Kelantan miskin walaupun rakyatnya pandai, kata Dr M


    Kelantan merupakan sebuah negeri yang miskin walaupun ramai rakyatnya terdiri daripada usahawan yang mahir dan berbakat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata ini disebabkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS tidak dapat mentadbir sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan persekutuan.
"Sebenarnya saya minta maaf kata benda benar. Bantuan pusat mesti diberi untuk bantu kerajaan Kelantan sebab kekurangan kutipan cukai. Negeri itu miskin sebaliknya orangnya pandai.
"Banyak pegawai tinggi kerajaan orang Kelantan. Termasuk bekas setiausaha saya. Mereka cekap belaka. Kalau kerajaan pusat tak tolong, kerajaan negeri tak boleh diadakan sebab wang tak cukup. Ini kebenaran," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai peluang perniagaan Bumiputera di Kelantan dalam sesi soal jawab semasa Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu