Jangan pangkah dacing atau keluar Pas, pangkah calon PKR, kata Mat Sabu


Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, mana-mana ahli Pas yang tidak rela ‘dipaksa’ memilih calon Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) SUngai Kandis agar tidak keluar parti sebaliknya memilih calon PKR Mohd Zawawi Mohd Munghni.
“Saya dalam Pas selama 38 tahun. Kita boleh terima sesiapapun. Tapi nak suruh pangkah dacing ni payah.
Jangan pangkah dacing atau keluar Pas, pangkah calon PKR, kata Mat Sabu“Saya lihat di seluruh negara ribuan ahli Pas mengatakan kalau suruh pangkah dacing kami nak keluar daripada Pas.
“Kalau yang sebelah sini (Sungai Kandis) tak keluar pun takpa. Tapi tolong undi Ustaz Zawawi.
“Ustaz Zawawi macam kita lah… berlatarbelakang pengajian agama. Saya dengar dia berceramah sikit-sikit sebut iman
Ghazali, Yusuf Ghadawi danhadis Nabi.
“Maka eloklah kita dalam PH perlu ustaz Zawawi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor,” ujarnya dalam ceramahnya di Dun Sungai Kandis malam tadi.
Beliau dipercayai merujuk kepada desakan pimpinan utama Pas yang mahu ahlinya di Sungai Kandis memberi undi kepada calon BN Datuk Lokman Noor Adam.
Katanya lagi, sekiranya penyandang Allahyarham Mat Shuhaimi memperolehi majoriti tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, sudah pasti dikalangan penyokong Pas di Sungai Kandia  berbuat perkara sama kepada calon PRK Mohd Zawawi pada 4 Ogos ini.
“Pada 4 Ogos nanti menangkan ustaz Zawawi. Ahli Pas yang pantang disuruh pangkah dacing masa inilah undi Ustaz Zawawi.
“Kita nak orang Melayu semua sokongan kita. Kita nak PH kuat  kita mahu sokongan Melayu kuat. Jika Melayu tak sokong
bagaimana PH nak kuat?,” ujarnya .
Ahli Parlimen Kota Raja ini juga yakin calon PKR akan menang selesa pada PRK Sungai Kandis kali ini setelah melihat gerak kerja jentera pilihan raya Pemuda PH.
Tambah beliau lagi sekiranya kemenangan memihak kepada calon PKR ia akan memberikan laluan untuk memudahkan pelaksanaan perancangan manifesto diperingkat negeri dan nasional jika mendapat mandat yang besar dalam semua pilihan raya yang diadakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu