Pangkat, pingat tidak lagi diberi atas dasar politik, kata Mat Sabu

Kementerian mahu mengelakkan pangkat dan gelaran tentera disalah guna ahli politik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan tidak lagi akan mengurniakan pangkat, pingat dan pemakaian tentera kepada ahli politik.
Menteri Mohamad Sabu berkata arahan itu sebagai menghormati kedudukan tentara dan mengelakkan nilai pangkat dan gelaran tentera direndahkan oleh penyalahgunaannya di tangan ahli politik.
Ini termasukkan mengelakkan pangkat dan gelaran tentera disalahgunakan oleh ahli politik untuk memasuki kem dan berpolitik sesuka hati.
Beliau bagaimanapun berkata kementerian membenarkan pingat dikurniakan kepada ahli-ahli politik yang selesai menjalani latihan ketenteraan seperti Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).
“Kita tidak mahu diberi atas dasar politik. Pentauliahan akan ditentukan oleh majlis Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.
Mohamad menjawab pernyataan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang ingin tahu status brigedier jeneral Khairy.
Khairy dinaikkan pangkat daripada kolonel ke brigedier jeneral Rejimen Askar Wataniah pada 2015. Beliau merupakan menteri pertama berpangkat brigedier jeneral sebenar dalam rejimen itu.
Khairy ditauliahkan pangkat kolonel pada 2013.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu