NGO ingatkan Dr M 'jangan musnahkan parti lain lagi'

Kenyataan bersama mereka hari ini mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat percubaan membubarkan Umno dan membawa anggota parlimennya menyertai BERSATU.
"Cadangan membubarkan 'Umno baru' dan membawa anggota parlimen 'Umno baru' menyertai BERSATU pada masa ini menyerupai deklarasi yang dibuat ketika mengharamkan Umno (asal) dan penyertaan penyokong Dr Mahathir dalam Umno baru pada 1988.
"Kami mahu memberi amaran tegas kepada Dr Mahathir agar beliau tidak mengulangi kesilapan memusnahkan parti politik dengan memanipulasi jentera kerajaan, dengan tujuan memperkukuh kuasa politiknya sehingga mengorbankan institusi demokratik," kata kenyataan itu.
NGO berkenaan berkata sekiranya perkara itu berlaku, keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan jadi sia-sia kerana ahli politik yang kalah boleh kembali dengan menukar parti.
"Apa guna membuat manifesto jika janji-janji politik ini boleh ditukar sesuka hati?
"Apa guna mendapat mandat rakyat tapi akhirnya mengkhianati perwakilan mereka?" kata kenyataan itu lagi.
Justeru, NGO-NGO berkenaan menuntut agar semua "perbincangan atau ugutan" untuk membawa anggota parlimen Umno menyertai BERSATU dihentikan segera.
"Kami menggesa BERSATU mematuhi kedaulatan undang-undang dan menghormati semangat demokrasi yang mengiktiraf kepentingan parti pembangkang.
"Sudah tiba masa setiap parti politik memainkan peranan sama ada sebagai parti pemerintah atau pembangkang yang diputuskan pada PRU ke-14," kata kenyataan mereka.
Minggu lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memenangi parlimen Jeli dengan tiket Umno menyertai BERSATU.
Susulan itu, Anggota Majlis Tertinggi Datuk A Kadir Jasin berkata sekurang-kurangnya 40 anggota parlimen Umno yang lain akan keluar parti dan menyertai parti lain.
Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh:
1. Agora Society
2. Civil Rights Committee of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
3. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
4. Baramkini
5. Damn the Dams Action Group
6. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
7. Gabungan Pembebasan Akademik - Institut Pengajian Tinggi (GPA-IPT)
8. Gelombang Hijau
9. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
10. Group of Concerned Citizens (GCC)
11. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
12. Johor Yellow Flame (JYF)
13. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
14. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
15. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
16. Malaysian Election Observers Network (MEONET)
17. Mamas Bersih
18. Movement for Change, Sarawak (MoCS)
19. North South Initiative (NSI)
20. Pemuda PSM
21. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
22. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
23. Sahabat Rakyat
24. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
25. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
26. Sunflower Electoral Education (SEED)
27. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
28. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
29. Youth Era
30. Youth Section of KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC-KLSCAH)
31. Youth Section of Melaka Chinese Assembly Hall

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu