PELIK UMNO INI, BUAT APA LAGI NAJIB MAHU DISAMBUT MERIAH?

Perhimpunan UMNO tahun ini kali pertama diadakan dalam keadaan parti itu tidak lagi mempunyai kuasa di peringkat pusat, malah negeri yang masih dikuasainya iaitu Pahang dan Perlis tergolong sebagai negeri yang miskin, tidak mempunyai pendapatan yang tinggi dan banyak hutang.
Dalam erti kata lain, meskipun masih ada yang berbangga kononnya UMNO menang 54 kerusi dalam PRU14 lalu, realitinya parti itu tidak bernilai apa-apa lagi.
Sepertimana yang semua orang sedia maklum, punca utama kalahnya UMNO dalam PRU14 lalu sehingga kuasa dalam genggaman terlepas ke tangan orang lain ialah Najib Razak.
Najib dengan skandal 1MDB, hubungannya dengan Jho Low, gaya hidup mewah keluarga, boros, membazir dan pendedahan media tentang barangan kemas isterinya, Rosmah Mansor adalah penyebab utama rakyat jadi meluat dan benci kepada UMNO serta BN, lalu mereka bersatu menolak parti itu melalui peti-peti undi.
Jika bukan Najib menjadi Perdana Menteri  atau kalau beliau sedia berundur sebelum pilihanraya lalu, keputusan PRU14 tentu saja berbeza daripada apa yang sudah berlaku.
Pendeknya kalau ada 10 sebab punca kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu, tanpa ragu-ragu lagi senarainya ialah Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib, Najib dan Najib.
Meskpun beliau ketika ini bukan lagi sebagai Presiden UMNO, tetapi kehadiran beliau dalam majlis pembukaan Perhimpunan Agung UMNO malam tadi dilaporkan masih lagi disambut dengan meriah oleh para perwakilan.
Apa perlunya Najib disambut dengan meriah sedangkan dirinyalah punca utama kuasa UMNO hilang kuasa sebagai kerajaan yang dipegang sejak 61 tahun lalu?
Apakah perwakilan UMNO masih tak sedar tentang perkara itu?
Menyambut kehadiran Najib ke Perhimpunan Agung UMNO dengan meriah hakikatnya adalah satu tindakan yang salah, pelik serta tidak sepatutnya dilakukan oleh perwakilan UMNO pada tahun ini.
Perbuatan itu hanya menunjukkan UMNO masih tidak berubah, tak sedar antara betul dan salah serta tidak mahu belajar daripada beban kehilangan kuasa yang diakibatkan oleh Najib.
Yang lebih buruk, dengan masih menyambut Najib dengan meriah ketika hadir ke Perhimpunan Agung UMNO, bekas Perdana Menteri itu juga tidak dapat disedarkan tentang segala kesalahan yang pernah dilakukannya yang menyebabkan parti itu ditolak rakyat dalam pilihanraya.
Untuk menyedarkan Najib tentang segala kesalahannya dan agar pemimpin UMNO lain juga mengambil iktibar daripadanya, kehadiran beliau sepatutnya tidak diraikan sama sekali, jauh sekali mahu dimeriahkan.
Najib tidak harus dilayan sebagai bekas pemimpin atau sebagai bekas Perdana Menteri seperti lain-lain bekas pemimpin. Mungkin beliau ada jasa-jasanya tertentu, tetapi kepada UMNO yang sudah hilang kuasa yang diakibatkan olehnya dan entah bila dapat mengembalikannya semula, “dosanya”  dikira lebih besar lagi berbanding jasanya.
Di kelompok mana dalam dunia ini seseorang yang diketahui banyak “berdosa”, tetapi masih diraikan sebegitu rupa?
Jawabnya hanya di dalam UMNO saja ianya berlaku!
Tak pelik ke?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADA APA-APA KE TUN DAIM DI RUMAH TERBUKA AZMIN?

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA

Ustazah hilang akhirnya dijumpai di Kuala Kangsar