MH370: Azharuddin lepas jawatan pengerusi CAAM
Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meletakkan jawatannya sebagai
pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) - dulu
dikenali sebagai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada sidang media di parlimen sebentar tadi.
Kata Loke, tindakan itu dibuat susulan laporan terbaru MH370, namun menteri terbabit menegaskan Azharuddin tidak melakukan sebarang kesalahan dalam isu berkenaan.
"Namun, selepas laporan tersebut keluar, beliau telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan," katanya.
Mengulas peletakan jawatan itu Loke berkata satu jawatankuasa siasatan dalaman akan dibentuk untuk mengenal pasti tindakan yang akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Sementara itu Azharuddin dalam satu kenyataan menjelaskan laporan tersebut tidak menunjukkan kemalangan pesawat itu disebabkan oleh DCA.
Bagaimanapun katanya terdapat beberapa penemuan menunjukkan ia ada kaitan dengan operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur.
Tiada jawapan konklusif
"Pengawal Lalu Lintas Udara (ATC) dinyatakan tidak mematuhi SOP tertentu.
"Oleh itu, dengan rasa kesal dan selepas membuat pertimbangan sewajarnya saya telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi CAAM berkuat kuasa 14 hari dari tarikh notis yang saya serahkan hari ini," katanya.
Semalam laporan agensi berita menyatakan penyiasat yang mencari jawapan kepada misteri kehilangan kapal terbang Boeng 777 mendapati kawalan pesawat udara tersebut dimanipulasi untuk mengubah haluannya.
Bagaimanapun menurut Reuters masih belum dikenal pasti siapa yang bertanggungjawab melakukan hal sedemikian.
Laporan siasatan keselamatan MH370 setebal 495 halaman itu juga tidak membuat sebarang kesimpulan apa yang terjadi di dalam kapal terbang yang hilang bersama 239 orang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2015 lalu.
"Jawapannya hanya konklusif jika serpihan pesawat ditemui," kata ketua pasukan penyiasat Datuk Kok Soo Chon.
Kok dipetik Reuters berkata penyiasat mengkaji sejarah juruterbang dan pembantu juruterbang dan mereka berpuas hati dengan latar belakang, latihan dan kesihatan mental mereka.
"Kami tidak berpendapat ia mungkin merupakan satu peristiwa yang dilakukan oleh juruterbang," katanya.

Ulasan
Catat Ulasan