Peruntukan 'misteri': Najib luluskan, kata Kamalanathan

Mantan timbalan menteri pendidikan Datuk P Kamalanathan menjelaskan kelulusan puluhan juta ringgit kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) diluluskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, permohonan Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) itu dipersetujui Najib pada 9 Ogos 2017 yang “meminit surat tersebut” kepada mantan ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar untuk tindakan lanjut.
“Kebiasaannya apabila perdana menteri telah memberi persetujuan dalam urusan sebegini, proses memanifestasikan cadangan terletak bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia, yang ia akan dimuktamadkan dengan dana yang boleh diguna pakai,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (atas) yang mendakwa Najib cuba mengalihkan perhatian berhubung peruntukan sekolah Tamil.
Maszlee berkata Najib perlu menjawab persoalan berhubung misteri 'peruntukan' RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil yang dijanjikan kerajaan BN tanpa mendapat peruntukan dan kelulusan kabinet, seperti dilaporkan Malaysiakini pada 26 Oktober.Bagaimanapun, Kamalanathan menjelaskan angka sebenar peruntukan itu ialah RM36juta.
'Mungkin terlepas pandang'
Dalam kenyataan hari ini, Kamalanathan juga menjelaslan bantuan itu dijadual diturunkan kepada 22 SJKT selepas pilihan raya umum ke-14 dengan harapan BN mengekalkan pentadbiran kerajaan.
Ini, katanya, seperti juga janji-janji peruntukkan sebelum pilihan raya umum sebelum itu yang dilaksanakan sepenuhnya selepas proses itu.
“Namun apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan selepas PRU14, Jabatan Perdana Menteri dan ketua setiausaha perbendaharaan baharu mungkin terlepas pandang akan kelulusan ini,” katanya.
Beliau juga mempertahankan kepimpinan Najib yang disifatkannya sebagai “satu-satunya perdana menteri Malaysia yang benar-benar prihatin akan kemajuan infrastruktur SJKT di Malaysia”.
Katanya, bawah pentadbiran beliau, hampir RM900 juta ringgit peruntukkan untuk kesemua 524 SJKT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu