Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM7 juta dalam tempoh 24 jam


Tabung Harapan Malaysia kumpul lebih RM7 juta
Tabung Harapan Malaysia yang dibuka oleh kerajaan semalam sudah mengumpulkan lebih RM7 juta dalam masa 24 jam, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. 
LEBIH RM7 juta sudah dikumpulkan dalam Tabung Harapan Malaysia dalam masa 24 jam sejak ia dibuka oleh kerajaan semalam, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Setakat pukul 3 Khamis, jumlah terkumpul ialah RM7,075,508.79, kata Lim.
Beliau juga memaklumkan sumbangan kepada tabung berkenaan dikecualikan cukai.
"Jadi simpanlah resit," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.
Lim juga memberitahu, jumlah dana yang dikumpulkan melalui tabung itu akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan setiap hari pada pukul 3 petang.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan sebuah tabung khas yang dibuka membantu menyelaraskan hasrat rakyat menyumbang kepada kerajaan untuk mengurangkan beban hutang negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu