Kes salah guna kuasa, 'cuci duit' Najib dipindah ke Mahkamah Tinggi


Pendengaran kes 21 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram bernilai RM2.08 bilion terhadap Datuk Seri Najib Razak kini akan didengar di Mahkamah Tinggi.Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.
Ini susulan tindakan pihak pendakwaan yang tidak membantah permohonan pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam Havinderjit Singh berkata terdapat isu-isu tiada duluan yang akan dibawa ke perbicaraan dan lebih baik kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
“Oleh kerana permohonan ini tidak dilawan, mahkamah membenarkan pemindahan ini,” kata hakim.
Isteri Najib, Rosmah Mansor turut hadir ke mahkamah berpakaian baku kurung dan tudung hijau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu