‘Tak pelik ada yang cuba tolong Kerajaan bayar hutang’ - Maza
Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan
tindakan rakyat yang mahu menyumbang dana kepada Tabung Harapan
Malaysia (THM).
Menurutnya, ini kerana kutipan dana itu tidak berbentuk paksaan, dan
memberi ruang secara sukarela kepada rakyat untuk berbakti kepada negara
dalam membantu meningkatkan ekonomi.
“Tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak Kerajaan bayar hutang.
“Ia satu usaha yang bersifat sukarela. Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan,” katanya menerusi catatan terbaharu di Facebooknya.
Katanya, namun yang pelik lagi melampau pihak yang membuat hutang yang ditanggung sekalian rakyat secara paksa tanpa rela.
“Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan.
“Apa yang ganjil lagi ajaib apabila ada kelompok yang pernah menyatakan mereka berpuas hati dengan isu penyalahgunaan harta awam tersebut,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan