Tiada guna laung ‘ketuanan Melayu’ tapi jadi kuli orang
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa tiada gunanya melaung ‘ketuanan Melayu’ jika masih menjadi kuli di negara sendiri.
Katanya, orang Melayu tidak harus terbuai dengan istilah itu, dan harus sedar akan hakikat sebenar.
"Tidak guna laung ‘ketuanan Melayu’berulang kali tapi jadi kuli orang, itu bukan tuan," katanya dalam kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, di KLCC hari ini.
Kata Dr Mahathir, Mara yang kini ada maktab dan universiti serta mengendalikan kemahiran usahawan sudah jadi terlalu besar untuk hanya diletakkan di bawah sebuah kementerian.
Ulasan
Catat Ulasan