BN gagal perjuangkan hak Sarawak, kata ketua menteri

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata kerajaan negeri terpaksa menurut keputusan whip Parlimen BN walaupun ia bertentangan dengan kepentingan Sarawak.
BARISAN Nasional (BN) Sarawak bertindak keluar daripada gabungan itu kerana ia gagal memperjuangkan hak negeri, kata Abang Johari Openg.
Ketua menteri itu berkata kerajaan negeri terpaksa menurut keputusan whip Parlimen BN walaupun ia bertentangan dengan kepentingan Sarawak.
“Saya dan rakan saya buat keputusan untuk meninggalkan BN kerana dalam BN, kami terikat dengan whip Parlimen.
“Kami tidak boleh kata ‘tidak’ kerana terpaksa patuh kepada keputusan whip Parlimen.
“Sama ada kami suka atau tak suka, kami perlu ikut,” katanya.
Antara keputusan yang menjadi pertikaian adalah pelaksanaan Akta Cukai Pelancongan.
Isu itu menyebabkan pertelingkahan antara bekas menteri pelancongan Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Hamzah berhubung perkongsian hasil cukai yang dikutip.
Sarawak sebelum ini turut menggesa agar Putrajaya membawa beberapa undang-undang kontroversi ke Parlimen untuk dikaji semula kerana dianggap melanggar Perjanjian Malaysia 1963.
Undang-undang itu termasuk Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Laut Wilayah 2012.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu