DEB gagal capai matlamat kerana sikap Bumiputera

Menurut Mahathir, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini gagal mencapai matlamat akibat sikap kaum Bumiputera sendiri yang gemar mengejar keuntungan dengan cara mudah.
"DEB tidak mencapai matlamat seperti yang kita jangka. Kita (kerajaan) cuba sedaya-upaya tapi kita dapati tabiat nak mendapatkan keuntungan cepat buat mereka tidak berjaya.
"Yang berjaya adalah bukan Bumiputera. Kalau faham apa yang saya kata," kata Mahathir ketika berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018) pagi ini.
Perdana menteri memberikan contoh bagaimana kerajaan memberikan kontrak kepada Bumiputera, tetapi akhirnya mereka menjualnya kepada pihak lain.
"Tabiat ini mesti dihapuskan, kita mesti sanggup gunakan peluang habis-habisan. Dapat biasiswa belajar rajin-rajin, dapat kontrak kerjakan sendiri, dapat AP, buat business, (Tapi) mereka yang jual AP miskin dan sepanjang masa terus meminta-minta lagi," katanya.
Justeru itu, Mahathir berkata kaum Bumiputera perlu mengubah sikap mereka supaya tidak ketinggalan terutama dengan penguasaan kaum lain di bandar-bandar besar.
"Apabila kita miskin maka kita terdedah kepada tekanan dari yang kaya hingga akhirnya kita tinggal di pinggir-pinggir hutan.
"Bandar bukan kita punya, kalau kira bandar dimiliki satu kaum, luar bandar dimiliki kaum yang lain.
"Yang miskin harus tunduk pada yang kaya, kalau kita jadi pemandu kereta, adakah kita tuan atau yang belakang tuan?" soalnya.
'Jadi kuli orang bukan tuan'
Dalam ucapannya perdana menteri turut mengingatkan Bumiputera bahawa untuk maju mereka perlu berani melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
"Tak guna laung ketuanan Melayu, jadi kuli orang bukan tuan. Kita akan merosot lagi; proses ini akan berterusan, unless enters into business (kecuali menceburkan diri dalam perniagaan)
"Bangsa yang maju kerana budaya mereka. Kita perlu ubah nilai hidup kita supaya mengamalkan nilai hidup yang boleh beri kejayaan pada kita," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar