SPRM mungkin panggil perisik MEIO di luar negara

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata langkah itu boleh diambil jika penyiasat mendapati keterangan mereka diperlukan bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan sekarang.
Katanya, sesiapa saja yang disyaki ada kaitan dengan kes melibatkan bekas pengarah Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid boleh dipanggil untuk memberi keterangan.
Ditemui di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini Azam memberitahu pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada ahli perniagaan lain turut terlibat dalam kes itu.
Untuk rekod Hasanah bersama tujuh anggota MEIO sudah ditahan untuk disiasat oleh SPRM berhubung dana berjumlah jutaan dolar AS yang disyaki milik kerajaan.
Semalam SPRM mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menahan remah Hasanah selama lima hari berhubung kes berkenaan.
Malam tadi pula SPRM menahan seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di Kelantan. Ekoran tangkapan itu agensi antirasuah berkenaan menemui wang bernilai AS$4.07 juta dalam sebuah kondominium di Cyberjaya.
"Sebab itulah saya menggesa mereka tampil dan SPRM akan melindungi mereka sebagai saksi.
"Tampil sekarang sebelum kami pergi mendapatkan mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu satu sumber yang dekat dengan kes itu berkata SPRM mungkin akan menyiasat lebih ramai perisik MEIO, termasuk "ketua-ketua stesen" yang beroperasi di luar negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu