KUDETA PERAK: ELOK JUGA JIKA DIDEDAHKAN SEGALA-GALANYA.....
Ada
dua isu pokok yang perlu diberikan perhatian dalam isu kononnya ada
komplot mahu menjatuhkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
Pertama, pendedahan Ketua Pembangkang di DUN Perak, Shaarani Mohamad berkenaan perkara tersebut.
Kedua,
pengakuan Exco Perak sendiri, Asmuni Awi bahawa beliau pernah
ditawarkan jawatan Menteri Besar jika setuju bersama-sama menjayakan
komplot itu.
Selain
Shaarani perlu mendedahkan perkara itu, sama ada berkenaan siapa
Adun-Adun dan Exco yang didakwa terlibat atau kemungkinan wujudnya
pemberian habuan, Asmuni juga bertanggungjawab memberitahu mereka yang
menawarkannya jawatan ketua kerajaan negeri itu.
Tentunya dalam hal ini ramai yang ingin tahu mengapa Asmuni yang ditawarkan jawatan Menteri Besar itu?
Mengapa tidak pemimpin lain atau terdapat jugakah pemimpin lain yang turut diberikan tawaran yang sama?
Jika ada, pemimpin terbabit juga perlu tampil dengan segera.
Dan
sekiranya wujud tawaran yang berbentuk wang tunai atau habuan-habuan
lain, maka ia perlu dilaporkan kepada PDRM atau SPRM untuk diambil
tindakan yang sewajarnya.
Tidak
guna, tak kira siapa pun mahu terus bercakap mengenai isu ini jika
tiada keberanian untuk mendedahkan perkara yang sebenarnya secara
terbuka.
Kalau sudah berani bercakap mengenainya, mengapa perlu takut untuk berterus-terang?
Lebih-lebih
lagi Menteri Besar Perak sendiri dalam kenyataan yang menyifatkan suatu
kesalahan jika Shaarani menyorokkan perkara itu, ia sebenarnya adalah
cabaran kepada beliau untuk mendedahkan dan memberitahu perkara yang
sebenarnya.
Ulasan
Catat Ulasan