APA TUNGGU LAGI, TANGKAPAN SUDAH BOLEH DIBUAT SEKARANG?

SURAT MEIO BERTARIKH 04.05.2018 KEPADA CIA - JENAYAH KHIANAT TERHADAP NEGARA ??!!

"MEIOGATE AFFAIR" MIRIP KEPADA "WATERGATE AFFAIR" ??!!


1. Sejak seminggu dua yang lalu, telah tertular berita gempar tentang kewujudan sepucuk surat bertarikh 04.05.2018 yang ditandatangani Ketua Pengarah MEIO kepada CIA, Amerika Syarikat, kandungan yang mana pada permukaan surat itu telah secara langsung mahupun tidak langsung meminta campur tangan kuasa asing dalam penentuan PRU-14 yang diadakan pada 09.05.2018, dan pentadbiran negara pasca PRU-14.

2. Pendedahan surat 04.05.2018 itu, telah menarik kerisauan pelbagai pihak yang khuatir dengan penyalahgunaan agensi awam, walaupun di belakang tabir Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, bagi tujuan kepentingan Kerajaan NAJIB RAZAK pada ketika itu, dengan cara yang bertentangan dengan kepentingan negara, dan telah disusuli dengan beberapa Laporan Polis dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan  Patriot Kebangsaan (Patriot) pada 24.07.2018, berhubung perkara ini.
(Sila lihat link : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361182/surat-kepada-cia-satu-pengkhianatan)

3. Anehnya, sementara siasatan POLIS masih belum dimuktamadkan, HASANAH ABDUL HAMID, Bekas Ketua Pengarah MEIO telah pada hari Selasa, 31.07.2018 tampil untuk membuat Laporan Polis bagi tujuan antara lain, mengadu untuk siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung isu "pendedahan" surat 04.05.2018 itu, serta disusuli pula dengan Kenyataan Akhbar melalui Peguamnya bahawa kononnya NAJIB RAZAK tiada kaitan dengan pengeluaran surat itu !!
(Sila lihat link : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/27/surat-kepada-cia-bekas-pengarah-meio-buat-laporan-polis/ & https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/456188/surat-kepada-cia-perkara-rutin)

4. Saya telahpun memberi pandangan saya kepada pihak media berhubung isu perundangan yang berkaitan dengan kontroversi pendedahan surat 04.05.2018 itu, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI 31.07.2018 bertajuk "Bekas ketua perisik MEIO boleh didakwa kerana khianat", yang dimuat naik di Ruang Bawah, untuk kemudahan rujukan para pembaca di sini.

5. Bebas daripada pendapat saya di sana, bagi saya kontroversi pendedahan surat 04.05.2018 itu, yang saya gelarkan sebagai "MEIOgate Affair" juga, adalah hampir mirip dengan skandal "Watergate Affair" pada era Presiden RICHARD NIXON di Amerika Syarikat di lingkungan tahun 1972-1974, bila mana satu aktiviti perisikan pasukan kempen pelantikan Presiden yang didalangi "rompakan" perolehan dokumen rahsia dari pihak berlawanan, telah pada awalnya dinafikan penglibatan peribadi Presiden RICHARD NIXON oleh pihak WHITE HOUSE. Namun melalui pendedahan lanjut selepas kemenangan pemilihan semula Presiden RICHARD NIXON akan penglibatan terus Presiden RICHARD NIXON dalam sogokan wang kepada beberapa individu yang terlibat dalam "rompakan" berbentuk 'espionage' itu, serta penampilan keterangan konspirasi Presiden RICHARD NIXON dalam salah guna kuasa untuk hentikan siasatan pihak FBI dalam skandal itu, maka pada akhirnya, ianya telah membawa kepada peletakan jawatan Presiden RICHARD NIXON !!
(Sila lihat link : https://www.history.com/topics/watergate)

6. Ianya adalah satu kesyukuran dan kejayaan negara MALAYSIA dan rakyatnya, bahawa Kerajaan NAJIB RAZAK telah tumbang pada PRU-14 yang diadakan pada 09.05.2018, iaitu LIMA (5) hari selepas tarikh pengeluaran surat kontroversi 04.05.2018 oleh MEIO kepada CIA itu,kerana sekiranya keputusan PRU-14 adalah berlawanan, maka ianya sememangnya terlampau sukar untuk dibayangkan risiko pendedahan keselamatan dan kedaulatan negara tercinta ini dari pengaruh agensi CIA dan campurtangan Amerika Syarikat dalam urusan dalaman MALAYSIA selepas itu !!!

7. SEMESTINYALAH faktor ini sahaja, sudah memadai untuk menzahirkan asas bagi tujuan memulakan siasatan terperinci berkaitan kesalahan jenayah  "PENGKHIANATAN TERHADAP NEGARA", ataupun sekurang-kurangnya "AKTIVITI YANG MENGGUGAT PERJALANAN DEMOKRASI BERPARLIMEN", terhadap kesemua pihak yang terbabit dalam kesalahan jenayah itu, samada secara langsung mahupun tidak langsung perihal pengeluaran surat 04.05.2018 oleh MEIO kepada CIA itu !!!

HANIF KHATRI ABDULLA
Peguam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu