PM, KABINET TIDAK PERLU TAHU TENTANG SURAT KE CIA, KATA PEGUAM
BEKAS
perdana menteri Najib Razak tidak perlu mengetahui berkenaan surat yang
dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS)
kerana ia perkara operasi rutin, kata peguam yang mewakili pengirim
surat tersebut – Hasanah Abdul Hamid, yang merupakan bekas ketua
pengarah Organisasi Risikan Luar Malaysia (MEIO).
Peguam Shahrudin Ali menjelaskan yang MEIO mempunyai hubungan rapat dengan CIA dan bertukar-tukar maklumat risikan untuk jangka masa panjang berhubung perkara berkaitan keselamatan negara.
“Ada perkara yang PM dan Kabinet tidak perlu tahu dan ada perkara yang mereka tidak dimaklumkan mengenainya,” kata Shaharudin.
“Seperti mengirim surat ini, ia perkara operasi rutin, maka PM tidak perlu tahu mengenainya. Ia hanya rutin biasa dan budaya agensi perisikan.
“Apa yang penting adalah bagaimana surat yang sangat sulit itu boleh bocor kepada orang awam. Surat itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh diterbitkan seperti mana-mana surat biasa.”
Peguam Shahrudin Ali menjelaskan yang MEIO mempunyai hubungan rapat dengan CIA dan bertukar-tukar maklumat risikan untuk jangka masa panjang berhubung perkara berkaitan keselamatan negara.
“Seperti mengirim surat ini, ia perkara operasi rutin, maka PM tidak perlu tahu mengenainya. Ia hanya rutin biasa dan budaya agensi perisikan.
“Apa yang penting adalah bagaimana surat yang sangat sulit itu boleh bocor kepada orang awam. Surat itu diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh diterbitkan seperti mana-mana surat biasa.”
Ulasan
Catat Ulasan