Skandal 1MDB: Lelaki Britain bekas pegawai Najib dicari SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki awarga asing bagi membantu siasatan sebuah kes berprofil tinggi.
Menurut kenyataan dikeluarkan agensi terbabit lelaki terbabit dikenali sebagai Paul Geoffrey Stadlen, 39, yang mempunyai kerakyatan Britain.
Mengikut rekod yang ada pada SPRM alamat terakhir Stadlen ialah di A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, Kuala Lumpur.
Kata SPRM mereka perlu menghubungi Stadlen bagi menyiasat kes 1MDB.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364," kata kenyataan tersebut.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada SPRM melalui e-mel zuhaila@sprm.gov.my atau menghubungi Penguasa Fahmee Mohd Nor di talian 03-8870 0419, atau e-mel mohdfahmee@sprm.gov.my.
Untuk rekod nama Stadlen bukanlah asing kerana ia pernah dibangkitkan oleh pembangkang sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.
Dia didakwa memberikan khidmatnya sebagai perunding media untuk Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri.
Di Dewan Rakyat Stadlen - bekas bos syarikat Apco Malaysia - didakwa bukan kakitangan kerajaan dan gaji serta elaunnya tidak dikeluarkan menggunakan dana kerajaan.
Laman sesawang Sarawak Report sebelum itu mendakwa bahawa Stadlen mengetuai operasi komunikasi Pejabat Perdana Menteri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu