SAYA SUDAH LAKUKAN YANG TERBAIK, KATA TPM
TIMBALAN
Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau tidak memahami
dengan tindakan sesetengah pihak pihak yang mengkritik beliau berhubung
cara kerajaan mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan
berusia 11 tahun.
“Saya tidak pasti. Saya sudah melakukan yang terbaik. Jika ada pihak yang menyerang saya, sekurang-kurangnya dalam hati nurani, saya telah melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual bersama radio BFM awal pagi ini.
Kumpulan
hak asasi manusia mengkritik Dr Wan Azizah, yang juga merupakan Menteri
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, dan kementeriannya ekoran
tidak mengambil tindakan terhadap lelaki Kelantan berusia 41 tahun yang
mengahwini kanak-kanak itu di Thailand pada Jun lalu.
Aktivis hak manusia menyuarakan kemarahan terhadap lelaki itu yang mengugut untuk menceraikan isteri pertama dan keduanya jika tidak dibenarkan mengahwini kanak-kanak itu yang sudah dikenali sejak usia tujuh tahun.
Ditanya sama ada isu perkahwinan kanak-kanak merupakan satu kesalahan seperti isu pedofil, Dr Wan Azizah berkata kedua-dua kesalahan itu adalah sama.
Rangsangan (grooming) seksual kanak-kanak merupakan satu kesalahan jenayah mengikut undang-undang Malaysia seperti yang diluluskan pada tahun lalu.
“Kita mempunyai beberapa undang-undang untuk menentang kes rangsangan seksual.
“Pada saya, kes ini sangat jelas. Jika mengikut cara saya, lebih mudah (untuk mengendalikannya” katanya.
Berdasarkan laporan media Thailand, kanak-kanak perempuan itu dan ibu bapanya pulang ke Thailand dan kini dijaga oleh pakar psikologi dan doktor.
Majlis agama di Narathiwat berkata, perkahwinan itu diadakan di Sungai Golok tanpa mendapat kelulusan daripada pihak mereka.
“Saya tidak pasti. Saya sudah melakukan yang terbaik. Jika ada pihak yang menyerang saya, sekurang-kurangnya dalam hati nurani, saya telah melakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemu bual bersama radio BFM awal pagi ini.
Aktivis hak manusia menyuarakan kemarahan terhadap lelaki itu yang mengugut untuk menceraikan isteri pertama dan keduanya jika tidak dibenarkan mengahwini kanak-kanak itu yang sudah dikenali sejak usia tujuh tahun.
Ditanya sama ada isu perkahwinan kanak-kanak merupakan satu kesalahan seperti isu pedofil, Dr Wan Azizah berkata kedua-dua kesalahan itu adalah sama.
Rangsangan (grooming) seksual kanak-kanak merupakan satu kesalahan jenayah mengikut undang-undang Malaysia seperti yang diluluskan pada tahun lalu.
“Kita mempunyai beberapa undang-undang untuk menentang kes rangsangan seksual.
“Pada saya, kes ini sangat jelas. Jika mengikut cara saya, lebih mudah (untuk mengendalikannya” katanya.
Berdasarkan laporan media Thailand, kanak-kanak perempuan itu dan ibu bapanya pulang ke Thailand dan kini dijaga oleh pakar psikologi dan doktor.
Majlis agama di Narathiwat berkata, perkahwinan itu diadakan di Sungai Golok tanpa mendapat kelulusan daripada pihak mereka.
Ulasan
Catat Ulasan