SPR: 32 parti politik setuju cadangan 18 tahun layak undi
PUTRAJAYA: Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini
bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21
tahun kepada 18 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),
Azhar Harun.
Beliau berkata, parti politik itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftaran pemilih yang julung kali diadakan hari ini.
“Tiada bantahan (daripada parti politik) terhadap cadangan tersebut,” katanya selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini.
Pada 19 September lalu, Kabinet bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun dan usul itu dijangka dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat November ini.
Azhar berkata, semua parti politik yang hadir turut bersetuju
terhadap cadangan pendaftaran automatik, namun mereka meminta SPR
mengkaji proses dan kesannya terhadap pengundi.
“Ini kerana, pendaftaran automatik akan ikut alamat kad pengenalan, jadi pengundi itu tidak boleh lagi balik Kelantan atau balik Klang mengundi. Itu saya rasa memerlukan pemahaman polisi, tetapi dari segi dasarnya cadangan ini mendapat sokongan.”
Mengenai tempoh 2 cadangan itu boleh dilaksanakan, Azhar berkata, SPR memerlukan sedikit masa memandangkan ia melibatkan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai gesaan supaya SPR melaksanakan persempadanan semula pilihan raya susulan bantahan terhadap proses yang dibuat tahun lalu, beliau berkata, ia hanya boleh dilaksanakan sekali dalam 8 tahun seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, katanya, SPR akan membuat analisis terhadap proses persempadanan semula bagi melihat sama ada ia dilaksanakan secara adil dan mengikut undang-undang.
“Kemudian jika didapati ia tidak adil atau tidak mengikut perlembagaan, saya ingin membuat cadangan tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan,” katanya sambil menambah sebuah jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi mendapatkan pandangan, terutamanya ahli akademik dan ahli statistik.
Menurutnya, wakil parti politik terlibat turut meminta SPR mengecualikan bayaran bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih RM10 bagi setiap bantahan dan RM100 jika bantahan ditolak.

Ulasan
Catat Ulasan