BEBAS RASUAH BARU BOLEH MASUK PH – ANWAR

 
KUALA LUMPUR – PH tidak akan sewenang-wenangnya menerima kemasukan ahli Parlimen Umno yang dikatakan melompat parti ke dalam Bersatu.
Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan berbincang dan meneliti status ahli Parlimen Umno agar betul-betul bebas daripada sebarang tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Seperti yang Dr Mahathir sebut, kita (PH) akan teliti. Kita akan tengok biar bebas (rasuah) dulu dan bincang bersama,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
“Betul sebab itu kita harus teliti dan pertimbangkan tapi ini negara demokrasi.
“Saya rasa ini adalah opsyen, tetapi saya rasa perkara ini perlu dibincangkan berdasarkan parameter dan kita akan lihat isu dan prinsip. Sama ada kita perlu berkompromi tentang prinsip atau hal lain.
“Saya mungkin tidak akan ada dalam mesyuarat Majlis Presiden tapi saya yakin perkara ini akan dibincangkan,” ujarnya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, pemimpin Umno yang ingin menyertai Bersatu akan disaring bagi memastikan mereka ‘bersih’ dan mampu mendukung budaya politik baharu PH.
Beliau berkata walaupun Bersatu menyatakan kesediaan menerima sesiapa sahaja yang berminat menyertai parti itu termasuk anggota dan pemimpin Umno, namun perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 ahli Parlimen PKR keluar parti, PH

MAHATHIR TELAH HILANG AURA, MASA BERUNDUR KINI TIBA!!

NEGARA TETAP PERLUKAN RAFIZI, WALAUPUN KERAJAAN SEMASA TIDAK PEDULIKANNYA