Projek Tenaga Solar: Bekas menteri pendidikan disoal siasat SPRM lebih 8 jam
PUTRAJAYA: Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan lebih 8 jam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.
Ahli Parlimen Padang Terap itu yang menaiki Mercedes-Benz berwarna putih, tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan kelihatan meninggalkan agensi anti-rasuah itu 6.15 petang tadi.
Sumber SPRM memberitahu, Mahdzir akan dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kes sama di sini, pada 9 pagi esok.
Pada 15 November lalu, isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa bersama bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor kerana menerima rasuah berkaitan projek tenaga solar itu.
Rizal pula yang menghadapi 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek sama, dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan 2 penjamin.
Ulasan
Catat Ulasan