Mat Hassan rayu keputusan DUN Rantau

Portal Utusan Malaysia Online memetiknya sebagai berkata, rayuan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Persekutuan iaitu sebelum tempoh memfailkan notis rayuan selama 14 hari berakhir petang ini.
"Keputusan untuk merayu dibuat setelah meneliti alasan penghakiman lisan dan juga selepas nasihat yang diterima daripada peguam untuk mempertahankan kerusi DUN Rantau.
"Rayuan ini difailkan untuk membebaskan saya daripada sebarang dakwaan salah laku semasa hari penamaan calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya yang dipetik portal itu.
Hakim Norazimah Omar pada 16 November lalu dalam keputusannya mengisytiharkan keputusan kerusi DUN Rantau dalam PRU14 terbatal dan tidak sah.
Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa pegawai pengurus pilihan raya tidak mengikuti peraturan dalam tindakannya menghalang calon PKR, Dr S Streram masuk sedangkan Amino Agus tahu dia berada di luar pusat penamaan pada 28 April lalu.
Hakim juga mengarahkan pilihan raya kecil diadakan serta-merta.Keputusan itu dibuat berikutan petisyen bagi membatalkan keputusan kerusi DUN itu yang difailkan oleh calon PKR, Dr S Streram.
Dalam PRU14, Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan menang tanpa bertanding di kerusi DUN itu selepas Streram dihalang masuk bagi menghantar borang pencalonan oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GANG SETAN RUPANYA...!!!

Revolusi Digital perlu jadi sebahagian DNA kita - Anwar

Adat dalam kehidupan masyarakat Melayu