Timbalan Menteri Pertahanan gesa JMM tarik balik tuduhan liar
Pejabat
Timbalan Menteri Pertahanan kecewa dengan tuduhan Presiden Jaringan
Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah bahawa kononnya Timbalan
Menteri Pertahanan Liew Chin Tong telah memakai uniform ala-komunis
semasa pemeriksaan perbarisan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam
lawatan ke kem.
Menurut kenyataan dari pejabat Timbalan Menteri Pertahanan, tuduhan JMM itu merupakan satu penghinaan kepada ATM serta Kementerian Pertahanan Malaysia.
Baju tersebut katanya, merupakan baju korporat “bush jacket” yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan ke Kem, Pos Keselamatan dan program yang ditentukan oleh penganjur.
Malah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga memakai pakaian rasmi tersebut. Begitu juga dengan mantan menteri dan pemimpin kerajaan yang lain, termasuk pemimpin kerajaan sebelum ini.
Warna “khaki” baju tersebut, jelasnya tidak ada kena-mengena dengan komunis, ia antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia.
Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995.
Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2017, baju korporat warna “khaki” dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan akhirnya menjadi pilihan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.
Kesemua anggota Kabinet dan barisan dif kehormat telah memakai baju tersebut semasa Sambutan Hari Kebangsaan rasmi.
Pakaian seragam tentera adalah eksklusif dan hanya sesuai dipakai oleh pegawai yang telah ditauliahkan sahaja, katanya.
Pejabat Timbalan Menteri meminta JMM menarik balik tuduhan liar itu yang jelas menunjukkan sikap kurang cerdik dan tidak berhemah dalam membuat kenyataan.

Ulasan
Catat Ulasan