ALAHAI YB PERLIS.....
Berdasarkan
siasatan pihak polis sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis
Perlis, Noor Mushar Mohd, perkembangan siasatan berkenaan seorang Ahli
Parlimen negeri itu yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan
berusia 15 tahun adalah seperti berikut:-
- Remaja tersebut yang berlatih bersama kumpulan busker di kawasan sebuah stadium telah didatangi oleh Ahli Parlimen berkenaan pada 20 Oktober lalu, jam 11.30 malam dengan alasan untuk berbual-bual.
- Guru yang menjalankan latihan busker menemani remaja itu ke kenderaan milik Ahli Parlimen tersebut dan seterusnya membawanya duduk di kerusi bahagian hadapan kereta jenis Toyota Harrier.
- Guru yang menemani tadi meninggalkan kenderaan dan menjadikan Ahli Parlimen dan remaja itu dalam keadaan hanya berdua saja dalam kereta.
- Tiba-tiba wakil rakyat yang merupakan bekas menteri itu menyentuh tangan dan bahu gadis tersebut, tetapi ditepis oleh remaja berkenaan.
- Gadis itu segera meninggalkan kereta dan sebaik keluar kenderaan, beliau terus menangis sambil disaksikan oleh guru yang membawanya ke kereta tadi.
- Remaja itu kemudian membuat laporan polis pada jam 2.50 pagi, 21 Oktober dengan ditemani ibu bapanya.
- Pada 10.30 pagi hari yang sama, remaja itu sekali membuat laporan polis menarik balik dakwaan terhadap Ahli Parlimen terbabit.
- Ahli Parlimen itu dikatakan sudah agak lama menaja kumpulan busker tersebut.
- Setakat ini pihak polis sudah merakamkan 10 keterangan, termasuk satu daripada Ahli Parlimen tersebut yang keterangannya diambil selama kira-kira 7 jam.
- Buat masa ini kes telah dirujuk kepada bahagian pendakwaan polis sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil tindakan untuk pendakwaan atau sebaliknya.
- Kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20 ribu.
Beberapa persoalan tentunya bermain-main di fikiran kita setelah membaca hasil siasatan pihak polis itu, antaranya:-
- Untuk apa seorang Ahli Parlimen perlu berbual-bual secara bersendirian dengan seorang gadis remaja pada jam 11.30 malam?
- Kenapa tidak dijemput remaja datang ke rumah atau ke pejabat bersama guru dan ahli kumpulan busker yang lain pada waktu siang atau petang?
- Mengapa untuk tujuan berbual dengan seseorang yang bukan muhrim dan bawah umur pada waktu hampir tengah malam, Ahli Parlimen itu hanya datang bersendirian tidak membawa isteri atau kawan untuk menemaninya?
- Kalau pun Ahli Parlimen itu menaja kumpulan busker tersebut, mengapa hanya remaja itu saja yang mahu ditemui dan ingin diajak berbual-bual?
- Tidakkah, jika ingin mengetahui perkembangan atau kemajuan kumpulan busker yang ditajanya, Ahli Parlimen berkenaan lebih wajar berbual dengan guru yang melatih atau kesemua ahli busker itu?
- Mengapa, ketika berbual-bual itu, bahu dan tangan remaja tersebut perlu disentuh dan dipegang?
- Tak bolehkah jika tidak menyentuh tangan dan bahu ketika berbual?
- Adakah memang menjadi kebiasaan bagi wakil rakyat itu menyentuh bahu dan tangan sesiapa saja yang ditemuinya atau hanya kepada orang-orang tertentu saja?
Alahai YB Perlis...macam-macamlah...
Ulasan
Catat Ulasan