan pesara.
Beliau berkata kerajaan juga akan memberi keutamaan semula perbelanjaan kerajaan dan rundingan projek yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion.
"Ini termasuk projek yang dianugerahkan menerusi rundingan terus atau amalan tender terhad, yang ada sesetengahnya boleh dibatalkan. Sebagai contoh, kontrak RM350 juta diberikan untuk ubah suai dan pemuliharaan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur," kata Lim.
Perkara lain termasuklah perbelanjaan operasi yang tidak penting untuk khidmat rundingan, pengubahsuaian, aktiviti promosi dan acara dan penambahbaikan sistem ICT terpilih.
Projek mega yang akan dibatalkan termasuk MyHSR dan MRT3 dan projek khas di bawah Unit Penyelarasn dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Langkah untuk menjimatkan kos dan rasionalisasi SST dan harga petrol dijangka akan membantu kerajaan memenuhi anggaran defisit yang dijangka sebanyak 2.8% untuk 2018, kata Lim.
"Defisit fiskal akan meningkat daripada RM39.8 bilion kepada RM40.1 bilion yang mana ia akan mengekalkan defisit persekutuan pada 2.8%, kata Lim.
Pada akhir pendapatan, kerajaan berharap dapat mengumpul tambahan RM5.4 bilion daripada kenaikan harga minyak. Dalam Bajet 2018, harga minyak dijangka sekitar AS$52 berbanding AS$70 setong sekarang.
Malaysia memperoleh RM300 juta untuk setiap kenaikan AS$1 harga minyak setong.
"Pendapatan tambahan ini akan datang daripada cukai pendapatan korporat dan cukai pendapatan petroleum daripada syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia," kata Lim.
Kerajaan juga dijangka akan mengutip tambahan RM5 bilion dalam bentuk dividn yang tinggi daripada GLC seperti Khazanah, Bank Negara Malaysia dan Petronas.
Lim berkata, kerajaan juga berharap untuk mengutip sekitar RM4 bilion daripada SST.
Sementara itu, menurut Lim kerajaan Pakatan Harapan komited melaksanakan janji 100 hari tetapi ia akan dibuat tanpa menambah beban hutang sedia ada negara termasuk hutang tersembunyi, yang mencecah RM1 trilion.
Katanya, tumpuan Kementerian Kewangan sekarang ialah untuk memastikan kedudukan kewangan negara "kekal teguh" dengan mengurangkan hutang negara yang sebahagiannya disebabkan oleh skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu