ANWAR MASUK KABINET JUN 2019?
Setelah
disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim
kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana
Menteri.
Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini.
"Saya
sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan
kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum
hujung tahun ini...mungkin Oktober," kata Anwar dalam temubual dengan
sebuah portal berita.
Meskipun
beberapa Ahli Parlimen PKR dilaporkan sedia menawarkan kerusi mereka
untuk Anwar, tetapi beliau sehingga ini belum lagi membuat keputusan
kawasan mana yang akan dipilihnya.
Cuma
yang pasti, beliau tidak akan bertanding di Pandan atau Permatang Pauh
kerana kedua-dua penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan
Nurul Izzah telah membuat kenyataan mereka tidak akan mengosongkan
kerusi masing-masing demi untuk memberi laluan kepada Anwar.
Di
mana pun Anwar bakal bertanding, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang
meninggal dunia, yang pasti satu pilihanraya kecil akan berlangsung pada
Oktober nanti.
Sementara
itu, bukan menjadi rahsia lagi kerana sudah menjadi perbualan ramai
dalam PKR bahawa selepas menjadi Ahli Parlimen, Anwar dikatakan akan
segera menyertai kerajaan seawal Jun 2019.
Ia
dilakukan dengan Dr. Wan Azizah diberitakan sudah sedia untuk mengundur
diri bagi memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Timbalan
Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.
Ini
bermakna Dr. Wan Azizah hanya memegang jawatan nombor dua dalam
kerajaan selama setahun saja sejak mengangkat sumpah pada Mei lalu.
Dengan
menjadi Timbalan Perdana Menteri semula, secara tidak langsung Anwar
akan bergandingan buat kali kedua dengan Tun Mahathir Mohamad dalam
mentadbir negara seperti ketika mereka bersama-sama dalam UMNO dahulu
sebelum hubungan itu berakhir pada 2 September 1998.
Kembalinya
Anwar dalam kabinet juga dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan
kerajaan pimpinan Tun Mahathir kerana majoriti anggota kabinet yang ada
sekarang adalah muka-muka baru yang tidak pernah ada pengalaman dalam
pentadbiran kerajaan.
Selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, berapa lamakah tempoh seterusnya yang Anwar perlukan untuk jadi Perdana Menteri?
Apakah
setahun selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau akan
diserahkan jawatan Perdana Menteri dan menepati apa yang selalu disebut
oleh Tun Mahathir bahawa beliau hanya mahu memegang jawatannya sekarang
selama dua tahun saja?
Atau mungkinkah Anwar akan jadi Perdana Menteri lebih awal lagi daripada itu?
Ulasan
Catat Ulasan