Dr M: Bukan cara PH sogok rakyat demi raih sokongan

Perdana menteri, tindakan Barisan Nasional membelanjakan wang untuk menawan hati pengundi bagaimanapun gagal dan rakyat tetap memilih PH.

Dr Mahathir berkata, kemenangannya sebagai ahli Parlimen Langkawi dan 2 lagi calon PH sebagai adun Ayer Hangat serta Kuah, ialah bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruhi taktik sogokan BN. 
LANGKAWI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menawarkan perkhidmatan yang boleh memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, ini berbeza sekali dengan pendekatan kerajaan lepas yang lebih cenderung memberikan sogokan kewangan bagi mendapatkan sokongan rakyat.
“Bukan cara kita untuk menghulurkan sogokan kepada rakyat dengan harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Parlimen Langkawi di Dewan Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi, hari ini.
Katanya, kemenangannya sebagai ahli Parlimen Langkawi dan 2 lagi calon PH, iaitu Juhari Bulat sebagai adun Ayer Hangat dan Mohd Firdaus Ahmad sebagai adun Kuah, ialah bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruhi taktik sogokan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya dengar dalam pilihan raya lepas Barisan Nasional membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menawan hati pengundi, tetapi percubaan ini gagal dan rakyat tetap memilih Pakatan Harapan.”
Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di majlis itu berkata kemenangan PH di Langkawi dalam PRU14 akan menjadi asas kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat di pulau yang sekian lama bergantung kepada industri pelancongan sebagai sumber pendapatan utama.
Katanya, industri ini membolehkan kira-kira 3.5 juta pelancong datang ke Langkawi setiap tahun dan banyak memanfaatkan rakyat tempatan.
“Kita perlu menambah lebih banyak hotel dan restoran bagi menampung permintaan pelancong yang semakin ramai dan orang tempatan dapat terlibat dalam usaha ini.”
Mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu, Dr Mahathir berkata, ia sebagai tanda penghargaan beliau dan PH kepada rakyat yang membolehkan kemenangan mereka pada 9 Mei lalu.
“Kita akan sentiasa cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dengan cara membuka lebih banyak peluang lagi kepada mereka.”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu