SIAPA MENCATUR PERLANTIKAN PENGERUSI2 AGENSI KERAJAAN?
Satu semi satu perlantikan pengerusi agensi kerajaan diumumkan dalam minggu-minggu kebelakangan ini.
Bermula
minggu lalu dengan perlantikan pengerusi MARA, Perbadanan Stadium
Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atau SKMM,
perlantikan pengerusi baru diteruskan lagi minggu ini di Perkeso,
Suruhanjaya Sekuriti dan PRIMA atau Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Dr.
Hasnita Hashim daripada Maybank dilantik sebagai Pengerusi MARA,
pemilik syarikat penerbangan Air Asia, Tony Fernandes sebagai Pengerusi
Perbadanan Stadium Malaysia dan bekas CEO Kumpulan Pos Malaysia,
Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi SKMM.
Semalam diumumkan pula perlantikan CEO Allianz Insurance, Zakri Khir sebagai Pengerusi baru Perkeso menggantikan Aseh Che Mat.
Hari
ini dua perlantikan baru lagi menyusul iaitu Syed Zaid Albar, seorang
peguam dan adik kepada bekas menteri, Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti dan Eddy Chen, bekas Pengerusi Rehda atau
Persatuan Pemaju-Pemaju Perumahan sebagai Pengerusi baru PRIMA.
Semua pengerusi yang dilantik setakat ini adalah daripada kalangan orang-orang profesional belaka.
Pengumuman
semua perlantikan itu pula bukan dibuat oleh menteri-menteri yang
bertanggungjawab terhadap agensi berkaitan, tetapi oleh Pejabat Perdana
Menteri.
Namun
demikian, sejak dua minggu lalu Tun Mahathir Mohamad diketahui umum
sedang berada di London - New York - London dan hanya akan pulang ke
tanahair pada 2 Oktober nanti.
Lalu, siapakah yang mencatur semua perlantikan pengerusi-pengerusi itu?
Apakah
ini menunjukkan satu lagi "kehebatan" Tun Mahathir yang sudah berusia
93 tahun di mana walaupun beliau berada di luar negara dan sibuk dengan
pelbagai acara, tetapi masih mampu mengatur semua perlantikan tersebut?
Tetapi, mengapa beliau tidak melakukan semua perlantikan itu semasa berada di dalam negara sebelum ini?
Atau mengapa tidak dilakukan selepas kembalinya daripada luar negara pada 2 Oktober nanti?
Mengapa semua perlantikan mesti diumumkan ketika Tun Mahathir berada di luar negara?
Selain
itu, terdengar juga desas-desus konon adanya sesetengah perlantikan itu
adalah di luar pengetahuan menteri-menteri yang terbabit.
Beberapa
menteri dikhabarkan pernah meminta latarbelakang kelulusan atau CV
daripada beberapa individu yang terlibat dalam politik untuk dicadangkan
bagi dilantik mengetuai agensi-agensi kerajaan yang tertentu, tetapi
bukan saja ada yang nampaknya tidak diberi peluang sama sekali, meskipun
mereka berkelayakan dan mempunyai kelulusan, malah sesetengah yang lain
masih tidak ada khabar berita mengenainya sehingga kini.
Apabila
mereka iaitu orang politik berkenaan merujuknya semula kepada menteri
yang meminta CV tadi, jawapan yang diterima ialah - "tunggu nanti PM
umumkan".
Ulasan
Catat Ulasan