MALAYSIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMBAYARAN HUTANG 1MDB-IPIC
MALAYSIA
hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi London untuk
mengenepikan bayaran sehingga AS$5.78 bilion (RM24 bilion) kepada Abu
Dhabi fund International Petroleum Investment Company (IPIC).
Di bawah syarat persetujuan yang dicapai dengan IPIC pada tahun lalu berhubung pertikaian hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerajaan perlu membayar jumlah tersebut kepada syarikat Abu Dhabi itu dalam tempoh lima tahun.
Peguam
Negara Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini berkata, Malaysia akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap perjanjian dengan IPIC itu,
memandangkan “persetujuan itu dicapai secara penipuan atau bertentangan
dengan dasar awam”.
IPIC memperoleh timbang tara di London untuk tuntutan sebanyak AS$6.5 juta selepas 1MDB gagal mematuhi perjanjian pada 2016.
Sebanyak AS$1.46 bilion telah dibayar kepada IPIC dan masih berbaki AS$4.2 bilion, kata Thomas.
“Malaysia akan mendakwa kontrak itu sebahagian daripada penipuan, kita tidak perlu terikat untuk membayar baki AS$4.2 bilion kepada IPIC atau Aabar, dan mempunyai hak untuk mendapatkan semula AS$1.46 bilion yang telah dibayar.
“Malaysia mengambil pendirian bahawa IPIC dan Aabar menyedari penipuan Najib Razak. Beliau secara prinsipnya bertanggungjawab untuk 1MDB.
“Penipuan menjadi hujah untuk mencabar kontrak atas dasar kepentingan awam.”
Thomas berkata IPIC dan Aabar seharusnya sedar dengan penipuan yang dilakukan Najib kerana maklumat itu terdapat dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berhubung 1MDB.
“Maklumat tersebut terdapat dalam dokumen jabatan kehakiman itu dan diberikan publisiti di seluruh dunia, terutamanya dalam media bisnes dan politik.
“Malah ia turut paparkan secara umum pada Julai 2016.
“Najib dikenali sebagai MO1 dalam pendakwaan itu. Sesiapa yang membaca dokumen ini akan menyedari peranan beliau dalam skandal 1MDB yang menguntungkan dirinya, anak tirinya dan Low (Taek Jho),” kata Thomas.
Di bawah syarat persetujuan yang dicapai dengan IPIC pada tahun lalu berhubung pertikaian hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerajaan perlu membayar jumlah tersebut kepada syarikat Abu Dhabi itu dalam tempoh lima tahun.
IPIC memperoleh timbang tara di London untuk tuntutan sebanyak AS$6.5 juta selepas 1MDB gagal mematuhi perjanjian pada 2016.
Mengikut
syarat pembayaran semula yang dipersetujui pada Mei tahun lalu, 1MDB
dan Kementerian Kewangan akan menanggung semua bayaran pokok dan faedah
hutang kepada IPIC.
“Malaysia akan mendakwa kontrak itu sebahagian daripada penipuan, kita tidak perlu terikat untuk membayar baki AS$4.2 bilion kepada IPIC atau Aabar, dan mempunyai hak untuk mendapatkan semula AS$1.46 bilion yang telah dibayar.
“Malaysia mengambil pendirian bahawa IPIC dan Aabar menyedari penipuan Najib Razak. Beliau secara prinsipnya bertanggungjawab untuk 1MDB.
“Penipuan menjadi hujah untuk mencabar kontrak atas dasar kepentingan awam.”
Thomas berkata IPIC dan Aabar seharusnya sedar dengan penipuan yang dilakukan Najib kerana maklumat itu terdapat dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) berhubung 1MDB.
“Maklumat tersebut terdapat dalam dokumen jabatan kehakiman itu dan diberikan publisiti di seluruh dunia, terutamanya dalam media bisnes dan politik.
“Malah ia turut paparkan secara umum pada Julai 2016.
“Najib dikenali sebagai MO1 dalam pendakwaan itu. Sesiapa yang membaca dokumen ini akan menyedari peranan beliau dalam skandal 1MDB yang menguntungkan dirinya, anak tirinya dan Low (Taek Jho),” kata Thomas.

Ulasan
Catat Ulasan