Peguam bekas bos MEIO beri amaran

Peguam kepada pengarah dan pegawai Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO) memberitahu, mereka sedang mengkaji pilihan yang ada ekoran banyak kenyataan dibuat mengenai penahanan pihak terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini firma guaman Azam Aziz Shaharudinali & Co berkata setakat ini mereka belum menerima sebarang arahan daripada suspek terbabit.
"Bagaimanapun kami ingin menyatakan kepada pihak yang berkenaan, semua pilihan undang-undang ke atas mereka sedang dipertimbangkan," katanya.
Menurut peguam terbabit sejak beberapa hari lalu ada banyak "laporan dan komen buruk" dibuat mengenai Datuk Hasanah Abdul Hamid serta tujuh pegawainya di MEIO.
Kata peguam terbabit ia adalah kesan langsung daripada kenyataan media dibuat pegawai kanan SPRM.
"Menurut undang-undang, penyataan awam yang dibuat semasa siasatan sedang dilakukan benar-benar tidak diperlukan dan tidak wajar dan ia boleh dianggap cuba meletakkan anak guam kami dalam posisi melakukan skandal, menghina dan dibenci.
"Langkah itu kami lihat sebagai taktik terdesak untuk mempengaruhi pandangan umum supaya mereka mengutuk dan memperlekeh pelanggan kami sebelum sebarang prosiding jenayah ada dibuat," katanya.
Menurut firma guaman berkenaan ketika ini Hasanah diletakkan di bawah tahanan reman dan tidak dapat memberikan reaksi kepada kenyataan tersebut.
Pada masa sama, katanya, pihak berkuasa melarang mereka berjumpa dengan Hasanah.
Untuk rekod Hasanah ditahan SPRM pada Selasa lalu dan dibawa ke mahkamah sehari kemudian untuk membolehkan perintah remah dikeluarkan.
Hakim mahkamah majistret di Putrajaya kemudian membenarkan Hasanah direman selama lima hari mulai 29 Ogos.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar